Saya masih terkial-kial mencari mood untuk menulis setelah seminggu memberi fokus yang maksima kepada projek yang hendak disiapkan.
Alhamdulillah hari ini ada sedikit kekuatan untuk menyambung penulisan saya.Sejak kebelakangan ini saya menghadapi masalah untuk copy and paste daripada word kepada wordpress.
Bila copy and paste, ada semacam script yang keluar. Saya pun tak tahu apa masalahnya. Jika anda ada solution tunjukkan saya! 🙂
Pada 23/9/2008 sekali lagi saya memberi kuliah di CIAST. Saya bawakan tajuk umur manusia yang dipetik daripada buku Renungan Tentang Umur Manusia karangan ahli sufi Sayyid Abdullah bin Alwi Alhaddad yang disunting oleh Hasanain M.Makhruf (mantan mufti mesir).
Buku ini telah diterbitkan pada Januari 1984.
Buku ini saya telah pinjam daripada bapa saudara saya di Johor. Saya hanya mengambil point2 penting dalam buku ini untuk disampaikan kepada pelajar CIAST dalam muka surat 21. Saudara boleh merujuk buku berkenaan.
Tajuk iaitu ialah 5 umur manusia.
Ada 5 umur manusia
1)Masa perpindahannya sejak pertama, dalam tulang sulbi para ayah dan Rahim para ibu sebelum ia dilahirkan.
2)Masa kehidupannya di dunia; sejak ia dilahirkan hingga diwafatkan oleh Allah SWT.
3)Masa tinggalnya di alam barzakh; sejak wafatnya hingga masa ia dibangkitkan.
4)Masa tinggalnya di padang Mahsyar; sejak ia dibangkitkan hingga perkaranya diputuskan oleh Allah SWT.
5)Masa hidupnya di negeri yang kekal; dalam kenikmatan syurga atau dalam kepedihan neraka.
Diakhir tazkirah saya, saya menekankan bahawa 10 akhir ramadhan ialah tawaran Allah SWT daripada pelepasan api neraka.
Penutup
Saya memberi peringatan khusus untuk menyedarkan diri saya sendiri atas segala kealpaan sepanjang menumpang di bumi Allah SWT ini. Semoga yang mendengar juga beroleh manfaat untuk menyiapkan diri menempuh baki umur 3 alam lagi!
Amin Al-Kalantani @ Abu Fatih
salam ustaz
tazkirah dan ilmu yang amat baik..
terima kasih.
Jika ada tazkiran yang bagus boleh berkongsi di weblog ini.