Bagaimana anda membaca akhbar?

Suatu pandangan

Malam ini di kesempatan cuti hujung minggu, saya membelek-belek HARAKAH edisi Jumaat. Sebenarnya sejak banyak akhbar online, saya sudah jarang membeli akhbar hardcopy. Saya rasa saudara/I pun sama.

Permasalahan

Masalah yang dihadapi setiap orang ialah dalam banyak2 lambakan isu di dalam akhbar, yang mana patut didahulukan? Bahagian mana yang patut dibaca dengan penuh perhatian dan yang mana dilihat sepintas lalu ataupun mungkin tak dilihat langsung.

Skill ini mungkin berbeza-beza di antara setiap orang. Saya sendiri mengakui diri masih lemah untuk membaca akhbar mengikut garis panduan yang sebenar.

Saya cuma berkongsi bagaimana saya membaca akhbar. Akhbar online yang saya terjah setiap hari ialah http://harakahdaily.net, http://malaysiakini.net, http://klpos.com dan http://utusan.com.my.

Pastinya kita tidak mampu menghadam kesemua maklumat yang dipaparkan di dalam akhbar. Mungkin hambatan masa dan kekangan tanggungjawab yang menyebabkan kita tiada kesempatan membaca satu persatu isu-semasa.

Saya ambil contoh HARAKAH. Jika diteliti HARAKAh, ia dibahagikan kepada beberapa bahagian : Teruskan membaca

Advertisement