Kursus Sinergi Keluaga Bahagia : Part 1 (Sambungan)

manusa-luaran-dalaman

Slide ini adalah untuk permulaan perkongsian Kursus Sinergi Keluarga Bahagia yang dibawa oleh Ust. Hasrizal.

Bagi saya kunci kepada perbentangan Ust Hasrizal ada pada slide ini.

Kenapa saya katakan begitu?

Masih tergiang-ngiang di telinga saya akan nasihat ustaz pada peserta.

“Kita ambil contoh 2 orang manusia”.

“Manusia pertama menangis kerana kematian Syeikh Ahmad Deedat. Manusia kedua pula menangis kerana penyanyi yang diminatinya dalam akademi fantasi”.

“Bila ditanya kepada manusia pertama. Kenapa kamu menangis atas kematian syeikh ahmad Deedat?”

“Ini kerana beliau seorang yang banyak berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam!. Jawab si manusia pertama”

“Bila soalan yang sama diajukan kepada manusia yang kedua, dia menjawab siapa syeikh ahmad deedat?

Kenapa anda menangis apabila penyanyi kegemaran anda kalan dalam akademi fantasi?” soalan tambahan

Kerana dia adalah idola saya. Suaranya menyentuh kalbu saya. Dan yang penting juga saya telah berhabis banyak duit untuk SMS mengundi calon favourite saya!” jelas manusia kedua ini.

Kenapa wujudnya dua perbezaan pandangan ini?” soal ust hasrizal pada kami.

ini adalah kerana berbezanya sistem nilai (penilaian) antara manusia A dan manusia B ini.

Kenapa penilaian mereka berbeza.

Ini kerana wujudnya perbezaan kepercayaan yang membawa perbezaan pandangan hidup antara A dan B.


Manusia A percaya bahawa tugas terpenting manusia yang menyebarkan DAKWAH Islam kepada seluruh manusia di alam maya pada ini.

Manusia B percaya bahawa HIBURAN adalah yang terpenting dalam kehidupan ini agar hidup sentiasa ceria dan juga seronok.

Perbezaan kepercayaan tadi telah mencetuskan yang mana penting dan yang mana kurang penting ataupun tidak penting……bersambung lagi.

4 thoughts on “Kursus Sinergi Keluaga Bahagia : Part 1 (Sambungan)

  1. gambar di weblog anda memang sengaja menayang gambar perempuan bogel ke?? Saya kira ustaz zaman sekarang semakin rosak dan payah dipercayai. nilai saya terhadap anda baik sekiranya gambar tersebut ditukar lain kerana saya lihat anda belajar agama dan bersekolah pondok, pelajar agama adalah orang yang paling mengenal agama.

    sekian.

  2. kepada iltizam,

    terima kasih atas teguran anda. cuma saya nak pastikan dimanakah gambar perempuan yang anda maksudkan?

    harap anda dapat maklumkan kerana saya tidak pernah memaparkan gambar sedemikian diweblog saya.

    mohon bantuan anda!

  3. kepada nizar,

    syabas kerana sanggup berhijrah ke sabah atas tujuan jihad ilmu. kalau dah ada calon cepat2kan walimah. insyaAllah anda akan ketemui banyaknya barakah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s