Keluarga Peluk Islam Selepas 8 Tahun

Segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Rabbul Jalil di atas segala kurniaan limpahan nikmat Islam dan rezekiNya kepada kita semua hambanya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW , ahlul bait, sahabat-sahabat , tabien, serta ke atas suluruh kaum mu’minin dan mu’minat.

Dalam suasana duka dan pasrah terhadap saudara kita di Palestin, marilah kita sama-sama memohon dan memanjatkan doa secara kosisten kepada mereka.

“Ya Allah tolonglah Islam dan kaum muslimin khususnya saudara kami di Palestin yang sedang ditindas dan dizalimi!”.

Jika yang tahu membaca Qunut Nazilah, bacalah pada setiap rakaat terakhir solat fardhu selepas rukuk., Secara kosisten!

Dalam suasana kecamuk kezaliman Israel terhadap Palestin, saya ingin membawa saudara/I pembaca budiman semua kepada kisah insan bernama Paster Yohanes (sebelum memeluk Islam).

Saya ingin memberi azam dan semangat kepada diri saya sendiri, walaupun umat Islam dizalimi dan terus ditindas sinar kebenaran Islam pasti akan menyerlah.

Saya tertarik dengan kisah Paster Yohanes ataupun Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz dalam ranjaunya mendalami dan menghayati Islam.

Seterusnya beliau berjaya mengISLAMkan ibubapanya selepas 8 tahun.

Sebetulnya saya telah menyimpan keratan dalam sisipan Mega Utusan Malaysia bertarikh 27 September 2007, Khamis mukasurat 18 bertajuk “ Pengislaman keluarga termakbul selepas lapan tahun” yang ditulis oleh Zuarida Mohyin.

Sisipan ini menceritakan secara ringkas perihal perjuangan Sdr Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz.

Saya akan memetik beberapa perenggan penting untuk dicoretkan di sini.

Untuk maklumat lanjut, saya mengambil inisiatif scan sisipan tersebut.

[Perenggan 4] Menurut Mohd farhan ataupun sebelum ini bergelar Paster Yohanes, sebagai anak kepada seorang ketua kepada 15 buah gereja, sudah pastilah dia memiliki latar belakang pendidikan beraliran Kristian yang mantap. Beliau mengikuti latihan ketua mubaligh Kristian selama dua tahun dengan melibatkan diri secara aktif aktiviti dakyah Kristian sebelum melanjutkan pengajian menguasai bahasa Ibrani di Bandung, Indonesia.

[Perenggan 11] “hasil perdebatan, pengkajian dan penelitian tanpa paksaan dan bukan pula kerana inginkan habuan dunia, saya mula tertarik dengan Islam, “ tegas Mohd Farhan ‘mimpi luar biasa’ yang dialami sewaktu bermalam di rumah ustaz menjadi pembuka jalan kepada pengislamannya.

[Perenggan 14] Selepas sahaja mengucapkan syahadah pada 26 februari 1990, saya berhijrah ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Kuala Lumpur, sebelum belajar agama di Perkim Pengkalan Chepa Kelantan (1991-1993), Nilam Puri (1994), Pondok (1995), mengambil Diploma Tahfizul Quran di Pusat Islam (1996-1998) dan pada 200 hingga 2003 berada di Shoubra al-Azhar, Mesir dalam jurusan al-Quran dan Qiraati.

[Perenggan 15] Selama membawa diri saya tidak pernah putus-putus berdoa, bersolat hajat, bertanya khabar serta menghantar kitab-kitab berkaitan Islam agar Allah ‘melembutkan’ hati keluarga untuk menerima Islam.

[perenggan 16] Alhamdulillah, selepas lapan tahun doa saya di makbulkan oleh Allah. Sekarang seluruh ahli keluarga saya menerima Islam. Apa yang saya alami sebelum ini, begitulah juga dialami oleh ayah.” Katanya yang telah mengislamkan lebih 2,000 orang dari pelbagai kaum.

Penutup

Berdasarkan kisah Ust Mohd Farhan ini terdapat beberapa point penting dalam kita menyeru dan mengajak orang kepada Islam.

Lihat pada perenggan 15, bagaimana usaha yang tidak putus-putus menatijahnya hasilnya.

Satu lagi, kita cuba bandingkan dengan tahap Ilmu Islam dan kesungguhannya menyampaikan Islam dengan kita hari. [Perenggan 14 dan 16]

Bersungguh ke kita mempelajari, menghayati, melaksanakan, menyampaikan, memperjuangkan dan mempertahankan ISLAM ?

Persoalan ini berkaitan dengan keimanan yang utuh dan mantap.

Tidak mustahillah apabila Parti Islam menyeru melaksanakan hukum-hukum Islam, ramai umat Islam di Malaysia menolaknya kerana tidak memahaminya dan telah terpengaruh dengan pemikiran sekular pemerintah.

Saya secara rendah dirinya, menyeru diri saya sendiri dan semua pembaca budiman untuk kita bermuhasabah berkaitan dengan isu Palestin, isu murtad, isu menolak Islam dan pelbagai lagi isu-isu terkini berkaitan dengan Islam.

Diri ini terasa cukup kerdil dalam memberi sumbangan kepada dunia Islam hari ini.

Terasa rindu menanti satu KHALIFAH ISLAM yang bakal muncul.

Lantas sama-sama kita menghayati bait-bait nasyid DUNIA BARU ISLAM.

Masih basah kenangan indah

Zaman cemerlang Era Gemilang

Ketika rasul ada di sisi

Para sahabat mentadbir bumi

Zaman Nubuwwah era khulafa’

Islam laksana api yang menyala

Menerangi teman dan juga sahabat

Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah….kami mengatur langkah

Membina sebuah thaifah

Di sini bara tak pernah padam

Digenggam kukuh sebuah Azam

Ayuhlah para mujahid

Ayuhlah para mujahidah

Kita tinggalkan zaman fitnah

Agak tertegak kalimah Allah

Agar terbangun DUNIA BARU ISLAM.

Untuk maklumat lanjut berkaitan ustaz farhan sila klik di sini.

Post yang berkaitan dengan isu ini sila klik di sini.

Hamba yang fakir di jalan Allah

Amin Al-Kalantani

8 Jan 2009

5.00 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s