Bagaimana anda membaca akhbar?

Suatu pandangan

Malam ini di kesempatan cuti hujung minggu, saya membelek-belek HARAKAH edisi Jumaat. Sebenarnya sejak banyak akhbar online, saya sudah jarang membeli akhbar hardcopy. Saya rasa saudara/I pun sama.

Permasalahan

Masalah yang dihadapi setiap orang ialah dalam banyak2 lambakan isu di dalam akhbar, yang mana patut didahulukan? Bahagian mana yang patut dibaca dengan penuh perhatian dan yang mana dilihat sepintas lalu ataupun mungkin tak dilihat langsung.

Skill ini mungkin berbeza-beza di antara setiap orang. Saya sendiri mengakui diri masih lemah untuk membaca akhbar mengikut garis panduan yang sebenar.

Saya cuma berkongsi bagaimana saya membaca akhbar. Akhbar online yang saya terjah setiap hari ialah http://harakahdaily.net, http://malaysiakini.net, http://klpos.com dan http://utusan.com.my.

Pastinya kita tidak mampu menghadam kesemua maklumat yang dipaparkan di dalam akhbar. Mungkin hambatan masa dan kekangan tanggungjawab yang menyebabkan kita tiada kesempatan membaca satu persatu isu-semasa.

Saya ambil contoh HARAKAH. Jika diteliti HARAKAh, ia dibahagikan kepada beberapa bahagian :

1)NASIONAL

2)EDITORIAL

3)KOLUMNIS

4)NEGERI

5) IKLAN

6)KORIDOR PAKATAN RAKYAT(FOKUS)

7) FIKRAH (FOKUS/INTERBIU/KOLUMNIS/FORUM/IQRA/ILMU/DAKWAH/MENARA GADING/AKAR UMBI/IKLAN/WANITA/AD-DEEN)

Di dalam setiap topik ada beberapa isu utama yang ingin dibawa kepada pengetahuan umum.

Saya mengambil satu contoh diri saya sendiri: Saya berminat mengetahui perkembangan ISLAM di luar Negara. Saya meneliti beberapa tajuk di dalam harakah. Terjumpa satu tajuk “Tarawikh terbesar dalam sejarah Amerika Utara” yang ditulis oleh Shirzad Lifeboat.

Apa isi penting dalam berita ini untuk disampaikan kepada orang lain sebagai informasi dan bahan dakwah. Kita tahu masing2 tidak mampu membaca kesemua berita kerana minat dan skill membaca masing-masing berbeza.

Katakan saya bawa isu tersebut di dalam usrah. Antara point besar yang saya boleh sampaikan ialah :

1) Islam semakin diterima di Amerika Utara.

2) Semakin ditentang, ISLAM semakin subur.

3) Faktor penyebab Barbara memeluk islam. 1) menemui seorang islam di masjid 2) minat terhadap solat [strategi dakwah kepada non-muslim)

Di dalam berita ada berkaitan dengan tarikh dan tempat sebagainya. Bagi saya itu adalah second priority untuk diingati. Intipati berita itulah yang lebih besar untuk disampaikan kepada mad’u dalam menyuburkan ISLAM di dalam jiwa mereka.

Amin Al-Kalantani @ Abu Fatih

14 Ramadhan 1429

2.19 pagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s