Temuramah Eksklusif Bersama Ust Maszlee Malek Berhubung Serangan Rejim Zionis.

Sumber : http://palestinkini.info
Contributed by gunxx on Wednesday, December 31 @ 00:58:05 MYT
Topic: Analisis

Angka kematian di Gaza semakin meningkat dari hari ke hari. Seluruh dunia kini menumpukan tumpuan kepada serangan terbaru rejim Zionis yang diakui terbesar semenjak 1967.

Ikuti temuramah eksklusif wartawan Palestinkini , Gunx bersama Ustaz Maszlee Malek, seorang penganalisis isu Palestin yang tidak asing lagi yang kini berada di Durham, United Kingdom.

1-apakah sebenarnya yang membuatkan rejim Zionis melakukan serangan terbesar semenjak peperangan 1967 ini ? adakah ia ada kaitan dengan pilhanraya Israel Febuary nanti ?

Serangan ini merupakan medan bagi para pengganas Zionis mengambil miledge politik mereka menjelang pilihanraya. Tiada seorang pun pemimpin parti di Israel yang akan berani menentang serangan ini keana takut tidak akan dipilih di dalam pilihanraya. Mereka akan saling berlumba menunjukkan siapa yang lebih brutal.

2-kenapa Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara2 lain yang ingin menggunakan laluan sempadan mereka utk ke Gaza ?

Tiada siapa yang tidak tahu bahawa Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam dari rejim Zionis. Sepatutnya dia dicalonkan untuk menjadi presiden Israel berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyatnya sendiri dan juga penduduk Gaza. Tanpa beliau rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Di UK beberapa siri demo akan diadakan di hadapan kedutaan Mesir, begitu juga di beberapa negara lain, harap di Malaysia juga akan diadakan demo yang serupa.

Mungkin negara2 Islam, terutamanya Msia boleh menarik kesemua pelajar2 mereka di al-Azhar sebagai tanda protes…ini bermakna kehancuran ekonomi Mesir di zaman kemelut ekonomi dunia!


Teruskan membaca

Advertisement

Demo untuk Palestin

khwah satu Malaysia,

Pohon sebaran segera, mobilisasi rakyat, Lujnah Antarabangsa + Dewan Pemuda menyatakan bantahan rasmi atas kebiadaban terbaru Zionist Yahudi memusnahkan semenanjung Ghazah dengan angka kematian meningkat saban waktu.
Berkumpul di hadapan Kedutaan Amerika Jalan Tun Razak jam 11pg, Selasa (esok) 30 Disember bersamaan 2 Muharram 1430H.
w’alam / assayuti
BERITA TERKINI : 345 KEMATIAN DI PALESTIN

Angka kematian terkini 303 akibat serangan gila rejim Zionis bermula Sabtu.

Isnin,29/12/ 2008 –Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Ahad bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom beberapa kawasan dalam bahagian yang berbeza di emenanjung Gaza yang mengakibatkan lima Warga Palestin mati dan mencederakan beberapa penduduk . Jumlah yang maut akibat serangan Israel bermula pada hari Sabtu hingga kini berkedudukan pada 303 kematian manakala sekurang-kurangnya 1000 orang penduduk tercedera, 180 dengan kecederaan serius.

Laman web berita Arabs48 melaporkan bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom satu bengkel tukang besi dan sebuah rumah dalam kawasan al Zeitoun di Gaza City, seorang lelaki dan seorang wanita maut.

Teruskan membaca

1430

1430

maal-hijrah.gif

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430 DARIPADA

KAMI SEKELUARGA. MUDAH-MUDAHAN KITA DIBERKATI

OLEH ALLAH SWT.

DARI KAMI SEKELUARGA

AMIN AL-KALANTANI &RAFIDAH & FATIH

PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1430

Sebarkan dakwah Islam untuk Semua.


AssalamualaikumwarahmatuLlahiwabarakatuh

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H kepada semua ummat Islam. Semoga 1430H ini akan menjadi tahun mujahadah yang lebih kuat dalam kita menentang iblis dan syaitan. Ma’al Hijrah yang kita sambut merupakan ibadah, berbeza dengan dengan acara sambutan 2009 yang bakal diadakan ditakuti dengan penuh upacara fasik dan maksiat.

Bagi kita pendokong Islam, tahun 1430H dilihat bukan sekadar percikan cahaya bunga api yang waktu dilancarkan indah, tetapi hilang beberapa ketika. Kita melihat lebih jauh lagi dengan cahaya Islam yang tetap tidak akan padam dan tetap bersinar dan menyerlah walaupun ada segolongan kafir dan munafiq ingin memadamkannya.


Tajuk perutusan maal HIjrah 1430H tahun ini ialah SEBARKAN DAKWAH ISLAM UNTUK SEMUA. INi bertitik tolak daripada sejak kebelakangan ini, isu-isu ISLAM panas diperdebatkan khususnya isu HUDUD. Tembok yang tebal dibina supaya orang takut dengan HUDUD memang giat dijalankan.

Namun Allah SWT telah berfirman yang bermaksud “Telah datang kebenaran, maka hancurlah kebatilan”..Kebatilah tetap akan hancur apabila kebenaran menyinar penuh. Para pendakwah tidak boleh lengah lagi daripada bertungkus-lumus untuk mempertingkatkan ILMU. Sampai sudah masanya kita untuk menganjurkan DIALOG TERBUKA dengan NON-MUSLIM dan MUSLIM NON SYAMIL untuk memperhebatkan dakwah kita.

Muhammad Amin bin Hj Che Hassan bin Hj Abdul Rahman bin Awang Hamat bin Sulaiman al-Kalantani

ialah seorang pelajar Diploma ILHAM semester 1.

2 Muharram 1429H bersamaan 30 Desember 2008

http://amin1982.worpress.com

Lihat : Perutusan Maal Hijrah 1429


Anda Hebat jika boleh akui kehebatan orang lain

“Anda Hebat jika boleh akui kehebatan orang lain”

Apabila kita berada di suatu kedudukan ataupu kemajuan, kita akan merasai bahawa diri kita lebih hebat dari orang kebanyakkan.

Apabila kita merasai diri sudah hebat, amat payah kita untuk menerima teguran dan pandangan.

Apabila kita susah menerima teguran dan pandangan, kita akan tersesat di perjalanan.

Anda Hebat jika akui kehebatan orang lain.

Anda hebat jika anda sudi mendengar kritikan orang bawahan anda.

Anda hebat jika anda sudi mendengar nasihat orang lain.

Anda hebat jika berani buat perubahan ke arah kebaikan!

Amin Al-Kalantani

Wajib berjuang bersama PAS

Tajuk tugasan :

Buat ulasan setakat mana syarienya (wajibnya) kita memperjuangkan PAS ini berpandukan kepada Tauhid Uluhiyyah.

Ini merupakan tugasan ILHAM bagi subjek Aqidah Islamiyyah.

Islam merupakan ajaran yang syamil menyeluruh.

Islam mengutamakan keadilan untuk semua.

Semua termasuk manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan bahkan ke seluruh alam.

PAS merupakan wadah perjuangan ummat ISLAM di Malaysia dalam menyampaikan mesej dakwah dan siasah kepada seluruh rakyat Malaysia khusunya dan seluruh dunia amnya.

Dalam kertas kerja ini penulis membawa beberapa fakta penting berkaitan dengan dasar perjuangan PAS yang patut dikhadam oleh semua pejuang-pejuang Islam.

Sinopsis kertas kerja.

Teruskan membaca

Jemputan Dakwah dalam masyarakat Majmuk

program-masyarakat-majmuk1

Sd/sdri yang senantiasa dikasihi Allah,
Assalamu’alaikum wbt,
Sukacita dimaklumkan bermula 8.30pagi hingga waktu zohor 28 Dis 08 (AHAD), JIM Daerah Petaling akan menganjurkan program Bengkel Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk BDDMM. Anda semua dialu-alukan untuk hadir mengalami pengalaman bersama. Flyer program disertakan.
Sila balas e-mel untuk pendaftaran. … Nama penuh dan no telefon.

Exam Ilham Semester 1

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana saya berjaya menamatkan kuliah ILHAM semester 1.

Untuk meneruskan pengajian dan peningkatan ilmu memerlukan kita sentiasa tabah dan bersabar.

Bersabar untuk memperolehi ilmu dah usaha mempertingkatkannya dan mengamalkanya.

Pada 20/12 saya menduduki ujian Pengantar Pengajian Al-Quran @ UlumuQuran dari jam 10.30pagi – 12.30 pagi.

Tengahari 1.30ptg – 3.3o petang merupakan ujian Politik Islam.

Keesokkan harinya, 21/12 saya menduduki ujian Aqidah Islamiyyah dan sebelah petang ujian Bahasa Arab.

Secara keseluruhannya saya dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan walaupun persiapan ulangkaji amat kurang.

Ini kerana paling kurang, satu soalan mesti datangnya daripada tugasan yang diberikan.

Semua kertas ujian perlu dijawab tiga soalan esei.

Agak lenguh juga tangan ini mengarang coz dah lama tak menulis pakai ‘tangan’, banyak pakai ‘jari-jemari’.

Alhamdulillah, dapat juga hantar tugasan Pengantar Pengajian Al-Quran.

Masa makan lunch hari 21/12 dapat berborak lama dengan Ust Riduan selaku pengurus Ilham.

Banyak benda yang kami borakkan.

Alhamdulillah dapat kenal lebih dekat dengan Ust Riduan.

Amin Al-Kalantani

4.24pm

Maaf Lama tak posting

Maaf buat pembaca semua.

Saya agak sibuk sepanjang minggu ini.

Ada CIST di SUbang Jaya kat EMERSON.

Esok dan ahad 21/12 & 22/12 juga adalah ujian semester 1 untuk Diploma ILHAM.

Saya belum bersedia sepenuhnya dengan ulangkaji.

Cuma membaca seimbas lalu untuk POlitik Islam dan Pengantar Pengajian Al-Quran.

Kadang-kadang seronok bila membuat ulangkaji.

Kita akan dapat memahami dan menangkapi apa yang terlepas dalam kelas.

Apabila terkenang zaman belajar rasa seronok pula timbul.

Zaman belajar dan zaman bekerja sedikit sebanyak berbeda.

Zaman belajar ujian paling berat hendak di hadapi ialah FINAL sem.

Ujian penentuan untuk GAGAL ataupun LULUS.

Zaman bekerja ujian paling berat ialah bagaimana nak bina PRESTASI yang cemerlang dalam kerjaya.

Bagaimana kita menghayati KERJAYA.

Adakah ia memenuhi MINAt kita ataupun sebaliknya?

Namun, proses pembelajaran dalam apa2 aspek mesti diteruskan. (Long Learning)

Amin Al-Kalantani

Tazkirah Kematian setiap hari

Assalamualaikum semua.

Satu persoalan yang takut kita bicarakan.
Soal mati dan proses kematian.
Namun, apabila kita sudah hidup tidak dapat tidak kita akan merasai kematian.
Allah SWT telah berfirman yang maksudnya: Setiap yang berjiwa pasti merasai kematian.

Hari sabtu lepas, sewaktu menghadiri majlis pertunangan anak saudara isteri saya di segamat saya begitu terkejut dan teruja dengan berita tanah runtuh di bukit damasara.

Satu lagi tazkirah kematian buat saya sendiri.
Takut dan mujur rumah sekarang tidak berada di lereng2 bukit.
Alhamdulillah mujur dan mujur aku tidak menjadi salah seorang daripada 4 mangsa yang telah meninggal.

Selepas itu berita 10 orang maut dalam tragedi bas terbalik di Tangkak, Johor. Allahuakbar. Ina lillah wa inna hi rajiun.

Setiap hari kita diingatkan oleh Allah SWT dengan kematian. Setiap hari kita diperingatkan dan disuruh bersiap siaga.

Beberapa persoalan yang masih belum terjawab :
1) Bilakah tarikh, masa dan tempat kita akan mati?
2) Bagaimanakah bentuk kematian kita?
3) Bagaimanakah mati kita dalam beriman ataupun sebaliknya?
4) Sempatkah kita bertaubat sebelum mati?
5) Bersediakah kita untuk mati?

Seram sejuk bila memikirkannya.
Pernahkah kita bayangkan bagaimana sakitnya sakaratulmaut?

Amin Al-Kalantani

Selamat Menghayati Idul Adha

Assalamualaikum buat semua pencinta ISLAM.

Rasanya sekejap sahaja IDULFITRI berlalu, kini kita bertemu pula dengan IDUADHA.

Sungguh indahnya menjadi MUSLIM.

Allah SWT sentiasa mentarbiyah hambanya agar sentiasa menyucikan diri.

Setelah sebulan di bulan Ramadhan, kita ditarbiyah dengan tarbiyah yang cukup mantop.

Kini IDULADHA menuntut kita memahami, mengkoreksi dan mempraktiskan PENGORBANAN sebagai seorang yang BERIMAN.

Saya sendiri cuba mengkoreksi diri sejauh mana TADHIYYAH (PENGORBANAN) yang telah dilakukan dalam menyampaikan mesej ISLAM ke dalam masyarakat.

Diri sendiri rasa begitu kerdil kerana pengorbanan yang dilakukan sungguh kecil berbanding dengan pejuang-pejuang ISLAM yang lain.

Masa mereka untuk menyampaikan dakwah ISLAM ialah 24 jam.

Tidak ada letih dan penat.

Bagi mereka biarlah mati sebagai tempat istirehat.

Susahnya kita untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Juga kepada mereka yang pergi menunaikan HAJI.

Mudah-mudahan semuanya beroleh HAJI yang mabrur.

Memahami apa erti tuntutan ISLAM yang syamil (sempurna).

Mudah-mudahan kita yang belum berpeluang ke TANAH SUCI akan suatu hari nanti ke sana juga.

Teruskan membaca

18 Hotel sahaja dari 2,360 dapat sijil halal di Malaysia

Tertarik dengan perbahasan di Parlimen berkaitan isu tahap keHALALan makanan di Hotel di MAlaysia.

Persoalan ini telah diutarakan oleh YB Siti Zailah dari Rantau Panjang.

Soalannya berbunyi :

4. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah hotel yang sedang beroperasi di seluruh negara mendapat pengiktirafan “Logo HALAL” dan berapakah yang masih belum mendapat pengiktirafan tersebut. Apakah usaha untuk mengatasi masalah ini.
– Soalan Tambahan – PAS Rantau Panjang (teks sila klik) (10.40 pagi), BN Kuala Krau

Rujuk : http://www.mppas.blogspot.com/

Jawapan menteri pada persoalan ini cukup mengejutkan.

Dalam penjelasan tadi Mashitah memberi tahu Parlimen daripada 2,360 hotel hanya 18 buah saja yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Islam (HDC). Ini bermakna tidak sampai 1 peratus atau hanya 0.76 peratus saja yang mendapat sijil halal. Bayangkan betapa umat Islam negara ini yang berkunjung ke hotel terdedah dengan memakan makanan yang tidak halal.

Rujukan : MSOMelayu