Kesan dan Pengaruh Maksiat Bahagian II

Saya menyambung lagi tajuk ini untuk bahagian II.

Pada bahagian 2 tajuk ini, saya akan membawa anda kepada subtopik terakhir di bawah Bab 7 buku bertajuk Taubat Untuk Allah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi iaitu yang bertajuk Kesan dan pengaruh maksiat m/s 454.

Maksiat mempunyai kesan-kesan yang buruk lagi keji serta memudaratkan hati dan badan di dunia dan di akhirat. Tiada siapa yang mengetahui sejauhmana kesannya melainkan Allah SWT.

1.Terhalang dari ilmu.

Ilmu adalah cahaya yang dilontarkan oleh Allah di dalam hati manusia, sementara maksiat akan memadamkan cahaya tersebut.

Pada suatu masa ketika Imam As-Syafie duduk serta membaca di hadapan Imam Malik, Imam Malik kagum melihat kebijaksanaan, kecerdikan dan kefahaman yang terdapat pada Imam Asy-Syafie. Beliau pun  berkata; “Sesungguhnya aku telah melihat Allah melontarkan ke dalam hati kamu cahaya, maka janganlah kamu memadamnya dengan kegelapan maksiat”.

Imam Asy-Syafie pernah menceritakan;

AKu telah mengadu kepada Waki’ tentang kelemahan hafalanku, lalu beliau menasihatku agar meninggalkan maksiat. Katanya; ketahuilah bahawa ilmu itu adalah kurniaan, kurniaan itu tidak diberikan kepada pelaku maksiat.

2.Terhalang Dari Rezeki

Tersebut di dalam kitab Al-Musnad; “Sesungguhnya manusia terhalang dari rezeki lantaran dari rezeki lantaran doa yang dilakukannya”. Sedangkan ketaqwaan mendatangkan kemiskinan. Cara untuk mendapatkan rezeki ialah dengan meninggalkan maksiat.

3.Merasa Jauh dari Allah

Merasa berjauhan dari Allah di dalam hati pelaku maksiat, sama sekali tidak mendatangkan kenikmatan dan kesenangan. Jikalau kelazatan dunia dihimpunkan keseluruhannya, ia tetap tidak akan dapat terlepas dari hubungan yang buruk itu. Perkara ini tidak akan dirasakan melainkan oleh manusia yang hidup hatinya. Kelukaan tidak memberi sebarang kesakitan kepada hati yang telah mati.

Seorang lelaki telah mengadu kepada seorang arif tentang rasa kesunyiaan yang terdapat di dalam hatinya. Lalu dikatakan kepadanya; Jikalau kamu dijauhkan oleh dosa, maka tinggalkannya jika kamu mahu menjadi dekat.

Teruskan membaca

Advertisement