Tazkirah Kematian setiap hari

Assalamualaikum semua.

Satu persoalan yang takut kita bicarakan.
Soal mati dan proses kematian.
Namun, apabila kita sudah hidup tidak dapat tidak kita akan merasai kematian.
Allah SWT telah berfirman yang maksudnya: Setiap yang berjiwa pasti merasai kematian.

Hari sabtu lepas, sewaktu menghadiri majlis pertunangan anak saudara isteri saya di segamat saya begitu terkejut dan teruja dengan berita tanah runtuh di bukit damasara.

Satu lagi tazkirah kematian buat saya sendiri.
Takut dan mujur rumah sekarang tidak berada di lereng2 bukit.
Alhamdulillah mujur dan mujur aku tidak menjadi salah seorang daripada 4 mangsa yang telah meninggal.

Selepas itu berita 10 orang maut dalam tragedi bas terbalik di Tangkak, Johor. Allahuakbar. Ina lillah wa inna hi rajiun.

Setiap hari kita diingatkan oleh Allah SWT dengan kematian. Setiap hari kita diperingatkan dan disuruh bersiap siaga.

Beberapa persoalan yang masih belum terjawab :
1) Bilakah tarikh, masa dan tempat kita akan mati?
2) Bagaimanakah bentuk kematian kita?
3) Bagaimanakah mati kita dalam beriman ataupun sebaliknya?
4) Sempatkah kita bertaubat sebelum mati?
5) Bersediakah kita untuk mati?

Seram sejuk bila memikirkannya.
Pernahkah kita bayangkan bagaimana sakitnya sakaratulmaut?

Amin Al-Kalantani

Advertisements