Pertemuan kedua saya dengan Ust Hasrizal
Tenaga penggerak utama program Kurus Sinergi Keluarga Bahagia MPP19
Ini merupakan pertemuan kali ke-2 saya secara live dengan Ust Hasrizal (Saifulislam.com).
Pertama pertemuan ketika mengikuti kuliah haraki anjuran PAS Kawasan PUCHONG.
Pertemuan kedua semasa program Kursus Sinergi Keluarga Bahagia di Bukit Jelutong anjuran MPP19.
Saya mengambil peluang untuk berborak-borak dengan ust hasrizal waktu makan tengahari.
Saya ada menanyakan beberapa persoalan.
Pertama : Ust adakah orang barat yang dilihat baik disebabkan faktor ugama ataupun memang budaya mereka macam tu?
Jawapan ust : Mungkin faktor agama. Sebahagian disebabkan budaya mereka. Waktu kerja mereka buat sungguh-sungguh. Malam isnin depa enjoy habis-habisan.
Kedua : Ust, adakah sistem pendidikan kita kini yang melahirkan pelajar dan rakyat yang bermasaalah?
Jawapan ust : Mungkin ya. Sekolah di oversea ada yang melaksanakan sistem pendidikan yang tidak membezakan tahap kepandaian berdasarkan intelektual, sebaliknya berdasarkan kepandaian/jurusan bidang yang diminati.
Jawapan ust sudah saya tokok tambah.
Harapnya tidak lari dari tajuk.
Saya sempat minta ust coretkan sesuatu di buku autograf saya.
Inilah coretan ust:
Ust Hasrizal Abdul Jamil
“Erti Hidup Pada Memberi”
Bukit Jelutong 01/03/2009
Catatan ust buat saya “Jika mahu jadi manusia berpandangan,jadilah manusia berpendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak Apabila kamu berbelah bagi!”.
Abu Tayyib Al-Mutannabi
Tandatangan Ust saya dapat waktu program Kursus Sinergi Keluarga Bahagia anjuran MPP19.
Amin Al-Kalantani
https://amin1982.wordpress.com
20 Rabiulawal 1430
17 Mac 2003
Majlis Maulid Di Pusat Pengajian Ba’alawi, Kemensah (MALAM INI)
.
Tarikh:
21 Rabi’ul Awwal 1430H/ 18 Mac 2009 (Rabu)
selepas Maghrib
.
Lokasi:
Pusat Pengajian Ba’alawi, No 9, Jalan UP2A, Prima Ukay, Kemensah. (Zoo Negara)
.
Tetamu Khas:
Habib Kazim as-Seggaf (dari Tarim, Hadramaut),
Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid dan
Tuan Guru Baba Abdul Aziz
Aturcara:
Sholat Maghrib berjemaah , Bacaan Ratib al-Haddad, Bacaan Maulid – Diyaul Lami’, Ceramah oleh Habib Kazim , Qasidah , Ucapan oleh Tuan Guru Baba Abdul Aziz , Ijazah Bacaan Dhiya ul Lame’ oleh Habib Kazim , Tertib al-Fatihah oleh Habib ‘ali Zainal ‘Abidin al-Hamid , Sholat Isya’ , Jamuan.
Muslimin dan Muslimat di jemput hadir. Dan sila panjangkan jemputan ini kepada kenalan tuan-tuan/puan-puan.
http://pondokhabib.wordpress.com