KELAS KEEMPAT ILHAM 8/11/08

PENGUMUMAN

Buat semua pelajar ILHAM sem 1 sesi 08/09 peperikasaan akhir akan diadakan pada minggu kedua bulan Disember.

Sila hantar bersama segala tugasan pada hari tersebut.

Saya cuba menulis untuk berkongsi apa yang saya perolehi sewaktu pengajian ILHAM semester 1 siri ke empat. Saya sebenarnya telah tertinggal kelas yang ke tiga pada 11/10/08 yang lepas.

Apa yang saya tulis hanya point-point penting sahaja. Untuk kajian lanjut anda boleh mendapatkannya melalui kelas-kelas ataupun merujuk kepada ustaz. Saya juga memohon maaf kerana tidak dapat mendatangkan ayat-ayat al-Quran sekadar menyatakan surah dan ayat mana untuk kajian lanjut pembaca. Penulisan ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian mengikut modul pengajaran ILHAM iaitu :

Bahasa Arab

Pengantar Pengajian Al-Quran

Politik Islam

Aqidah Islamiyyah

 

BAHASA ARAB (UST HUSNI)

Untuk sesi kedua ust mengulangkaji berkaitan kelas yang ketiga. Mengikut bahasa arab feel boleh juga dibahagikan kepada 2 bentuk:

 

1)FEEL MUJARAD(kata perbuatan yang asal)

2)FEEL MAZIDAH (kata perbuatan yang sudah ditambah)

 

FEEL MUJARAD

Kata perbuatan yang asli. Terbahagi kepada 2 iaitu mujarrad sulasi (3) dan mujarad ruba’ie(4).

 

FEEL RUBA’IE

Kata perbuatan yang telah ditambah hurufnya ke atas feel mujarad dengan satu huruf,3 atau 4.

 

 

 

 

PENGANTAR PENGAJIAN AL-QURAN (UST SYED HISYAM)

Isi kandungan pengajian :

 

Sandaran dalam menafsirkan al-Quran.

Antara sandaran tafsiran ialah:

1)Al-Quran menafsirkan al-Quran.

 

2)As-Sunnah menafsirkan Al-Quran.

 

3)Ijtihad Sahabat Menafsirkan Al-Quran.

Antara alat-alat yang digunakan dalam berijtihad ialah : 1)mengetahui penggunaan bahasa arab dan rahsia-rahsianya 2)Mengetahui adat kebudayaan arab 3)Mengetahui reaksi yahudi dan nasrani yang tinggal di semanjung arab; dikala turunnya al-Quran.

 

Penulisan Tafsir Al-Quran

Penulisan tafsir kebanyakan bermula di zaman tabi’en. Tiga kelompok dalam tafsiran al-Quran iaitu :

 

a)Kelompok pengajian tafsir yang dipelopori oleh Abdullah bin Abbas. (Ulama Makkah)

b)Kelompok pengajian tafsir yang dipelopori Ubai bin Kaab. (Ulama Madinah)

c) Kelompok pengajian tafsir yang dipelopori Abdullah bin Mas’ud. (Ulama Kuffah, Iraq)

 

Penekanan dalam aspek penafsiran:

  1. Persoalan ma’tsur
  2.  Persoalan ra’yie
  3. Persoalan tatabahasa arab dan sateranya
  4. Persoalan ayat-ayat hukum

 

Israilliyat Dalam Tafsir

 

Israel dirujuk kepada Nabi Ya’qub yang merupakan ‘abu al-asbat’ yang dua belas. Kepada dua belas kelompok inilah dinamakan Yahudi.

 

Antara ulama Israel yang memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW ialah Abdullah bin Salam dan Ka’ab bin Akhbar.

 

Mereka berdua antara yang berpengaruh dalam memasukkan unsure-unsur Israilliyat dalam tafsiran.

 

Unsur-unsur Israeliyat banyak menyentuh cerita-cerita para Nabi sebelum nabi Muhammad SAW.

 

Bagaimana berhadapan dengan ISraeliyat?

Dibahagikan kepada 3 bahagian :

a)riwayat yang muafakat dengan syariat Nabi Muhammad SAW. Diterima.

b)riwayat yang menyalahi syariat Nabi Muhammad SAW. Ditolak.

c) syariat nabi Muhammad tidak menyatakan pendirian terhadap riwayat tersebut. Dibenarkan diriwayatkan tetapi tidak dibenarkan dijadikan hujjah dan berhukum.

 

 

POLITIK ISLAM (UST WAN ABDUL RAHMAN WAN ABDUL LATIF)

Antara kuliaH yang dinanti-nantikan oleh pelajar ialah kuliah ini. Ustaz Wan Abdul Rahman memang berpengalaman dalam bidang ini.

 

Antara tajuk-tajuk yang disentuh dalam kuliah ke-3 ini ialah :

Syarat-syarat menjadi pemimpin yang berjaya :

1)Ilmu

2)kemampuan untuk menjalankan keadilan.

 

Kaedah-kaedah memilih kepimpinan mestilah melalui konsep syura.

 

Orang yang paling amanah ialah orang yang bertaqwa.

 

 

AQIDAH ISLAMIYYAH (UST RIDUAN ISMAIL)

Saya terpaksa pulang awal kerana ada hal. Apapun terasa kerugiannya.

 

KESIMPULAN SAYA UNTUK KULIAH KEEMPAT

Kelas berjalan dengan baik. Kehadiran yang amat kurang, khususnya kaum adam. Mungkin pertindihan dengan pelbagai program yang menuntut lebih keutamaan. Apapun kuliah sem1 ILHAM ini telah memberi satu kesan positif pada saya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya berkaitan ILMU-ILMU ISLAM.

Abu Fatih @ Amin Al-Kalantani

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s