Kisah Tauladan

ALHAMDULILLA SAYA KEMBALI BEKRJA HARI INI.

HARI RABU LEPAS SAYA TERPAKSA PULANG KE BATU PAHAT KERANA MAK MERTUA DIMASUKKAN KE DALAM WAD. ALHAMDULILLAH PETANG SEMALAM SUDAH DIBENARKAN KELUAR DARI HBP.

——————————————————————————–

Seperti biasa seorang pemblog @ bloggers tidak akan tenang jika tiada apa-apa posting dibuat pada setiap hari. Rasa macam tak sedap hati jika dibiarkan kosong tiada apa2 posting hari tersebut. Penyakit itu sudah mula merebak kepada saya walaupun blog ini bukanlah sehebat mana.

Saya pernah mengajak sahabat membina blog. Alasan saya ialah, jadikan blog sebagi MEDAN UNTUK MEWARIS. Kalau orang lain tak nak warisi, paling kurang anak-anak kita boleh mewarisi blog kita! InsyaALLAH

———————————————————————————

Hari ini saya sempat ziarah beberapa blog rakan-rakan saya. Especially saya tertarik dengan satu coretan rakan yang berbentuk cerita. Tajuknya “Kisah Tauladan”.

Teruskan membaca

Advertisement

One Guy Converted to Islam in Yusof Estes Program at Bukit Jelutong

yusof-estes

Alhamdulillah, tepat 11.15 malam tadi seorg saudara seaqidah kita bertambah dalam majlis ringkas tanpa rancang, ringkas, berlangsung secara spontan walau empunya diri dah lama menerima Islam.

Hidayah itu hak Allah, manusia merancang. Sesiapa sahaja yg Dia nak beri pasti akan diberi. Suasana depan ratusan audience penuh rasa hiba malah tergamam kesyukuran.

Jzklh.

More info about Sheikh Yusuf Estes

http://video.google.com/videoplay?docid=-7657333391410735923&hl=en

Teruskan membaca

Genap 2 Tahun Baitul AMRA

ALHAMDULILLAH…ITULAH KESYUKURAN YANG KAMI LAFAZKAN KEPADA ALLAH SWT TANDA SYUKUR KAMI DI ATAS BERJAYA MEMBINA BAITUL AMRA (AMIN+RAFIDAH) YANG SUDAH GENAP DUA TAHUN.

PERNIKAHAN KAMI PADA 26 DZULKAEDAH 1427. SILA LIHAT POSTING SAYA DI AMIN1982.BLOGSPO.COM BERTAJUK SUDAH BERGELAR SEORANG SUAMI.

RUMAHTANGGA KAMI DIPERKUATKAN LAGI DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA SULUNG KAMI MUHAMMAD FATIH PADA 23 SAFAR 1429.

Teruskan membaca

Ramalan mengenai Kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w.) Menerusi Kitab-kitab Lain

ramalan-kelahiran-nabi

Alhamdulillah saya telah ketemui semula satu terjemahan yang dibuat oleh rakan saya daripada sebuah buku kecil yang berbahasa English.

Saya amat tertarik dengan isi kandungan buku tersebut. Saya telah mengambil inisiatif meminta seorang rakan menterjemah ke dalam bahasa Melayu yang bertajuk ”

Ramalan mengenai Kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w.) Menerusi Kitab-kitab Lain

Antara Sinopsis tajuk penulisan ini ialah :

1)Kitab-kitab agama Hindu, yang lebih dikenali sebagai Veda, Shastra, Purana dan lain-lain kesemuanya ditulis dalam bahasa Sanskrit. Bahasa ini telah diterima serata dunia sebagai bahasa perantaraan utama. Dalam bahasa Sanskrit, terdapat satu kitab yang dikenali sebagai “Bhavishva Purana.” Kitab ini dikatakan telah ditulis oleh seorang pendeta, Maha Rishi Visayar.
Di dalam tulisan asalnya: (Parvam: 3, Bahagian 3, Bab 3; Rangkap 5-8)
Dalam rangkap tersebut, nama “Muhammad” telah disebut dengan jelas sebagai “Mahaamat” di permulaan ayat yang kedua.

2)Agama Farsi (agama yang telah diamalkan penduduk Iran sebelum kedatangan Islam) adalah salah satu agama yang tertua di dunia. Kitab-kitabnya dikenali sebagai “Dasatir” dan “Jant Avasthe.”
Dalam kitab ‘Dasatir’, di dalam rangkapnya yang ke-14, telah dinyatakan undang-undang pentadbiran yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam.
Dalam rangkap-rangkap tersebut, ramalan mengenai Nabi Muhammad s.a.w.

3)Buddha sememangnya MENEKANKAN kepercayaan terhadap Tuhan yang Satu, dan dia telah meramalkan kedatangan Nabi Muhammad (s.a.w.)

Teruskan membaca

Panduan Bijak Menggunakan Internet

Alhamdulillah dalam berita semalam seingat saya, Malaysia antara negara yang rakyatnya banyak memanfaatkan internet.

Atas faktor itu saya telah mengambil inisiatif yang kerdil ini untuk menulis serba sedikit panduan bijak menggunakan internet.

Antara objektif yang saya letakkan ialah :

OBJEKTIF

1.Memberi panduan kepada pengguna internet untuk menggunakan internet secara bijak.
2.Memberi langkah-langkah penting dalam memaksimumkan penggunaan.
3.Menetapkan disiplin-disiplin dalam penggunaan.

Seringkali kita berhadapan dengan masalah dengan internet.

Apa yang kita hendakkan tidak pula kita ketemui, sebaliknya kita telah menerewang ke tempat lain yang bukan asal tujuan kita.

Teruskan membaca

BEZA POLITIK SEKULAR DENGAN POLITIK ISLAM

BEZA POLITIK SEKULAR DENGAN POLITIK ISLAM merupakan tugasan subjek Politik ISlam Diploma ILham.

Alhamdulillah saya telah menghantar tugasan ini waktu kuliah ilham yang keempat yang lepas.

Sinopsis kertas kerja yang saya telah siapkan ialah seperti berikut :

PERBEZAAN POLITIK ISLAM DENGAN POLITIK SEKULAR

PERBEZAAN PERTAMA : SUMBER

PERBEZAAN KEDUA : KEADILAN

PERBEZAAN KETIGA : KONSEP AMANAH & KUASA

PERBEZAAN KEEMPAT: MATLAMAT

PERBEZAAN KELIMA: KHALIFAH

PERBEZAAN KEENAM: METHOD UNTUK MENCAPAI MATLAMAT

Kesimpulan kertas kerja yang saya tulis ialah :

Teruskan membaca

Musafirku Genap 27 Tahun

Angka 26 untuk 31 Ogos dan angka 27 adalah untuk 12 Dzulkaedah.

Apabila dihitung mengikut bulan Masihi umurku 26. Jika dihitung dengan Hijriyah sudah menjangkau 27 Tahun musafirku di bumi Allah SWT.

Selisih satu tahun.

Ucapan pertama untuk mengingatkan aku genap 27 tahun datangnya dari isteriku tersayang.

Semoga saki baki umur yang Allah SWT amanahkan kepadaku dapatku penuhi dengan UBUDIYYAH kepada Allah SWT.

Semoga Allah SWT menunjukki kita ke jalan yang lurus.

KELAS KEEMPAT ILHAM 8/11/08

PENGUMUMAN

Buat semua pelajar ILHAM sem 1 sesi 08/09 peperikasaan akhir akan diadakan pada minggu kedua bulan Disember.

Sila hantar bersama segala tugasan pada hari tersebut.

Saya cuba menulis untuk berkongsi apa yang saya perolehi sewaktu pengajian ILHAM semester 1 siri ke empat. Saya sebenarnya telah tertinggal kelas yang ke tiga pada 11/10/08 yang lepas.

Apa yang saya tulis hanya point-point penting sahaja. Untuk kajian lanjut anda boleh mendapatkannya melalui kelas-kelas ataupun merujuk kepada ustaz. Saya juga memohon maaf kerana tidak dapat mendatangkan ayat-ayat al-Quran sekadar menyatakan surah dan ayat mana untuk kajian lanjut pembaca. Penulisan ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian mengikut modul pengajaran ILHAM iaitu :

Bahasa Arab

Pengantar Pengajian Al-Quran

Politik Islam

Aqidah Islamiyyah

 

BAHASA ARAB (UST HUSNI)

Untuk sesi kedua ust mengulangkaji berkaitan kelas yang ketiga. Mengikut bahasa arab feel boleh juga dibahagikan kepada 2 bentuk:

 

1)FEEL MUJARAD(kata perbuatan yang asal)

2)FEEL MAZIDAH (kata perbuatan yang sudah ditambah)

 

FEEL MUJARAD

Kata perbuatan yang asli. Terbahagi kepada 2 iaitu mujarrad sulasi (3) dan mujarad ruba’ie(4).

 

FEEL RUBA’IE

Kata perbuatan yang telah ditambah hurufnya ke atas feel mujarad dengan satu huruf,3 atau 4.

 

 

 

 

PENGANTAR PENGAJIAN AL-QURAN (UST SYED HISYAM)

Isi kandungan pengajian :

 

Sandaran dalam menafsirkan al-Quran.

Antara sandaran tafsiran ialah:

1)Al-Quran menafsirkan al-Quran.

 

2)As-Sunnah menafsirkan Al-Quran.

 

3)Ijtihad Sahabat Menafsirkan Al-Quran.

Antara alat-alat yang digunakan dalam berijtihad ialah : 1)mengetahui penggunaan bahasa arab dan rahsia-rahsianya 2)Mengetahui adat kebudayaan arab 3)Mengetahui reaksi yahudi dan nasrani yang tinggal di semanjung arab; dikala turunnya al-Quran.

 

Penulisan Tafsir Al-Quran

Penulisan tafsir kebanyakan bermula di zaman tabi’en. Tiga kelompok dalam tafsiran al-Quran iaitu :

 

a)Kelompok pengajian tafsir yang dipelopori oleh Abdullah bin Abbas. (Ulama Makkah)

b)Kelompok pengajian tafsir yang dipelopori Ubai bin Kaab. (Ulama Madinah)

c) Kelompok pengajian tafsir yang dipelopori Abdullah bin Mas’ud. (Ulama Kuffah, Iraq)

 

Penekanan dalam aspek penafsiran:

  1. Persoalan ma’tsur
  2.  Persoalan ra’yie
  3. Persoalan tatabahasa arab dan sateranya
  4. Persoalan ayat-ayat hukum

 

Israilliyat Dalam Tafsir

 

Israel dirujuk kepada Nabi Ya’qub yang merupakan ‘abu al-asbat’ yang dua belas. Kepada dua belas kelompok inilah dinamakan Yahudi.

 

Antara ulama Israel yang memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW ialah Abdullah bin Salam dan Ka’ab bin Akhbar.

 

Mereka berdua antara yang berpengaruh dalam memasukkan unsure-unsur Israilliyat dalam tafsiran.

 

Unsur-unsur Israeliyat banyak menyentuh cerita-cerita para Nabi sebelum nabi Muhammad SAW.

 

Bagaimana berhadapan dengan ISraeliyat?

Dibahagikan kepada 3 bahagian :

a)riwayat yang muafakat dengan syariat Nabi Muhammad SAW. Diterima.

b)riwayat yang menyalahi syariat Nabi Muhammad SAW. Ditolak.

c) syariat nabi Muhammad tidak menyatakan pendirian terhadap riwayat tersebut. Dibenarkan diriwayatkan tetapi tidak dibenarkan dijadikan hujjah dan berhukum.

 

 

POLITIK ISLAM (UST WAN ABDUL RAHMAN WAN ABDUL LATIF)

Antara kuliaH yang dinanti-nantikan oleh pelajar ialah kuliah ini. Ustaz Wan Abdul Rahman memang berpengalaman dalam bidang ini.

 

Antara tajuk-tajuk yang disentuh dalam kuliah ke-3 ini ialah :

Teruskan membaca

Dakwah Tidak Dapat Dipikul Orang Manja

Written by admin
Sunday, 02 November 2008
Oleh: Drs. DH Al Yusni

Sumber : http://www.dakwah.info

Wahai Saudaraku yang dikasihi Allah.

Perjalanan dakwah yang kita lalui ini bukanlah perjalanan yang banyak ditaburi kegemerlapan dan kesenangan. Ia merupakan perjalanan panjang yang penuh tantangan dan rintangan berat.

ftime.jpgTelah banyak sejarah orang-orang terdahulu sebelum kita yang merasakan manis getirnya perjalanan dakwah ini. Ada yang disiksa, ada pula yang harus berpisah kaum kerabatnya. Ada pula yang diusir dari kampung halamannya. Dan sederetan kisah perjuangan lainnya yang telah mengukir bukti dari pengorbanannya dalam jalan dakwah ini. Mereka telah merasakan dan sekaligus membuktikan cinta dan kesetiaan terhadap dakwah.

Cobalah kita tengok kisah Dzatur Riqa’ yang dialami sahabat Abu Musa Al Asy’ari dan para sahabat lainnya –semoga Allah swt. meridhai mereka. Mereka telah merasakannya hingga kaki-kaki mereka robek dan kuku tercopot. Namun mereka tetap mengarungi perjalanan itu tanpa mengeluh sedikitpun. Bahkan, mereka malu untuk menceritakannya karena keikhlasan dalam perjuangan ini. Keikhlasan membuat mereka gigih dalam pengorbanan dan menjadi tinta emas sejarah umat dakwah ini. Buat selamanya.Pengorbanan yang telah mereka berikan dalam perjalanan dakwah ini menjadi suri teladan bagi kita sekalian. Karena kontribusi yang telah mereka sumbangkan untuk dakwah ini tumbuh bersemi. Dan, kita pun dapat memanen hasilnya dengan gemilang. Kawasan Islam telah tersebar ke seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mengalami populasi dalam jumlah besar. Semua itu karunia yang Allah swt. berikan melalui kesungguhan dan kesetiaan para pendahulu dakwah ini. Semoga Allah meridhai mereka.

Duhai saudaraku yang dirahmati Allah swt.

Renungkanlah pengalaman mereka sebagaimana yang difirmankan Allah swt. dalam surat At-Taubah: 42.

Teruskan membaca

10 Muwasofat Tarbiyyah

Lama saya tidak ziarah ke http://www.dakwah.info. Pagi ini saya mengambil sedikit masa untuk berziarah ke sana.

Saya tertarik dengan satu artikel yang bertajuk 10 Muwasofat Tarbiyyah.

10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.


10 Muwasofat Tarbiyyah.

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Untuk mendapatkan huraian yang lebih terperinci sila bertandang ke http://www.dakwah.info.

Kadang-kadang mengimbau semula proses tarbiah yang diikuti semasa sekolah menengah dan di universiti dulu.

Teruskan membaca

MBSA Larang Jualan Arak

Saya telah terima satu sms pada 31-october lepas. Sms berbunyi :

Alhamdulillah. Mesy Majlis MBSA baru sebentar td luluskan larangan penjualan arak d Kedai, Restoran dan 7-11 d kaw majoriti Islam setelah 2 bln keputusan ini tertangguh n dibahaskan. “Bg kedai serbaneka, mini market n restoran, lesen  yg dikeluarkan tidak termasuk kebenaran menjual minumna keras termasuk yg alkohol d bwh 5%. “Pemohonana baru n paharuan lesen jual minuman keras tidak dibenar  di sek 1-24 dan majoriti pduduk  berugama Islam kecuali Hotel, Rmh Kelab n Hypermarket”.

Teruskan membaca