Ramalan mengenai Kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w.) Menerusi Kitab-kitab Lain

ramalan-kelahiran-nabi

Alhamdulillah saya telah ketemui semula satu terjemahan yang dibuat oleh rakan saya daripada sebuah buku kecil yang berbahasa English.

Saya amat tertarik dengan isi kandungan buku tersebut. Saya telah mengambil inisiatif meminta seorang rakan menterjemah ke dalam bahasa Melayu yang bertajuk ”

Ramalan mengenai Kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w.) Menerusi Kitab-kitab Lain

Antara Sinopsis tajuk penulisan ini ialah :

1)Kitab-kitab agama Hindu, yang lebih dikenali sebagai Veda, Shastra, Purana dan lain-lain kesemuanya ditulis dalam bahasa Sanskrit. Bahasa ini telah diterima serata dunia sebagai bahasa perantaraan utama. Dalam bahasa Sanskrit, terdapat satu kitab yang dikenali sebagai “Bhavishva Purana.” Kitab ini dikatakan telah ditulis oleh seorang pendeta, Maha Rishi Visayar.
Di dalam tulisan asalnya: (Parvam: 3, Bahagian 3, Bab 3; Rangkap 5-8)
Dalam rangkap tersebut, nama “Muhammad” telah disebut dengan jelas sebagai “Mahaamat” di permulaan ayat yang kedua.

2)Agama Farsi (agama yang telah diamalkan penduduk Iran sebelum kedatangan Islam) adalah salah satu agama yang tertua di dunia. Kitab-kitabnya dikenali sebagai “Dasatir” dan “Jant Avasthe.”
Dalam kitab ‘Dasatir’, di dalam rangkapnya yang ke-14, telah dinyatakan undang-undang pentadbiran yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam.
Dalam rangkap-rangkap tersebut, ramalan mengenai Nabi Muhammad s.a.w.

3)Buddha sememangnya MENEKANKAN kepercayaan terhadap Tuhan yang Satu, dan dia telah meramalkan kedatangan Nabi Muhammad (s.a.w.)

4)Bagi agama Kristian pula – di dalam kitab Injil – pada ‘Song of Solomon’ 5:16 ada dinyatakan seperti berikut (di dalam bahasa Ibrani yang asal).
“Hikko Manittadim Vikkulu Mahamadim Zahyudi Vezeur Raai Benute Yafus Halam.”
Terjemahannya berbunyi:
“Tutur katanya amatlah berlemah lembut (Ajarannya amatlah berlemah lembut). Dialah Muhammad. Dialah kesayanganku; dialah sahabatku. Wahai orang-orang Jerusalam, aku amat kasih kepadanya.”
(Dari Kitab Injil dalam bahasa lain)

5)Oleh itu, Nabi Musa, di dalam Old Testament dan Nabi Isa, di dalam New Testament telah pun meramalkan kelahiran nabi yang terulung akhir zaman – Nabi Muhammmad (s.a.w.).

Untuk mendapatkan terjemahan lengkap, sila klik di sini

Tulisan ini telah dilinkan kepada kampusnegara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s