Selamat Kembali Kepada Fitrah (Eidulfitri)

Catatan ini saya tulis sempena ketibaan syawal yang semakin hampir.
Saya cuba mengubah ucapan SELAMAT HARI RAYA kepada SELAMAT KEMBALI KEPADA FITRAH. (IDULFITRI).

Perbezaan ucapan SELAMAT HARI RAYA dan ucapan SELAMAT KEMBALI KEPADA FITRAH.

Ucapan SELAMAT HARI RAYA selalunya ;
1)Terbayangkan suasana gembira
2)Terbayangkan kueh muih pelbagai
3)Terbayangkan duit raya
4)Terbayangkan nyanyian lagu2 raya

ucapan SELAMAT KEMBALI KEPADA FITRAH (IDULFITRI):
1)Menilai semula apa itu FITRAH insan?
2)Sudahkah kita kembali kepada FITRAH selepas RAMADHAN?…
3)Ataupun sebaliknya?

FITRAH INSAN
Saya cuba mencari beberapa penjelasan daripada beberapa sesawang.
Tertarik dengan satu penjelasan mengenai fitrah;

1)Allah menegaskan bahawa ‘fitrah’ adalah ‘ketetapan’ Allah yang ditentukan kepada umat manusia sejak awal penciptaannya. Imam al-Ghazali, Ismail Raji al-Faruqi dan Sayyed Naquib al-Attas adalah kalangan sarjana Islam yang membincangkan secara terperinci berkaitan fitrah dalam karya ilmiah mereka.

2)Secara umumnya, mereka menyimpulkan bahawa fitrah sebagai suatu potensi dalam diri manusia yang cenderung kepada nilai
positif sejagat meliputi kecenderungan kepada kehidupan beragama dan nilai dipegang agama.

3)Dalam konteks ini, al-Quran menjelaskan fitrah sebagai agama Hanif, agama yang lurus, agama pertama ditakdirkan untuk dianuti seluruh manusia. Tidak hairanlah mengapa manusia mempunyai potensi yang asli terhadap nilai positif sejagat yang sememangnya didukung agama pertama ini.

http://nurjeehan.wordpress.com

PANDANGAN SAYA TERHADAP FITRAH

Saya berpandangan fitrah mencakupi elemen ini :
1)Manusia dijadikan oleh Allah ialah untuk mengabdi kepada Allah SWT (Ubudiyyah)
2)Taat kepada Allah (Taqwa)-Hasil daripada ibadah puasa di bulan Ramadhan.

KEMBALI KEPADA FITRAH
Sewajibnya kita menginsafi semula apakah konsep HARI RAYA yang kita fahami dan pratiskan selama ini
merupakan suatu ibadah yang selaras dengan ISLAM. Ataupun berkonsep turun temurun?

Tidak salah untuk kita bergembira di hari raya, berpakaian baru, menjamu juadah, memberi duit raya dan sebagainya selagi mana ia adalah dalam lingkungan syariat ISLAM. Jika melampaui batas syariat ISLAM, kita telah berjaya digelincirkan oleh syaitan dan kuncu-kuncunya.

PENUTUP
Sempena Syawal yang semakin tiba, saya sekeluarga mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf daripada semua yang
mengenali kami. InsyaAllah, 28/9 kami akan bertolak ke Jeli, Kelantan dan Hari Raya Kedua kami bertolak ke Johor.
Jika ada kesempatan kita boleh bersua muka.

Amin Al-Kalantani @  Abu Fatih
5.23pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s