Kursus Sinergi Keluaga Bahagia : Part 1 (Sambungan)

manusa-luaran-dalaman

Slide ini adalah untuk permulaan perkongsian Kursus Sinergi Keluarga Bahagia yang dibawa oleh Ust. Hasrizal.

Bagi saya kunci kepada perbentangan Ust Hasrizal ada pada slide ini.

Kenapa saya katakan begitu?

Masih tergiang-ngiang di telinga saya akan nasihat ustaz pada peserta.

“Kita ambil contoh 2 orang manusia”.

“Manusia pertama menangis kerana kematian Syeikh Ahmad Deedat. Manusia kedua pula menangis kerana penyanyi yang diminatinya dalam akademi fantasi”.

“Bila ditanya kepada manusia pertama. Kenapa kamu menangis atas kematian syeikh ahmad Deedat?”

“Ini kerana beliau seorang yang banyak berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam!. Jawab si manusia pertama”

“Bila soalan yang sama diajukan kepada manusia yang kedua, dia menjawab siapa syeikh ahmad deedat?

Kenapa anda menangis apabila penyanyi kegemaran anda kalan dalam akademi fantasi?” soalan tambahan

Kerana dia adalah idola saya. Suaranya menyentuh kalbu saya. Dan yang penting juga saya telah berhabis banyak duit untuk SMS mengundi calon favourite saya!” jelas manusia kedua ini.

Kenapa wujudnya dua perbezaan pandangan ini?” soal ust hasrizal pada kami.

ini adalah kerana berbezanya sistem nilai (penilaian) antara manusia A dan manusia B ini.

Kenapa penilaian mereka berbeza.

Ini kerana wujudnya perbezaan kepercayaan yang membawa perbezaan pandangan hidup antara A dan B.

Teruskan membaca

Advertisements

Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi

Terkejut manusia saya apabila membaca satu tajuk berita di kosmo online.

Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi itulah tajuknya.

Kenapa sampai hatinya seorang ibu ataupun insan itu membuang bayi tersebut.

Apakah ini tandanya manusia sudah hilang pertimbangan?

Berita lanjut :

Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi


VERAPPA melihat mayat bayi yang dijumpainya di dalam longkang di Batu Feringghi, Pulau Pinang semalam.


TELUK BAHANG – Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36.

Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.

Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ.

“Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak.

“Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya ketika di temui semalam.

Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran.

Teruskan membaca

Maaf lama tidak dapat posting

maaf kerana sudah lama tidak posting.

saya, isteri dan fatih demam-demam sejak dua hari yang lepas.

saya juga perlu segera menyiapkan projek Optimal sebelum 16/3 ini.

sebenarnya saya ingin berkonsgi serba sedikit berkaitan Kursus Sinergi Keluarga Bahagia bersama Ust SaifulIslam.com baru-baru ini.

akibat kekangan keadaan ini, saya menangguhkan dulu.

insyaAllah ada kelapangan masa, saya akan posting jua di sini.

Amin Al-Kalantani