Kesan dan Pengaruh Maksiat Bahagian 3

Saya menyambung lagi tajuk ini untuk bahagian 3.

Pada bahagian 3 tajuk ini, saya akan menyambung kesan ke -6 dengan merujuk Bab 7 buku Taubat Untuk Allah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi iaitu yang bertajuk Kesan dan pengaruh maksiat m/s 454.

Maksiat mempunyai kesan-kesan yang buruk lagi keji serta memudaratkan hati dan badan di dunia dan di akhirat. Tiada siapa yang mengetahui sejauhmana kesannya melainkan Allah SWT.

Oleh sebab kekangan masa lapang yang ada, saya hanya sempat membawa hanya satu kesan maksiat untuk bahagian 3 ini. Apapun saya berpandangan bahawa kesan ke-enam ini merupakan satu kesan yang berkait rapat dengan diri kita.

Kesan dan pengaruh maksiat yang ke-enam ialah:

6.Kegelapan hati

Kegelapan di dalam hati adalah satu hakikat yang dapat dirasai seperti mana dapat dirasakan kegelapan malam yang pekat apabila ia melabuhkan tirainya.

Kegelepan di dalam hati akan menjadi seolah kegelapan fizikal yang berlaku pada pemandangannya. Ketaatan adalah cahaya, sementara kemaksiatan adalah kegelapan.

Jika kegelapan menjadi semakin pekat, kebingungannya semakin bertambah sehingga dia terjerumus ke dalam perkara-perkara bid’ah, kesesatan dan perkara-perkara yang memusnahkan tanpa disedarinya.

Samalah dengan orang buta yang berjalan berseorangan di tengah kegelapan malam. Kegelapan hati ini akan menjadi semakin kuat sehingga ia naik ke mata, kemudian ke muka, sehinggalah mukanya kelihatan muram pada pandangan orang lain.

Ibnu Abbas r.a berkata; “Kebaikan menyebabkan sinaran keputihan di wajah, cahaya di hati, keluasan di dalam rezeki, kekuatan  pada badan dan kecintaan di dalam hati orang lain. Kejahatan menyebabkan kehitaman pada wajah, kegelapan di dalam hati, kelemahan pada badan, kekurangan pada rezeki dan kebencian di dalam hati orang lain”


Dosa melemahkan hati dan badan. Kelemahan pada hati adalah perkara yang boleh dilihat. Bahkan kelemahannya semakin bertambah sehingga hilang kehidupan keseluruhannya.

Sementara kelemahan pada badan, kerana kekuatan orang yang beriman terletak pada kekuatan hatinya. Apabila hatinya kuat maka badannya turut menjadi kuat.

Sementara orang jahat (sekalipun badannya kuat) menjadi lemah ketika ada keperluan. Dia sanggup mengkhianati kekuatannya apabila kalah terhadap runtunan hawa nafsunya.


Insyaallah akan bersambung kepada Kesan dan Pengaruh Maksiat Bahagian 4 dengan membawa beberapa lagi kesan dan pengaruh maksiat terhadap diri kita.

Semoga memberi manfaat.

Wallahua’lam.

Hamba Yang Fakir

Amin Al-Kalantani

Baitul Amra Shah Alam

11.29pm

https://amin1982.wordpress.com

Rujukan :

1.   Taubat untuk Allah karangan Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s