Share = Kongsi

Share = berkongsi

Salah satu kunci kejayaan ialah SHARE = KONGSI.

Perkongsian yang bijak akan menatijahkan kejayaan yang cemerlang.

Kongsilah dengan isteri, anak-anak serta keluarga anda matlamat hidup anda.

Kongsilah perjuangan anda dengan sahabat-sahabat.

Kongsilah masalah seluruh kaum muslimin dengan anda.

Amin Al-Kalantani

Islam Tetap Menang !

Islam Tetap Menang !

Maaf kerana tidak dapat posting secara kerap minggu lepas.

Apapun dalam tempoh seminggu lepas, bermacam-macam detik duka dan gembira buat Umat Islam.

Posting “BOIKOT BARANG ISRAEL & USA” nampaknya menerima pelawat yang terbanyak.

Pemboikotan ini seharusnya dikekalkan.

Boikot juga bukan setakat BARANG2…tapi boikot juga wajib dilebarkan kepada IDEOLOGI, PEMIKIRAN, SIKAP, PAKAIAN dan lain-lain yang bertentangan dengan ISLAM.

BOIKOT KERANA ALLAH !

Sumbangkan Kepada Pejuang HAMAS!

Lajnah Antarabangsa melalui saluran Muassasah AlQuds melaksanakan amanah ini dgn penuh berhati-hati. Insya Allah amanah yg diterima ini telah mampu dilaksanakan atas hubungan rasmi yg ada antara PAS & Hamas sejak sekian lama.

PAS telah meletakkan juga kesemua dana yg dikutip melalui PAS dan mana2 sumber yg berkaitan juga mesti diserahkan ke Lujnah Antarabangsa shj, tidak ke channnel2 lain. Jadi ikhwah, jika itu amanah yg diminta oleh penderma, ana pohon ikhwah pastikan ianya dimasukkan dlm salah satu akaun di bawah;

Muslim Care : RHB 26-2120-0000- 4747 (resit disediakan jika mahu, rasmi)

Lajnah Antarabangsa : Maybank 5640-7070-3248 (Pasti Islam SeMalaysia), di bawah kelolaan Al-Quds Institute Malaysia Chapter.

Teruskan membaca

Sertai Kelab Al-Quds Malaysia

Pohon ramaikan lagi sukarelawan Kelab AlQuds Malaysia, daftar segera dengan menaip;

ALQUDS  #NamaAnda  #NoIC  #Email  #Negeri,

Hantar ke : 013-222 6018

>>>> contoh; ALQUDS  #Ali bin Abu #750604083425 #aliabu@gmail. com #Perak


Email daripada seorang sabahat saya untuk diteliti :

Ana nak mengambil kesempatan ini, setelah 2 mgu Allah beri ujian besar pd ummat Islam dlm isu Palestine, banyak rakyat bangun atas kesedaran mereka utnuk membantu Palestine, serta berharap Hamas dapat terus berdepan tentera Zionist tersebut dlm apa jua cara sekali pun. Hasil dari itu juga banyak sumbangan diberikan dgn niat khas untuk Hamas semata, bukan untuk pertubuhan2 lain yg walau mereka turut membantu disana. Ramai sangat yg bertanya ana apakah channel-channel yg ada pd kerajaan dan beberapa NGO skrg ini akan sampai kpd Hamas?

Jawapan dari ana TIDAK untuk Hamas secara langsung, walau turut diserahkan untuk kegiatan membantu rakyat Palestine. Malah channel yg digunakan oleh kerajaan Malaysia amat mendukacitakan tatkala UMNO serahkan kpd Kedutaan Palestine yg jelas menentang dan tak mengiktiraf Hamas.

Ramai yg tanya ana adakah Aman Palestine pergi direct pd Hamas seperti yg disangka2 oleh ramai? Pun ana kata TIDAK. Ana harap antum semua dapat CLEAR isu ini, terlalu banyak soalan dihujani sejak minggu sudah apatah lagi setelah rapat umum mereka yg digerakkan oleh adik2 PAS di kampus dan ramai sahabat2 PAS yg hadir (untuk maklum, Aman Palestine = ISMA = serpihan JIM yg dah tak walak pd JIM & menubuhkan satu lagi jamaah di Malaysia mengikut acuan mereka sendiri, merek yg lebih ikhwan dari yang lain….). Terlalu panjang utk dibicarakan isu depa ni serta halatuju depa dlm berjamaah, tak sesuai di forum ini. Moga Allah beri hidayah pd semua untuk memahami isu kepelbagaian jamaah mengikut kepala masing yg menjadi2 sekarang ini.

Tapi ikhwah kena yakin buat masa ini Lajnah Antarabangsa melalui saluran Muassasah AlQuds melaksanakan amanah ini dgn penuh berhati-hati. Insya Allah amanah yg diterima ini telah mampu dilaksanakan atas hubungan rasmi yg ada antara PAS & Hamas sejak sekian lama.

PAS telah meletakkan juga kesemua dana yg dikutip melalui PAS dan mana2 sumber yg berkaitan juga mesti diserahkan ke Lujnah Antarabangsa shj, tidak ke channnel2 lain. Jadi ikhwah, jika itu amanah yg diminta oleh penderma, ana pohon ikhwah pastikan ianya dimasukkan dlm salah satu akaun di bawah;

Muslim Care : RHB 26-2120-0000- 4747 (resit disediakan jika mahu, rasmi)

Lajnah Antarabangsa : Maybank 5640-7070-3248 (Pasti Islam SeMalaysia), di bawah kelolaan Al-Quds Institute Malaysia Chapter.

p/s – Atas permintaan ramai sahabat

Sedikit update dan photo tentang pgm Malam Intifadhah Palestine 2009 baru2 ini, Jumaat 2/1/2009, betul2 pd hari ke 7 serangan, dan hari ke 7 juga Intifadhah Ke-3 di lancarkan oleh Hamas. Pgm hasil perancangan 3 hari bersama Lajnah Antarabangsa PAS, dan digerakkan oleh NGO yg terlibat, dengan bantuan JAIS & MBSA. Ia juga sebagai suatu action daripada ketetapan khas yg telah diambil di peringkat Ahli Majlis MBSA 2 hari sblm itu yg telah mengemukan usul khas mengutuk tindakan Zionist Yahudi serta mendesak kerajaan Malaysia mengambil tindakan drastik menangani isu Palestine demi menyedarkan rakyat perkara yg sebenarnya.. . Alhamdulillah semua meyokong penuh termasuk DAP dgn hujjah masing2 .

Sebahagian sukarelawan Kelab AlQuds Malaysia drpd MuslimCare & Unit AMAL (Shah Alam, Kota Raja, Kelanan Jaya, Kelang…)

Teruskan membaca

Boikot Barang Israel & USA

LAMAN WEB PILIHAN

BERITA TERKINI : BOIKOT STARBUCK BERHASIL KLIK DI SINI.

http://inminds.com/boycott-israel.htm

http://amin1982.blogspot.com

http://img502.imageshack.us/img502/2485/boikotnowip2.jpg


Boikot 7 Barang Sehingga Lumpuh

LAKSANAKAN TUGAS
USAH LAGI BERRETORIK
DAN
TIDAK BERSTRATEGI
.


BOIKOT 7 BARANGAN DI ATAS HINGGA LUMPUH

Ref : http://islamreturn.blogspot.com/

PESANAN PENTING !!!!!

AGENDA MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

UNTUK MEMASTIKAN KEMPEN INI BERKESAN DAN
SENTIASA DIHATI UMAT ISLAM

KITA PERLU SENTIASA ‘REFRESH’ 7 BARANGAN
BOIKOT INI SETIAP 15 HARI

MOGA USAHA INI AKAN MENDATANGKAN
KEJAYAAN KEPADA USAHA KITA UNTUK
MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

SILA ‘REFRESH’ BOIKOT 7 BARANGAN DI DALAM BLOG ANDA PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT:-

30 JANUARI 2009
15 FEBUARI 2009
30 FEBUARI 2009
15 MAC 2009
30 MAC 2009
15 APRIL 2009
30 APRIL 2009
15 MEI 2009
30 MEI 2009
15 JUN 2009
30 JUN 2009
12 JULAI 2009
(7 BARANGAN BERJAYA DILUMPUHKAN)

http://islamreturn. blogspot. com


SENARAI LAIN-LAIN BARANG YANG WAJIB DIBOIKOT



APA PERASAAN ANDA JIKA INI ADALAH ANAK ANDA YANG AMAT DISAYANGI?


PERJUANGAN BERTERUSAN SEHINGGA BAITUL MAQDIS DAPAT DIBEBASKAN!!!

Dari perspektif sejarah, bantuan Amerika kepada Israel sejak 1950 hingga 2005 adalah tinggi dengan FMF berjumlah $59.5 bilion (RM218 bilion), $27 bilion (RM98.9 bilion) membabitkan jualan tentera asing membabitkan pemindahan senjata daripada kerajaan kepada kerajaan .Ternyata Amerika tidak diragui menjadi pembekal utama senjata kepada Israel.

Palestin : Lagi Usaha Kita & Doa Qunut Berbaris

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net

Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya.

Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera. Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali.

Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia.!

Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak’.

Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.

Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah’ seperti anda, terlalu ‘berjasa’ seperti anda.

Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-

Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)”

apalestin.jpg

Gambar ihsan Utusan Malaysia

USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau  -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

Teruskan membaca

Keluarga Peluk Islam Selepas 8 Tahun

Segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Rabbul Jalil di atas segala kurniaan limpahan nikmat Islam dan rezekiNya kepada kita semua hambanya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW , ahlul bait, sahabat-sahabat , tabien, serta ke atas suluruh kaum mu’minin dan mu’minat.

Dalam suasana duka dan pasrah terhadap saudara kita di Palestin, marilah kita sama-sama memohon dan memanjatkan doa secara kosisten kepada mereka.

“Ya Allah tolonglah Islam dan kaum muslimin khususnya saudara kami di Palestin yang sedang ditindas dan dizalimi!”.

Jika yang tahu membaca Qunut Nazilah, bacalah pada setiap rakaat terakhir solat fardhu selepas rukuk., Secara kosisten!

Dalam suasana kecamuk kezaliman Israel terhadap Palestin, saya ingin membawa saudara/I pembaca budiman semua kepada kisah insan bernama Paster Yohanes (sebelum memeluk Islam).

Saya ingin memberi azam dan semangat kepada diri saya sendiri, walaupun umat Islam dizalimi dan terus ditindas sinar kebenaran Islam pasti akan menyerlah.

Saya tertarik dengan kisah Paster Yohanes ataupun Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz dalam ranjaunya mendalami dan menghayati Islam.

Seterusnya beliau berjaya mengISLAMkan ibubapanya selepas 8 tahun.

Sebetulnya saya telah menyimpan keratan dalam sisipan Mega Utusan Malaysia bertarikh 27 September 2007, Khamis mukasurat 18 bertajuk “ Pengislaman keluarga termakbul selepas lapan tahun” yang ditulis oleh Zuarida Mohyin.

Sisipan ini menceritakan secara ringkas perihal perjuangan Sdr Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz.

Saya akan memetik beberapa perenggan penting untuk dicoretkan di sini.

Untuk maklumat lanjut, saya mengambil inisiatif scan sisipan tersebut.

Teruskan membaca

Puisibuat Isteriku

Saya sebenarnya telah menangguh beberapa hari untuk postkan satu puisi buat Isteri tersayang sempena ULANGTAHUN perkahwinan kami ke 2 pada 17/12/2008 yang lepas.

Apabila timbul isu Palestin, saya menangguhkan lagi untuk posting kan puisi ini tanda menghormati semangat JIHAD saudara islam kita di sana.

Semalam saya dan isteri berbual bicara (USrah) berkaitan dengan isu Palestin.

Antara isu yang isteri saya  bangkitkan ialah kenapa begitu lemahnya umat Islam dalam menangani isu Palestin.

Saya menjawab “TIADA KHALIFAH!“.

Bila kita mengimbas kembali sejarah lampau setelah kejatuhan Khalifah Tukri Uthmaniah pada tahun 1924, Yahudi dan se kutu-kutunya telah giat memulakan operasi menawan Palestin.

” Khalifah ini ialah ibarat ibubapa. Palestin ibarat anak-anak yang sedang dizalimi. Ibubapa sudah dipenjara. Anak-anak tiada tempat bergantung! ” : Saya memberikan perumpaan kepada isteri saya.

“OIC kan sudah mainkan peranan Khalifah?” soal isteriku lagi.

“OIC sepertilah OOO I See..yang hanya mampu melihat dan terus melihat tanpa action! Depa juga dikontrol oleh US dan ISrael!”..jelas saya

Akhirnya kami memutuskan setakat mana yang mampu tindakan yang boleh diambil oleh kami sekeluarga iaitu dengan mendoakan secara kosisten kepada umat Islam di Palestin dan masjidil Aqsa!.

Inilah hadiahku untuk isteri tesayang sempena ulangtahun ke-2 BAITUL AMRA

Teruskan membaca

Selamatkan Masjidil Aqsa!

Assalamualaikum

Khususnya buat semua kaum muslimin.

Sesungguhnya Israel telah melancarkan siri-siri serangan demi melemahkan perjuangan penduduk Palestin khususnya HAMAS.

Apabila mereka berjaya melemahkan HAMAS, maka mereka akan mudah untuk meneruskan agenda mereka.

Apakah natijahnya apabila mereka berjaya melemahkan penduduk PALESTIN?

Pastinya mereka akan menjadikan Masjidil Aqsa pula sebagai sasaran mereka.

Masjidil Aqsa yang pernah menjadi KIBLAT umat Islam yang pertama sebelum MAKKAH!

Sehingga kini, hampir 500 orang terkorban terutamanya orang awam, kanak-kanak dan wanita. (Rujukan : UtusanOnline ).

Apakah Tindakan kita?

Teruskan membaca