KEAZAMAN ZIONIS TUBUH NEGARA

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh MUSTAFA KAMAL BASRI dalam ruangan rencana di Utusan Malaysia bertarikh 26 Januari 2009 (isnin).

Saya menyimpan artikel tersebut untuk dikongsi bersama di sini beberapa perkara penting dengan pembaca semua.

Antara yang saya fikirkan penting di sini ialah :

1)Konflik di Palestin berlaku disebabkan oleh ideology Zionisme yang dianuti oleh Bangsa Yahudi. Ideologi itu diasaskan oleh Theodor Herzl, seorang Yahudi dari Austria yang memperjuangkan penubuhan sebuah Negara kekal bagi bangsanya di Palestin.

2)Bangsa Yahudi mula menjadi bangsa perlarian yang merempat sejak Babylon menawan kerajaan Judah pada 641 sebelum masehi yang ketika itu menguasai BaitulMuqaddis.

3)Sejak itu bangsa Yahudi meratapi nasib mereka terpaksa meninggalkan Bukit Zion dan berazam untuk kembali semula ke tanah air mereka itu. Sempena nama Bukit Zion itulah pergerakan Zionisme ditubuhkan.

4)Ideologi Zionisme merupakan satu ajaran sesat yang memesongkan ajaran kitab Taurat berhubung dengan  “ bumi yang dijanjikan Tuhan” untuk bangsa Yahudi dan “kepulangan bangsa Yahudi ke bumi asal mereka di BaitulMaqdis atau Al-Quds (Kota Suci)”.

5)Herzl yang juga peguam dan wartawan Perancis telah memberi manifestasi baru kepada ajaran Taurat berhubung “kepulangan bangsa Yahudi ke bumi asal mereka”. Beliau mengambil sebahagian daripada saranan dalam kitab itu dan mengetepikan sebahagian lagi ayat berhubung “sehingga datang perintah Tuhan”.

6)Herzl berpendapat bangsa Yahudi tidak perlu menunggu perintah Tuhan, sebaliknya bangsa itu yang menentukan bila dan bagaimana harus pulang.

7)Apabila Britain berundur dari Palestin pada 14 Mei 1948, Ketua PYS David Ben-Gurion mengistiharkan pembentukan Negara Haram Israel selaras dengan Resolusi PBB 1947 yang mencadangkan pembahagian Palestin kepada dua Negara.

8)Pada 15 Mei 1948 sehari selepas pembentukan Negara Israel, penduduk Palestin pula mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai Hari Hitam (Yawn al-Nakba), apabila ribuan penduduk Palestin dibunuh oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Saya menambahkan pemahaman berkaitan Zionis dan Gerakan Freemasnory dengan merujuk kepada dua buku. Buku pertama bertajuk “Protokol-protokol Mesyuarat Para Pemimpin Ilmuan Zionis dengan prakata dan nota-nota penjelasan diterjemahkan daripada tulisan VICTOR E.MARSDEN cetakan pertama 1999.

Buku kedua ialah Gerakan Freemasonary Musuh dalam Menghancurkan Islam karangan Hj Nik Azran Muhamed dan Hj Mohd Mahadi Hj Isa cetakan pertama 2005.

Saya tertarik pada huraian pada buku yang kedua dalam bab Antara Zionisme dan Freemasonary pada m/s 123.

1)Pengertian Zionisme – terdiri daripada 2 perkataan. Zion (Ibrani) = batu. Isme (Inggeris) = Fahaman atau ajaran.

2)Ajaran ini menyatakan bahawa bangsa Yahudi akan mendirikan kerajaan Israel raya dan menjadikan Al-Quds sebagai ibukotanya.

3)Zionisme dalam bahasa Arab = As-Sohyuniah. Sohyun = tempat antara dua bukit tempat didirikan al-Quds al-Qadim.

4)Mengikut kitab Al-Khasarus Sohniyuni ‘ala al-‘Alami al-Islami karangan Dr. Majid Kailani, beliau menyebutkan bahawa Zionisme telah wujud setelah Theodore Hertzel (Pemimpin Yahudi) siap menulis bukunya yang berjudul “Negara Yahudi” pada tahun 1896.

5)Matlamat utama ditubuhkan zionisme adalah bertujuan merealisasikan cita-cita mereka untuk mendirikan sebuah Negara nasional yang secular khusus untuk bangsa Yahudi. Lahirlah ideology Zionisme tidak ada sangkut pautnya dengan agama Yahudi. Faktor utama kepada lahirnya ideology ini adalah disebabkan oleh rasa rendah diri bangsa Yahudi ketika itu yang tidak mempunyai Negara dan dipinggirkan oleh masyarakat dunia.

6) mereka memilih Palestin sebagai Negara  yang diimpikan oleh mereka. Namun setelah mereka mendapat Palestin sebagai Negara nasional mereka, Zionisme kini telah diwarnai oleh doktrin keagamaan sehinggalah mereka berani melafazkan bahawa masa depan dunia telah dijanjikan tuhan untuk bangsa yahudi yang akan membentuk Negara  internasional.

7) Ada 24 protokol yahudi.

Pada ms 171 satu ucapan yang tegas daripada Sultan Abdul Hamid II apabila Theodore Hertzel memintanya membenarkan penubuhan sebuah syarikat Yahudi di Palestin yang bertanggungjawab membeli tanah-tanah terbiar sekitar Palestin untuk dijadikan kawasan pertanian dan pertempatan penduduk Yahudi.

Inilah ucapan Sultan Abdul Hamid II :

Palestin bukan milikku, bukan milik bangsa Turki, tetapi milik bangsa Arab.

Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab, tetapi milik umat Islam keseluruhannya.

Aku tidak akan sekali-kali menyerahkan bumi Palestin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka.

Simpanlah wang kamu yang berjuta ringgit itu, kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiyyah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran.

Adapun, sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestin dikeluarkan dari Daulah Islamiyah, dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku.

Adakah kami akan membenarkan diri (wilayah-wilayah takluk Kerajaan Turki Uthmaniyyah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?!”

8) Freemasonary membuat kesimpulan akhir bahawa punca kekuatan Islam yang sebenar ialah Khilafah Islamiyah.

Amin Al-Kalantani

2 Safar 1430

29/1/2009 – 2.00 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s