DIPLOMA ILHAM SEMESTER 2 KELAS 1

Diploma semester 2 bermula pada 21/2/09 (Sabtu). Pelajar semester 1 yang lepas seramai 35 orang, kini hanya yang layak meneruskan semester 2 seramai 20 orang LEBIH. Yang hadir kuliah pertama hanya seramai SEKITAR 13 orang.

Apapun kelas pertama kali ini cukup bermakna buat saya walaupun lewat hadir untuk kuliah pertama.

Untuk Diploma Semester 2, subjek-subjeknya ialah :

1.Politik dan Pentadbiran Awam di Malaysia – Ustaz Wan Abdul Rahman

2.Pengantar Pengajian Hadith – Ustaz Syed

3.Pengantar Fiqh Islami-Ustaz Azhar Yahya

4.Pengantar Ekonomi Islam – Ustaz Zaharuddin Muhammad (Menantu TG HJ Abd Hadi).

Untuk perkongsian ILHAM semester dua ini, saya cuba untuk menghuraikan dengan lebih mendalam dan terperinci. Agar ia boleh menjadi kupasan kita bersama. InsyaAllah mudah-mudahan Allah mempermudahkan saya ke arah itu.

Politik dan Pentadbiran Awam di Malaysia

Ustaz Wan Abdul Rahman

1.Objektif modul – Pendedahan awal kepada pelajar mengenai ciri-ciri dan persoalan asas politik Malaysia.

2.Objektif tambahan belajar subjek ini ialah supaya memahami :

a.Tidak ada pemisahan antara politik dan pentadbiran.

b.Pentadbiran Islam dipolitikkan bagi tujuan membendung kebangkitan Islam.

c.pentadbiran Islam perlu dilihat dari perspektif yang lebih holistic berteraskan ‘kerjasama’ bukan dari semata-mata dari sudut ‘persaingan’ sebagaimana yang diamalkan oleh pentadbiran moden Barat.

3.Antara tesis yang menarik berkaitan Politik di Malaysia ialah tulisan Maxis Puthucheary. 1978, The Politics of Administration : The Malaysian Experience.


4.Wujudnya Kuasa POltik dan Kuasa Ekonomi yang mana Kuasa Politik dikuasai oleh Orang Melayu dan Kuasa Ekonomi dikuasai oleh Orang Cina.

5.Kuasa Politik (Sektor Awam) vs Kuasa Ekonomi (Sektor Swasta).

6. Pemahaman kepada konsep Petadbiran Pembangunan & Pembangunan Pentadbiran.

7.Pemilikan ekonomi yang berbeza sehingga berlakunya peristiwa 16 Mei 1963.

8.DEB diwujudkan untuk menyusun semula 30% kuasa Ekonomi adalah untuk orang Melayu. Antara objektif DEB ialah :

a.Menghapuskan kemiskinan tanpa sempadan kaum

b.Menyusun kekayaan dengan menggunakan kuasa Politik.

9.Konsep Membangun Bersama Islam (MBI) vs Dasar Penerapan Nilai Islam (DPNI).

10.Konsep MBI ialah mengambil Islam secara sempurna dan cuba memenuhi segala tuntutannya, manakalah konsep DPNI mengambil kaedah pendekatan secara tidak sempurna.

11.3 Asas MBI ialah :

a.Ubudiyyah – Ketaatan kepada Allah SWT.

b.Mas’uliyyah – Pertanggungjawaban/Amanah

c.Itqan – bersungguh-sungguh.

Pengantar Pengajian Hadith – Ustaz Syed


1.Umumnya kelas pertama ini ialah untuk memberikan pelajar maklumat asas mengenai al-Hadith dan Significantnya dalam Islam.

2.Daripada kelas pertama ini kami sepatutnya memahami:

a.secara komprehensif maksud al-Hadith, peranan dan signifikannya dalam konteks sebagai sumber kedua ajaran Islam.

b.sejarah penulisan al-Hadith dan keunikkannya.

c.Mengenali kesilapan tanggapan dan kefahaman orietalis terhadap al-Hadith.

3.Kuliah pertama subjek ini mengandungi:

a.Hadith dan sunnah serta istilah lain yang berkaitan.

-Hadith & Sunnah

-Khabar dan Athar

-Hadith Qudsi

b.Penyusunan Hadith

-Pengetahuan orang Arab dalam penulisan sebelum kedatangan Islam

-Sebab2 Kurangnya Penulisan semasa hidupnya Rasulullah SAW

-Suhuf2 Yang Ditulis Pada Zaman Rasulullah SAW

-Sahifah Abu Hurairah Kepada Hamman bin Munabbih

-Pendirian Para Orientalis terhadap Penyusunan Hadith

-Zaman Khulafa al-Rasyidin

-Zaman Tabi’in dan Tabi’in al-Tabi’in

4.Untuk perkongsian di sini saya hanya menekankan beberapa pandangan mengenai Hadith dan Sunnah.

a.Pandangan ulama yang akhir membawa perkataan hadith dan sunnah mempunyai pengertian dan maksud yang sama serta boleh bertukar ganti antara satu sama lain. Kedua-duanya disandar kepada kata-katal, perilaku, pengakuan atau sifat-sifat Rasulullah SAW.

b.Pandangan ulama terdahulu membezakan pengertian Sunnah dan Hadith. Hadith mengikut bahasa ialah BARU. Dari sudut istilah , perkataan hadith merupakan namaq kepada laporan yang beerti pemberitahuan. Rasulullah SAW sendiri  telah menamakan kata-kata baginda sebagai hadith.

c.Ini bersesuaian dengan hadith yang menceritakan tentang abu hurairah yang datang mengadap RAsulullah SAW bertanya mengenai orang yang paling bertuah mendapat syafaat Baginda pada hari AKhirat nanti. Maka banginda menjawab:

Terjemahan : Sesungguhnya seperti yang sedia maklum bahawa tidak ada seorang pun yang akan bertanya berhubung dengan hadith ini lebih awal daripada Abu Hurairah kerana kesungguhan beliau mempelajari hadith.

5. Saya tutup dulu perkongsian disini. Jika ada kesempatan saya akan sambung lagi.

Pengantar Fiqh Islami-Ustaz Azhar Yahya

1.Objektif umum bahagian ini ialah memberi gambaran yang jelas mengenai tabiat Syariat Islam.

2.Objektif khususnya ialah selepas  kuliah ini pelajar dapat:

a.Memahami dengan komprehensif konsep hukum Islam serta cirri-cirinya.

b.Memahami tujuan-tujuan hukum Islam secara yang praktis.

c.Memahami dasar-dasar umum pembinaan hukum Islam.

3.Kuliah pertama ini cuba mebawa perbincangan kepada 2 bab. Bab 1:Syariat Islam: Pengertian dan cirri-ciri istimewanya. Bab 2:Pengertian dan Ciri-ciri Keistimewaannya.

4.Antara cirri-ciri istimewa Syariah Islam ialah:

a.Rabbaniyyah

b.Balasan duniawi dan Ukhrawi

c.Alamiyyah & Umumiyyah

d.Kekal

e.Syumul

5.Ust membawa contoh satu situasi di Norway yang mengalami 6 bulan siang dan 6 bulan malam maka orang muslim di situ hendaklah solat mengikut masa dan ketika di Makkah al-Mukarramah.

6.Ust juga menekankan kepada dua konsep pentin dalam ISLAM iaitu DARURAT dan RUKSOH.

7.Kelas menarik dengan huraian ustaz yang cukup realistic.

Pengantar Ekonomi Islam – Ustaz Zaharuddin Muhammad (Menantu TG HJ Abd Hadi).

1.3 asas yang dilarang dalam Ekonomi Islam ialah:

a.Riba

b.Gharar

c.Zalim

***Saya akan cuba sambung sedikit lagi

Kesimpulan

Kelas kali ini cukup bermakna buat saya kerana para ustaz yang hadir memberi kuliah cukup mantop. Saya juga bersyukur diberikan nikmat dan peluang oleh Allah SWT untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan khususnya pengajian Islam ini. Terima kasih buat isteri saya yang sentiasa memberi dorongan dan semangat!

Amin Al-Kalantani

Pelajar Diploma ILHAM Semester 2

Shah ALam, Selangor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s