Exam Ilham Semester 1

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana saya berjaya menamatkan kuliah ILHAM semester 1.

Untuk meneruskan pengajian dan peningkatan ilmu memerlukan kita sentiasa tabah dan bersabar.

Bersabar untuk memperolehi ilmu dah usaha mempertingkatkannya dan mengamalkanya.

Pada 20/12 saya menduduki ujian Pengantar Pengajian Al-Quran @ UlumuQuran dari jam 10.30pagi – 12.30 pagi.

Tengahari 1.30ptg – 3.3o petang merupakan ujian Politik Islam.

Keesokkan harinya, 21/12 saya menduduki ujian Aqidah Islamiyyah dan sebelah petang ujian Bahasa Arab.

Secara keseluruhannya saya dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan walaupun persiapan ulangkaji amat kurang.

Ini kerana paling kurang, satu soalan mesti datangnya daripada tugasan yang diberikan.

Semua kertas ujian perlu dijawab tiga soalan esei.

Agak lenguh juga tangan ini mengarang coz dah lama tak menulis pakai ‘tangan’, banyak pakai ‘jari-jemari’.

Alhamdulillah, dapat juga hantar tugasan Pengantar Pengajian Al-Quran.

Masa makan lunch hari 21/12 dapat berborak lama dengan Ust Riduan selaku pengurus Ilham.

Banyak benda yang kami borakkan.

Alhamdulillah dapat kenal lebih dekat dengan Ust Riduan.

Amin Al-Kalantani

4.24pm

Advertisements

Maaf Lama tak posting

Maaf buat pembaca semua.

Saya agak sibuk sepanjang minggu ini.

Ada CIST di SUbang Jaya kat EMERSON.

Esok dan ahad 21/12 & 22/12 juga adalah ujian semester 1 untuk Diploma ILHAM.

Saya belum bersedia sepenuhnya dengan ulangkaji.

Cuma membaca seimbas lalu untuk POlitik Islam dan Pengantar Pengajian Al-Quran.

Kadang-kadang seronok bila membuat ulangkaji.

Kita akan dapat memahami dan menangkapi apa yang terlepas dalam kelas.

Apabila terkenang zaman belajar rasa seronok pula timbul.

Zaman belajar dan zaman bekerja sedikit sebanyak berbeda.

Zaman belajar ujian paling berat hendak di hadapi ialah FINAL sem.

Ujian penentuan untuk GAGAL ataupun LULUS.

Zaman bekerja ujian paling berat ialah bagaimana nak bina PRESTASI yang cemerlang dalam kerjaya.

Bagaimana kita menghayati KERJAYA.

Adakah ia memenuhi MINAt kita ataupun sebaliknya?

Namun, proses pembelajaran dalam apa2 aspek mesti diteruskan. (Long Learning)

Amin Al-Kalantani

Tazkirah Kematian setiap hari

Assalamualaikum semua.

Satu persoalan yang takut kita bicarakan.
Soal mati dan proses kematian.
Namun, apabila kita sudah hidup tidak dapat tidak kita akan merasai kematian.
Allah SWT telah berfirman yang maksudnya: Setiap yang berjiwa pasti merasai kematian.

Hari sabtu lepas, sewaktu menghadiri majlis pertunangan anak saudara isteri saya di segamat saya begitu terkejut dan teruja dengan berita tanah runtuh di bukit damasara.

Satu lagi tazkirah kematian buat saya sendiri.
Takut dan mujur rumah sekarang tidak berada di lereng2 bukit.
Alhamdulillah mujur dan mujur aku tidak menjadi salah seorang daripada 4 mangsa yang telah meninggal.

Selepas itu berita 10 orang maut dalam tragedi bas terbalik di Tangkak, Johor. Allahuakbar. Ina lillah wa inna hi rajiun.

Setiap hari kita diingatkan oleh Allah SWT dengan kematian. Setiap hari kita diperingatkan dan disuruh bersiap siaga.

Beberapa persoalan yang masih belum terjawab :
1) Bilakah tarikh, masa dan tempat kita akan mati?
2) Bagaimanakah bentuk kematian kita?
3) Bagaimanakah mati kita dalam beriman ataupun sebaliknya?
4) Sempatkah kita bertaubat sebelum mati?
5) Bersediakah kita untuk mati?

Seram sejuk bila memikirkannya.
Pernahkah kita bayangkan bagaimana sakitnya sakaratulmaut?

Amin Al-Kalantani

Selamat Menghayati Idul Adha

Assalamualaikum buat semua pencinta ISLAM.

Rasanya sekejap sahaja IDULFITRI berlalu, kini kita bertemu pula dengan IDUADHA.

Sungguh indahnya menjadi MUSLIM.

Allah SWT sentiasa mentarbiyah hambanya agar sentiasa menyucikan diri.

Setelah sebulan di bulan Ramadhan, kita ditarbiyah dengan tarbiyah yang cukup mantop.

Kini IDULADHA menuntut kita memahami, mengkoreksi dan mempraktiskan PENGORBANAN sebagai seorang yang BERIMAN.

Saya sendiri cuba mengkoreksi diri sejauh mana TADHIYYAH (PENGORBANAN) yang telah dilakukan dalam menyampaikan mesej ISLAM ke dalam masyarakat.

Diri sendiri rasa begitu kerdil kerana pengorbanan yang dilakukan sungguh kecil berbanding dengan pejuang-pejuang ISLAM yang lain.

Masa mereka untuk menyampaikan dakwah ISLAM ialah 24 jam.

Tidak ada letih dan penat.

Bagi mereka biarlah mati sebagai tempat istirehat.

Susahnya kita untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Juga kepada mereka yang pergi menunaikan HAJI.

Mudah-mudahan semuanya beroleh HAJI yang mabrur.

Memahami apa erti tuntutan ISLAM yang syamil (sempurna).

Mudah-mudahan kita yang belum berpeluang ke TANAH SUCI akan suatu hari nanti ke sana juga.

Teruskan membaca

18 Hotel sahaja dari 2,360 dapat sijil halal di Malaysia

Tertarik dengan perbahasan di Parlimen berkaitan isu tahap keHALALan makanan di Hotel di MAlaysia.

Persoalan ini telah diutarakan oleh YB Siti Zailah dari Rantau Panjang.

Soalannya berbunyi :

4. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah hotel yang sedang beroperasi di seluruh negara mendapat pengiktirafan “Logo HALAL” dan berapakah yang masih belum mendapat pengiktirafan tersebut. Apakah usaha untuk mengatasi masalah ini.
– Soalan Tambahan – PAS Rantau Panjang (teks sila klik) (10.40 pagi), BN Kuala Krau

Rujuk : http://www.mppas.blogspot.com/

Jawapan menteri pada persoalan ini cukup mengejutkan.

Dalam penjelasan tadi Mashitah memberi tahu Parlimen daripada 2,360 hotel hanya 18 buah saja yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Islam (HDC). Ini bermakna tidak sampai 1 peratus atau hanya 0.76 peratus saja yang mendapat sijil halal. Bayangkan betapa umat Islam negara ini yang berkunjung ke hotel terdedah dengan memakan makanan yang tidak halal.

Rujukan : MSOMelayu

KAEDAH MEMAGAR KENDERAAN

MAKLUMAT INI SAYA PEROLEHI DARIPADA RAKAN SEKERJA. JIKA TIDAK BERSALAHAN DENGAN SYARAK BOLEH DIAMALKAN.

———————————————
Assalammualaikum WMT,

Salam hormat saya pada para pembaca. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk mengemaskini penulisan blog saya. Disebabkan kesibukan yang tidak dapat dielakkan maka blog ini agak terabai.

Namun kali ini tergerak saya untuk berkongsi akan kaedah untuk memagar atau kaedah menjauhkan kenderaan dari berlakunya kemalangan atau kecurian, BiiznILLAH. Sama-sama kita berikhtiar & Tawakkal.

Terlebih dahulu, izinkan saya terangkan serba sedikit tentang kaedah ini. Kaedah ini saya perolehi dari salah seorang guru saya yang amat saya segani.

Apa-apapun kaedah tetap kaedah, yang pasti pergantungan sepenuhnya hanya kepada ALLAH setelah segala ikhtiar dijalankan. Jadikan urusan kita sebagai urusan ALLAH, jangan jadikan urusan ALLAH sebagai urusan kita.


Teruskan membaca