Anda Hebat jika boleh akui kehebatan orang lain

“Anda Hebat jika boleh akui kehebatan orang lain”

Apabila kita berada di suatu kedudukan ataupu kemajuan, kita akan merasai bahawa diri kita lebih hebat dari orang kebanyakkan.

Apabila kita merasai diri sudah hebat, amat payah kita untuk menerima teguran dan pandangan.

Apabila kita susah menerima teguran dan pandangan, kita akan tersesat di perjalanan.

Anda Hebat jika akui kehebatan orang lain.

Anda hebat jika anda sudi mendengar kritikan orang bawahan anda.

Anda hebat jika anda sudi mendengar nasihat orang lain.

Anda hebat jika berani buat perubahan ke arah kebaikan!

Amin Al-Kalantani

Wajib berjuang bersama PAS

Tajuk tugasan :

Buat ulasan setakat mana syarienya (wajibnya) kita memperjuangkan PAS ini berpandukan kepada Tauhid Uluhiyyah.

Ini merupakan tugasan ILHAM bagi subjek Aqidah Islamiyyah.

Islam merupakan ajaran yang syamil menyeluruh.

Islam mengutamakan keadilan untuk semua.

Semua termasuk manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan bahkan ke seluruh alam.

PAS merupakan wadah perjuangan ummat ISLAM di Malaysia dalam menyampaikan mesej dakwah dan siasah kepada seluruh rakyat Malaysia khusunya dan seluruh dunia amnya.

Dalam kertas kerja ini penulis membawa beberapa fakta penting berkaitan dengan dasar perjuangan PAS yang patut dikhadam oleh semua pejuang-pejuang Islam.

Sinopsis kertas kerja.

Teruskan membaca

Jemputan Dakwah dalam masyarakat Majmuk

program-masyarakat-majmuk1

Sd/sdri yang senantiasa dikasihi Allah,
Assalamu’alaikum wbt,
Sukacita dimaklumkan bermula 8.30pagi hingga waktu zohor 28 Dis 08 (AHAD), JIM Daerah Petaling akan menganjurkan program Bengkel Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk BDDMM. Anda semua dialu-alukan untuk hadir mengalami pengalaman bersama. Flyer program disertakan.
Sila balas e-mel untuk pendaftaran. … Nama penuh dan no telefon.