PERKUKUHKAN RUMAHTANGGA DAKWAH

LAMA SAYA TIDAK MENULIS. MASA ITU SAYA GUNAKAN UNTUK ZIARAH KE LAMAN-LAMAN WEB YANG LAIN.

POSTING SAYA KALI INI MEMBERI FOKUS KEPADA MENGUKUHKAN RUMAHTANGGA DAKWAH.

SAYA PETIK BEBERAPA ULASAN DARIPADA UST ABDUL HALIM.

Melalui pengalaman dan pengamatan lebih 25 tahun di dalam amal Dakwah yang mana di satu tempat atau masa penuh kasing sayang dan di dalam satu tempat atau masa yang lain pula di dalam fitan (haru biru) dan hilang perasaan kasih sayang, saya dapat menyimpulkan bahawa :

1.    Asas Dakwah atau amal Islami adalah kasih sayang yang didasari Iman. Tanpanya, tiada buah kepada Iman, bahkan tiada Amal Islami sejati pun yang hendak diperjuangkan.


2.    Kasih sayang bukan sahaja dituntut berlaku sesama ahli dalam organisasi, keluarga, suami isteri, bahkan juga terhadap mad’u yang kita hendak dakwahkan, bahkan terhadap sekelian bani insan di dunia ini. Lihat sahaja tulisan Al-Banna di dalam risalah-risalahnya, kita akan dapati ruh kasih sayang yang sangat mendalam  terhadap semua lapisan manusia.


3.    Di masa atau tempat yang subur kasih sayang sesama ahli-ahlinya, segala masalah yang sebenarnya besar dan runcing, saya lihat menjadi masalah yang sangat kecil dan remeh yang tiba-tiba sahaja menjadi selesai sebelum sempurna usaha yang bersungguh-sungguh untuk membenterasnya.


4.    Dimasa atau tempat yang kasih sayang sesama ahlinya pudar, bermasalah atau tidak mendapat penekanan yang secukupnya, segala masalah yang sebenarnya kecil dan remeh, tiba-tiba menjadi satu masalah yang sangat besar, sukar diselesaikan bahkan terbawa-bawa hingga ke peringkat  tertinggi dalam organisasi !


5.    Kasih sayang tempatnya di hati dan ruh yang dimiliki oleh Allah swt. Ia adalah ikatan hati dan ruh itu sendiri. Oleh itu keikhlasan yang tinggi kepada Allah sahaja yang dapat menjamin tersemainya kasih sayang hakiki yang diinginkan. Di sini pentingnya ilmu tentang Islam dan perjuangannya, kefahaman tentang matlamat dan Jalan Dakwah, kewajipan sebenar sebagai hamba Allah, pengikut Rasulullah saw dan anggota jemaah. Tanpa hakikat-hakikat di atas, perjuangan dan kasih sayang yang dimiliki adalah menyeleweng, rapuh dan akan berkecai pada bila-bila masa. Gugurnya seorang demi seorang dari Jalan Dakwah yang berlaku di depan mata kepala kita sendiri dari masa kesemasa membenarkan hakikat ini. Ada yang meninggalkan Jalan Dakwah hanya kerana teman-teman enggan meminjamkan wang kepadanya.


6.    Wajib keatas setiap individu yang cintakan Islam dan kejayaannya di hari muka menyuburkan perasaan kasih sayang terhadap isterinya, suaminya, anak-anak, ahli di dalam organisasi dan manusia amnya. Sebarang sebab yang membawa kepada keadaan sebaliknya hendaklah segera disingkir atau dijauhkan. Ini termasuk bersangka buruk, mengumpat, mencari aib orang lain, ghurur (tertipu kehebatan diri kononnya), menerima berita tanpa periksa, kurang taaruf, ziarah dan berterus terang dan sebagainya.

Bacaan lanjut sila di inijalanku.wordpress.com

APA TINDAKAN FARDHI SETIAP KITA?

1) Sewajibnya setiap individu bersiap siaga dalam melayari bahtera rumahtangga. Rumahtangga yang dibina di atas dasar iman dan aqidah tidak akan mudah goyah.

2) Pelajarilah daripada mereka yang telah berjaya membina rumahtangga dakwah. Belajar dan bertanya merupakan aspek penting proses pembelajaran.

3) Letakkan keutamaan dalam memberi fokus pengisian rumahtangga dakwah yang cemerlang.

Akhir kalam, rumahtangga yang dibina atas dasar iman dan tauhid tetap bediri utuh dengan dilimpahi rahmat dan maghfirah oleh Allah SWT.

Abu Fatih @ Amin Al-Kalantani

5.51pm Shah Alam


2 thoughts on “PERKUKUHKAN RUMAHTANGGA DAKWAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s