Blog IR NIzar

maaf saya tak sempat nak update blog. sekadar memaparkan blog-blog yang bagus untuk dilawati.

http://www.kamparinn.blogspot.com

Advertisement

POKOK GHARQAD (AFRICAN BOXTHORN)

Pagi ini saya terjumpa beberapa artikel yang cukup menarik untuk kita sama-sama kaji dan prihatin.

Tajuk : POKOK GHARQAD (AFRICAN BOXTHORN)

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: ” Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi “.

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Teruskan membaca

Buku Gaza Menangis

gaza-menangis-1

Saya sebenarnya amat kagum dengan Ust Riduan Mohd Nor yang terus istiqamah menerbitkan buku-buku berunsurkan perjuangan Islam.

Sebelum beliau pergi bersama dengan beberapa ajk MUSLIMCARE ke Gaza, saya sempat mendengar khutbahnya di Masjid Ibtisam, TTDI Shah Alam.

Saya sudah menjangkakan akan terbit satu buku lagi oleh Jundi Resources yang dimiliki oleh beliau sendiri yang bertemakan Gaza.

Minggu lepas saya tercari-cari juga untuk memiliki buku ini sebagai koleksi MAKTABAH AMRA di rumah kami.

Namun, saya terlebih dahulu meminjamnya daripada seorang rakan sekerja dan seperjuangan dek kerana sangat teruja ingin mengetahui butir-butir yang terkandung dalam buku ini.

Saya cuba menyelami yang tersirat dan tersurat di sebalik buku ini untuk dikongsi bersama.

Tajuk buku beliau ialah Gaza Menangis: Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin dan Pembantaian Di Gaza merupakan karangan dua tokoh muda gerakan Islam iaitu Aris Hazlan Ismail dan Riduan Mohamad Nor.

Buku ini mengandungi 11 bahagian yang penting.

Isi kandungannya ialah :

1.Sejarah Duka Palestin

2.Semenanjung Gaza : Wilayah Kecil Yang Dipenjara

3.Cast Lead Serangan Paling Kejam Dekad Ini

4.Reaksi Pemimpin Dunia

5.Rakyat Malaysia Sepakat Kecam Keganasan Yahudi

6.Pemimpin Yang Terbunuh

7.Mesir Mendera Mangsa Gaza?

8.Mengenali Kumpulan Pejuang Palestin

9.Catatan Saksi Mata Pembantaian Gaza

10.Hassan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin Menjuarai Isu Palestin

11.Galeri Foto

Pada bahagian yang ke-9, dinyatakan sendiri pengalaman beliau (Ust Riduan Mohamad Nor), bersama rombongan MUSLIM CARE Sdr Hj Zulkifli Wahijan dan Sdr Zul Nani semasa lawatan jihad mereka ke bumi Palestin.

Tidak mudah untuk mereka bersama dengan NGO lain untuk melepasi sempadan ‘Rafah Crossing’.

Saya memetik satu kenyataan dalam buku ini pada m/s 142:

Keterujaan kami untuk memasuki Gaza telah mampu memadamkan istilah lapar pada hari itu. Aahh…..orang Gaza sedang berlapar” pujuk hati saya yang biasanya tidak boleh berkompromi dengan kelaparan.

Ikutilah kisah dalam buku ini bagaimana akhirnya mereka berjaya menembusi sempadan Rafah dan menuju ke bumi Jihad Ghazzah!

Buku ini hanya berharga RM20.00 sahaja, tidak rugi anda memilikinya.

Nilai pengalaman yang mereka perolehi tidak dapat dibayar dengan nilai wang ringgit kerana mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk ke bumi jihad ini.

Sila miliki buku ini. Klik di sini.

Lawatan jihad anggota MUSLIMCARE ini juga ada tercatat pada majalah Milenea Muslim terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Mac 2009 Bil.79 Tajuk Khas : Air Mata Gaza.

Anda boleh membacanya pada muka surat 17 sehingga 21.

Catatannya cukup menarik dan menyayat hati kerana disertakan gambar-gambar kesan tragedi di Ghazzah.

Masih tergiang-ngiang di telinga saya Ucapan Ketua Whip Parlimen Palestin ketika beliau berucap di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar.

Ucapannya penuh inspirasi iaitu:

Sesungguhnya JIHAD di Palestin adalah PINTU kepada kebangkitan ISLAM!”.

Kepada pembaca budiman semua apakah tindakan kita selepas berlalunya tragedi Ghazzah ini.

Tindakan secara berterusan yang kita boleh laksanakan ialah :

Teruskan membaca

Ulang tahun kelima kesyahidannya: Ahmad Yasin, meskipun lumpuh, kesyahidannya beri kekuatan kepada HAMAS

As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin

as-syahid-syeikh-ahmad-yasin.jpg

As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin merupakan figur yang menjadi inspirasi seluruh Ummat Islam.

As-SYahid telah menterjemahkan ucapan dalam solat iaitu “ Sesungguhnya solatku, segala perbuatan amalku, dan hidupku dan matiku adalah untuk Allah SWT” kepada praktikal yang jelas.

Inilah idola yang sepatutnya dijadikan contoh buat kita semua.

Sesunggunya jihad di Palestin adalah PINTU kepada kemenangan ISLAM.

Lihat juga rintihan As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin sebelum beliau menemui Allah SWT. Klik di sini.

Lihat juga berita Tahun Ke-5 kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin. Klik di sini.


Ya Allah Kuniakanlah Kami Syahid di jalanMu.

Allah Matlamat Kami

Rasul Ikutan Kami

Al-Quran Panduan Kami

Jihad Jalan Kami

Mati Syahid CIta-cita Tertinggi Kami

Hamba Yang Fakir

AMin AL-Kalantani

https://amin1982.wordpress.com

Ayuh Kita Mujahadah

Mujahadah

Aduhai diriku yang lemah

Adakah engkau sedang bermujahadah?

Sesungguhnya engkau luput dari zikrullah

Runtunan nafsu nyata memusnah

Harapanmu untuk istiqamah

Mujahadah

Aduhai diriku yang lemah

Apakah engkau sedang bermujahadah?

Melawan bisikan syaitan yang sentiasa istiqamah

Siang dan malam tiada pernah mengalah

Membisikkan hatimu sampai engkau punah

Sampai maksiat berani engkau terjah

Larangan Tuhan berani engkau sanggah

Mujahadah

Aduhai diriku yang lemah

Engkau tewas dalam mujahadah

Engkau malas untuk mujahadah

Engkau alpa dari mujahadah

Engkau sisihkan mujahadah

Itulah sebabnya engkau terus kalah

Mujahadah

Wahai diriku yang lemah

Insafilah nyawamu bukan bertambah

Sakit sakaratul dekat sudah

Bila lagi engkau ingin taubat nasyuhah?

Mujahadah

Engkaulah kunci dalam hidup yang penuh rencah

Nafsu, iblis & syaitan datang dari semua arah

Semuanya dapat  engkau tepis dengan mudah

Kerana engkau terus istiqamah

Mujahadah yang tidak pernah lelah

Bersama zikrullah yang tiada noktah!

Ayuh

Bermujahadahlah wahai diriku yang lemah!!!


Hamba Yang Fakir

Muhammad Amin bin Hj Che Hassan al-Kalantani

24 Rabi’ul Awal 1430@21 March 2009

4.06am

Teruskan membaca

Kitab Yantiqul Bil Haq

1.Dalam suasana politik negara yang kecamuk hari ini, marilah kita anggota gerakan Islam bermuhasabah agar menambahkan lagi kekuatan untuk meletakkan Islam pada tempatnya.

2.Sesungguhnya mereka yang berjuang di jalan Allah SWT itulah golongan yang benar.

3.Hari ini saya mengambil satu tajuk perbahasan dan peringatan kepada kitab yang hampir dengan kita tetapi termasuk dalam perkara GHAIB iaitu ‘Kitab Yantiqul Bil Haq’.

4.Bagi pendapat saya, jika kita ingin menjadi muslim yang salim (selamat) sewajibnya meyakini dengan sungguh-sungguh perkara-perkara yang GHAIB.

5.Apa itu ‘Kitab Yantiqul Bil Haq?’. Saya ingin membawa anda kepada surah al-mu’minuun ayat 62. Perhatikanlah dan tadabburlah maksudnya dengan merujuk kepada tafsir-tafsir muktabar.

Firman Allah SWT :

وَلاَ نُكَلِّفُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا وَلَدَيْنَا كِتَابٌ يَنطِقُ بِالْحَقِّ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ

Maksudnya:

Kami (Allah) tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu Kitab yang membicarakan kebenaran dan mereka tidak dianiaya”

(Surah Al-Mu’minuun ayat 62)

6.Kitab Yantiqul Bil Haq ialah sebuah kitab yang membicarakan yang benar berkaitan perihal amalan yang kita laksanakan di dunia dari sekecil-kecil sehingga sebesar-sebesar perkara. Perkara yang kita rahsiakan ataupun perkara yang tidak dirahsiakan.

7.Kitab ini merupakan tempat malaikat menuliskan segala perbuatan-perbuatan seseorang biarpun buruk atau baik, yang akan dibacakan di hari kiamat. Ya Allah selamatkanlah kami Ya Allah.

8.Sama-sama kita hayati Surah al-Jaatsiyah ayat 28 dan 29.

Teruskan membaca

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Saya terima satu e-mail daripada seorang sahabat.

E-mail tersebut berkisar kisah benar tentang seorang tua yang miskin yang ingin infak lembunya yang tua & kurus kepada Ghazzah.

Lembu itu akhirnya dijual dengan harga RM500,000.00 dan didermakan kepada Ghazzah.

Peristiwa benar ini berlaku di Yaman.

Jika ingin mengetahui lebih lanjut ceritanya, sila klik di sini.

Amin Al-Kalantani

Bersama Ust Hasrizal (SaifulIslam.Com)

image037

Pertemuan kedua saya dengan Ust Hasrizal

image034

Tenaga penggerak utama program Kurus Sinergi Keluarga Bahagia MPP19

Ini merupakan pertemuan kali ke-2 saya secara live dengan Ust Hasrizal (Saifulislam.com).

Pertama pertemuan ketika mengikuti kuliah haraki anjuran PAS Kawasan PUCHONG.

Pertemuan kedua semasa program Kursus Sinergi Keluarga Bahagia di Bukit Jelutong anjuran MPP19.

Saya mengambil peluang untuk berborak-borak dengan ust hasrizal waktu makan tengahari.

Saya ada menanyakan beberapa persoalan.

Pertama : Ust adakah orang barat yang dilihat baik disebabkan faktor ugama ataupun memang budaya mereka macam tu?

Jawapan ust : Mungkin faktor agama. Sebahagian disebabkan budaya mereka. Waktu kerja mereka buat sungguh-sungguh. Malam isnin depa enjoy habis-habisan.

Kedua : Ust, adakah sistem pendidikan kita kini yang melahirkan pelajar dan rakyat yang bermasaalah?

Jawapan ust : Mungkin ya. Sekolah di oversea ada yang melaksanakan sistem pendidikan yang tidak membezakan tahap kepandaian berdasarkan intelektual, sebaliknya berdasarkan kepandaian/jurusan bidang yang diminati.

Jawapan ust sudah saya tokok tambah.

Harapnya tidak lari dari tajuk.

Saya sempat minta ust coretkan sesuatu di buku autograf saya.

Teruskan membaca

Tazkirah 2 : Boikot Barang Israel & USA

LAMAN WEB PILIHAN

BERITA TERKINI : BOIKOT STARBUCK BERHASIL KLIK DI SINI.

http://inminds.com/boycott-israel.htm

http://amin1982.blogspot.com

http://img502.imageshack.us/img502/2485/boikotnowip2.jpg


Boikot 7 Barang Sehingga Lumpuh

LAKSANAKAN TUGAS
USAH LAGI BERRETORIK
DAN
TIDAK BERSTRATEGI
.


BOIKOT 7 BARANGAN DI ATAS HINGGA LUMPUH

Ref : http://islamreturn.blogspot.com/

PESANAN PENTING !!!!!

AGENDA MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

UNTUK MEMASTIKAN KEMPEN INI BERKESAN DAN
SENTIASA DIHATI UMAT ISLAM

KITA PERLU SENTIASA ‘REFRESH’ 7 BARANGAN
BOIKOT INI SETIAP 15 HARI

MOGA USAHA INI AKAN MENDATANGKAN
KEJAYAAN KEPADA USAHA KITA UNTUK
MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS

SILA ‘REFRESH’ BOIKOT 7 BARANGAN DI DALAM BLOG ANDA PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT:-

next : 30 MAC 2009
15 APRIL 2009
30 APRIL 2009
15 MEI 2009
30 MEI 2009
15 JUN 2009
30 JUN 2009
12 JULAI 2009
(7 BARANGAN BERJAYA DILUMPUHKAN)

http://islamreturn. blogspot. com


SENARAI LAIN-LAIN BARANG YANG WAJIB DIBOIKOT

Teruskan membaca

Kesan dan Pengaruh Maksiat Bahagian 3

Saya menyambung lagi tajuk ini untuk bahagian 3.

Pada bahagian 3 tajuk ini, saya akan menyambung kesan ke -6 dengan merujuk Bab 7 buku Taubat Untuk Allah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi iaitu yang bertajuk Kesan dan pengaruh maksiat m/s 454.

Maksiat mempunyai kesan-kesan yang buruk lagi keji serta memudaratkan hati dan badan di dunia dan di akhirat. Tiada siapa yang mengetahui sejauhmana kesannya melainkan Allah SWT.

Oleh sebab kekangan masa lapang yang ada, saya hanya sempat membawa hanya satu kesan maksiat untuk bahagian 3 ini. Apapun saya berpandangan bahawa kesan ke-enam ini merupakan satu kesan yang berkait rapat dengan diri kita.

Kesan dan pengaruh maksiat yang ke-enam ialah:

6.Kegelapan hati

Kegelapan di dalam hati adalah satu hakikat yang dapat dirasai seperti mana dapat dirasakan kegelapan malam yang pekat apabila ia melabuhkan tirainya.

Kegelepan di dalam hati akan menjadi seolah kegelapan fizikal yang berlaku pada pemandangannya. Ketaatan adalah cahaya, sementara kemaksiatan adalah kegelapan.

Jika kegelapan menjadi semakin pekat, kebingungannya semakin bertambah sehingga dia terjerumus ke dalam perkara-perkara bid’ah, kesesatan dan perkara-perkara yang memusnahkan tanpa disedarinya.

Samalah dengan orang buta yang berjalan berseorangan di tengah kegelapan malam. Kegelapan hati ini akan menjadi semakin kuat sehingga ia naik ke mata, kemudian ke muka, sehinggalah mukanya kelihatan muram pada pandangan orang lain.

Ibnu Abbas r.a berkata; “Kebaikan menyebabkan sinaran keputihan di wajah, cahaya di hati, keluasan di dalam rezeki, kekuatan  pada badan dan kecintaan di dalam hati orang lain. Kejahatan menyebabkan kehitaman pada wajah, kegelapan di dalam hati, kelemahan pada badan, kekurangan pada rezeki dan kebencian di dalam hati orang lain”

Teruskan membaca

Autograf & Nasihat Pemimpin

Pada 13 Safar 1427 sempena program Ijtima’ Nuqoba’ DPPP, telah tercetus idea untuk saya mengumpulkan autograf berserta nasihat beberapa figure yang saya ketemui.

Idea ini telah muncul apabila pertama kali bertemu dengan Ust. Nik Abduh Hj Nik Abdul Aziz.

Untuk posting kali ini saya akan berkongsi beberapa nasihat oleh beberapa pemimpin yang saya ketemui.

Ust Nik Abduh Hj Nik Abdul Aziz

Ust memetik kata-kata Ust Yahya Othman “Kita tidak cemas kalau PAS tiada tokoh koporat, tetapi cemas apabila PAS tiada yang boleh jadi IMAM” – 13 Safar 1427

Ust Riduan Mohammad Nor

Teruskan membaca