BEZA POLITIK SEKULAR DENGAN POLITIK ISLAM merupakan tugasan subjek Politik ISlam Diploma ILham.
Alhamdulillah saya telah menghantar tugasan ini waktu kuliah ilham yang keempat yang lepas.
Sinopsis kertas kerja yang saya telah siapkan ialah seperti berikut :
PERBEZAAN POLITIK ISLAM DENGAN POLITIK SEKULAR
PERBEZAAN PERTAMA : SUMBER
PERBEZAAN KEDUA : KEADILAN
PERBEZAAN KETIGA : KONSEP AMANAH & KUASA
PERBEZAAN KEEMPAT: MATLAMAT
PERBEZAAN KELIMA: KHALIFAH
PERBEZAAN KEENAM: METHOD UNTUK MENCAPAI MATLAMAT
Kesimpulan kertas kerja yang saya tulis ialah :
KESIMPULAN
ISLAM merupakan DIN (cara hidup) yang sempurna merangkumi soal politik, social, ekonomi dan semua aspek kehidupan manusia. Kesempurnaan ISLAM ini juga terhadap soal-soal politik. Kesempurnaan ISLAM telah menjadikan strukur masyarakat ISLAM begitu kuat kerana semua aktivit harian berpandukan kepada ISLAM.
Sekular adalah batil dan menyalahi FITRAH KEMANUSIAAN. Kebatilan fikrah secular ini turut menjalar kepada sistem politik mereka. Dakyah mereka hari ini telah berjaya mewujudkan kelompok yang begitu taksub kepada aqidah secular. Apa yang lebih menyedihkan, fikrah ini turut menjalan kepada masyarakat ummat Islam.
Secara konklusinya, terdapat perbezaan jelas yang membezakan politik ISLAM dan politik SEKULAR. Dalam tulisan ini, saya telah menyentuh aspek perbezaan sumber, keadilan, konsep amanah dan kuasa, matlamat dan tugas khalifah.
Untuk kertas kerja lengkap yang saya tulis boleh diperolehi di amin1982.blogspot.com
Abu Fatih @ Amin Al-Kalantani