Pada 13 Safar 1427 sempena program Ijtima’ Nuqoba’ DPPP, telah tercetus idea untuk saya mengumpulkan autograf berserta nasihat beberapa figure yang saya ketemui.
Idea ini telah muncul apabila pertama kali bertemu dengan Ust. Nik Abduh Hj Nik Abdul Aziz.
Untuk posting kali ini saya akan berkongsi beberapa nasihat oleh beberapa pemimpin yang saya ketemui.
Ust Nik Abduh Hj Nik Abdul Aziz
Ust memetik kata-kata Ust Yahya Othman “Kita tidak cemas kalau PAS tiada tokoh koporat, tetapi cemas apabila PAS tiada yang boleh jadi IMAM” – 13 Safar 1427
Ust Riduan Mohammad Nor
“Teruskan JIHAD dan pengorbanan, kita semua adalah masa depan harakah. – 13 Safar 1427.
Ust Yahya Othman
Ust Idris Ahmad
Mulianya kita apabila bersama dengan Jamaah. 8/11/07. Tandatangan Ust saya perolehi waktu majlis sambutan hari raya Idulfitri 1428 di rumah Ust Fadhil.
Tuan Hj Muhammad bin Sabu. Tandatangan beliau saya perolehi ketika bertemu dengan beliau di Lapangan Terbang KLIA.12-03-06
Datuk Mahfuz Omar
“Teruskan jihad!”. 20/1/2008. Tandatangan ini saya dapat waktu Himpunan petugas pilihanraya Shah Alam.
Mustafa Ali. 20/1/2008. Tandatangan ini saya dapat waktu Himpunan petugas pilihanraya Shah Alam.
YB Tn Hj Khalid Abdul Samad
Semoga istiqomah dengan perjuangan Islam. /1/2008. Tandatangan ini saya dapat waktu Himpunan petugas pilihanraya Shah Alam.
Ahmad Sabki Yusof.
Teruskan Perjuangan. 12/4/08 sempena mesyuarat agung tahunan pemuda shah alam kali ke-24.
Ust Dr Badrul Amin
JIHAD! 23/4/08 Sempena program ceramah di Surau An-Nur.
Ust Hasrizal Abdul Jamil
“Erti Hidup Pada Memberi”
Bukit Jelutong 01/03/2009
Catatan ust buat saya “Jika mahu jadi manusia berpandangan,jadilah manusia berpendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak Apabila kamu berbelah bagi!”.
Abu Tayyib Al-Mutannabi
Tandatangan Ust saya dapat waktu program Kursus Sinergi Keluarga Bahagia anjuran MPP19.
Saya akan cuba untuk menambahkan koleksi autograph dan nasihat.
Meminta nasihat dan pertunjuk merupakan Sunnah para sahabat Rasulullah SAW.
Sebagaimana dalam Hadith ke 31 susunan Imam Nawawi dalam Hadith 40:
Terjemahan :
“Dari Abi al-Abbas Sahl bin Sa’d al-Saidiy Radiyallahu anh katanya : Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Ya Rasulullah! Tunjukkanlah kepada aku suatu amal yang apabila aku kerjakannya, dikasihi aku oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Kemudian Rasulullah SAW bersabda : Hendaklah zahid pada dunia, nescaya engkau dikasihi oleh Allah; dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, nescaya engkau dikasihi oleh manusia”.
(Hadith hasan, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan lainnya dengan sanad-sanad yang bagus.[1]
Amin Al-Kalantani
https://amin1982.wordpress.com
Rujukan:
[1] Hadith 40 (terjemahan dan syarahnya) oleh Mustafa Abdul Rahman terbitan Dewan Pustaka Fajar.