Selamatkan Masjidil Aqsa!

Assalamualaikum

Khususnya buat semua kaum muslimin.

Sesungguhnya Israel telah melancarkan siri-siri serangan demi melemahkan perjuangan penduduk Palestin khususnya HAMAS.

Apabila mereka berjaya melemahkan HAMAS, maka mereka akan mudah untuk meneruskan agenda mereka.

Apakah natijahnya apabila mereka berjaya melemahkan penduduk PALESTIN?

Pastinya mereka akan menjadikan Masjidil Aqsa pula sebagai sasaran mereka.

Masjidil Aqsa yang pernah menjadi KIBLAT umat Islam yang pertama sebelum MAKKAH!

Sehingga kini, hampir 500 orang terkorban terutamanya orang awam, kanak-kanak dan wanita. (Rujukan : UtusanOnline ).

Apakah Tindakan kita?


1. Membaca Doa Qunut Nazilah setiap kali solat fardhu.

La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera. Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa. (Zaharuddin.Net)

2. Menyumbangkan derma kepada penduduk PALESTIN.

Dengan ini Aman Palestin melancarkan kempen “Sertai Skim Bantuan Gaza” untuk keluarga Palestin yang berada dalam kepungan. Skim ini meliputi bantuan segera untuk keperluan asasi (makanan, kesihatan dan keperluan-keperluan hidup yang wajib). Skim ini menawarkan kupon RM 250 seorang. Kempen ini mensasarkan 20 ribu keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan. (Rujukan : amanpalestin.org)

No akaun Aman Palestin : Hulurkan sumbangan Anda ke akaun .

Dana danSumbangan : BIMB 12029010047880

MayBank 562263010787

Dana Pengurusan : Muamalat 12070005133717


Mudah-mudahan Allah SWT selamatkan bumi PAlestin dan Masjidil Aqsa!

Ya Allah Selamatkanlah Masjidil Aqsa dan umat Islam di Palestin!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s