TAZKIRAHTUL MAUT

Alhamdulillah sehingga kini dapat lagi kita menghirup udara ramadhan 1429. Cukup bersyukur kerana peluang untuk bertaubat dan membersihkan diri dari noda dan dosa terbuka luas.

Saya tertarik dengan beberapa pengisian yang saya ikuti sepanjang ramadhan yang berlalu terutamanya kuliah Ustaz Kamal Shaari dan Ustaz Nik Abduh. Mereka masing-masing menyampaikan kuliah dengan cara masing-masing yang begitu menarik.

Saya tidak bermaksud ingin menyatakan isi kuliah mereka. Saya ingin membawa suatu tajuk yang boleh memaksimakan taubat anda di bulan barakah ini. Iaitu peringatan tentang kematian.

Tidak ramai yang suka berbincang tentang persiapan menghadapi kematian. Ramai yang sering kita dengar berbincang berkaitan dengan keduniaan semata-mata. Bagaimana nak menambah pendapatan? Bagaimana nak dapat duit banyak ? dsbgy.

Pernahkah kita bertanya kepada rakan kita. Anda sudah bersedia untuk menghadapi mati? Sudah tentu jarang berlaku. Takpun orang yang menyoal pasti akan dimarahi. “ Apa kamu ingat aku dah nak mati ke?”

Satu lagi sering kita takut ialah apabila terlintas di fikiran kita perihal nak mati. Kita sendiri tiba-tiba berperangai pelik. Memohon maaf atas segala kesalahan. Ampunkan saya. Dan pelbagai lagi yang kita laksanakan kita takut untuk buat sedemikian kerana menganggap seolah-olah diri kita sendiri sudah dekat dengan ajal.

Pemikiran sebegini kadang2 juga mengacau minda saya. Tak tahulah bagaimana dengan saudara/I pembaca. Mungkin ada yang berfikiran sebegini. Akhirnya kita takut untuk tazkiratul maut kerana ‘takut’ itulah penanda ajal kita sudah hampir.

Kenapa berfikiran sebegini? Kita sering membaca majalah-majalah dan berita-berita. Bila seseorang sudah meninggal, timbullah cerita daripada saudara-maranya. Sebelum mati sipolan sudah memberi tanda2 yang pelik seperti nak makan sesuatu yang pelik, bercakap-cakap yang pelik, perangai yang pelik2 dan sebagainya……Inilah menatijahkan berfikiran sempit seperti itu.

Penyelesaian

Bagaimana kita yang meyakini aqidah Islamiyyah iaitu MATI ITU ADALAH PASTI BAGI SETIAP YANG BERNYAWA.

Firman Allah SWT :

“setiap yang bernyawa akan merasakan mati. dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan balasanmu dengan sempurna. barangsiapa dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan kedalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan…kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya….” (ali imran, 3: 185)

“dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah. sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.barangsiapa menghendaki pahala dunia, maka Kami berikan kepadanya pahala (dunia) itu, dan barangsiapa menghendaki akhirat, kami berikannya pula kepadanya pahala (akhirat) itu, dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur…”(ali imran 3:145)

Kita mesti keluar daripada kepompong pemikiran sebegini dan kembali kepada pemikiran Islam yang tulen.

Antara tanda-tanda kematian yang kita dapat tahu antaranya [1] :

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak…

Kita tidak pasti apakah tanda yang tepat bagi setiap orang. Tanda itu pastinya berbeza antara yang mukmin, fasik, munafik, kafirin ataupun musyrikin. Pastinya berbeza!

Bagaimana kita akan mati?

Satu persolaan yang belum terjawab. Jawapannya aka nada bila kita mati kelak. Bagaimana orang sekarang mati. Saya cuba klasifikasikan : disebabkan 1) Penyakit 2)kemalangan 3)pembunuhan 4)jihad dan perjuangan.

Antara jenis2 kematian di atas, mana yang kita amat dambakan? Fikir-fikirkan.

Bersambung…….. TAZKIRAHTUL MAUT siri-2.

Rujukan:

[1]Rujukan : http://ajalmaut.blogspot.com/2008/07/tanda-tanda-menghampiri-kematian.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s