10 Muwasofat Tarbiyyah

Lama saya tidak ziarah ke http://www.dakwah.info. Pagi ini saya mengambil sedikit masa untuk berziarah ke sana.

Saya tertarik dengan satu artikel yang bertajuk 10 Muwasofat Tarbiyyah.

10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.


10 Muwasofat Tarbiyyah.

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Untuk mendapatkan huraian yang lebih terperinci sila bertandang ke http://www.dakwah.info.

Kadang-kadang mengimbau semula proses tarbiah yang diikuti semasa sekolah menengah dan di universiti dulu.

Mengapa di universiti dulu kita sentiasa kuat untuk ditarbiah dan mentarbiah. Tetapi bila tamat universiti, seringkali yang bergelar naqib/naqibah pun sudah tidak kuat lagi untuk ditarbiah dan mentarbiah.

Sedangkan proses pembelajaran mesti berterusan sehingga akhir hayat.

Manisnya tarbiah. Buahnya ukhuwwah Islamiyyah.

Kembalikan nostalqia tarbiah waktu dahulu demi mencari kekuatan waktu sekarang.

Abu Fatih @ Amin Al-Kalantani

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s