Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi

Terkejut manusia saya apabila membaca satu tajuk berita di kosmo online.

Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi itulah tajuknya.

Kenapa sampai hatinya seorang ibu ataupun insan itu membuang bayi tersebut.

Apakah ini tandanya manusia sudah hilang pertimbangan?

Berita lanjut :

Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi


VERAPPA melihat mayat bayi yang dijumpainya di dalam longkang di Batu Feringghi, Pulau Pinang semalam.


TELUK BAHANG – Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36.

Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.

Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ.

“Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak.

“Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya ketika di temui semalam.

Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran.

Rujukan : http://kosmo.com.my

2 thoughts on “Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi

  1. ”akan halnya orang yg melampaui batas,yg lebih mengutamakan kehidupan dunia,maka baginya neraka sebagai tempat kembali”(surah an-nazi’at;37-39)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s