Kitab Yantiqul Bil Haq

1.Dalam suasana politik negara yang kecamuk hari ini, marilah kita anggota gerakan Islam bermuhasabah agar menambahkan lagi kekuatan untuk meletakkan Islam pada tempatnya.

2.Sesungguhnya mereka yang berjuang di jalan Allah SWT itulah golongan yang benar.

3.Hari ini saya mengambil satu tajuk perbahasan dan peringatan kepada kitab yang hampir dengan kita tetapi termasuk dalam perkara GHAIB iaitu ‘Kitab Yantiqul Bil Haq’.

4.Bagi pendapat saya, jika kita ingin menjadi muslim yang salim (selamat) sewajibnya meyakini dengan sungguh-sungguh perkara-perkara yang GHAIB.

5.Apa itu ‘Kitab Yantiqul Bil Haq?’. Saya ingin membawa anda kepada surah al-mu’minuun ayat 62. Perhatikanlah dan tadabburlah maksudnya dengan merujuk kepada tafsir-tafsir muktabar.

Firman Allah SWT :

وَلاَ نُكَلِّفُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا وَلَدَيْنَا كِتَابٌ يَنطِقُ بِالْحَقِّ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ

Maksudnya:

Kami (Allah) tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu Kitab yang membicarakan kebenaran dan mereka tidak dianiaya”

(Surah Al-Mu’minuun ayat 62)

6.Kitab Yantiqul Bil Haq ialah sebuah kitab yang membicarakan yang benar berkaitan perihal amalan yang kita laksanakan di dunia dari sekecil-kecil sehingga sebesar-sebesar perkara. Perkara yang kita rahsiakan ataupun perkara yang tidak dirahsiakan.

7.Kitab ini merupakan tempat malaikat menuliskan segala perbuatan-perbuatan seseorang biarpun buruk atau baik, yang akan dibacakan di hari kiamat. Ya Allah selamatkanlah kami Ya Allah.

8.Sama-sama kita hayati Surah al-Jaatsiyah ayat 28 dan 29.

Firman Allah SWT:

هَـذَا كِتَـبُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Maksudnya :

Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan”.

(Surah Al-Jaatsiyah ayat 29)

9.Kitab ini juga dipanggil dengan nama ‘Kitab Yalqahu Mansyura’ iaitu kitab yang dijumpai terbuka (terdedah). Lihat surah Al-Israa’ ayat 13)

Firman Allah SWT :

﴿وَكُلَّ إِنْسَـنٍ أَلْزَمْنَـهُ طَـئِرَهُ فِى عُنُقِهِ وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَـمَةِ كِتَابًا يَلْقَـهُ مَنْشُوراً

Maksudnya :

Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka”.

(Surah ke-17 : Isra’ ayat 13)

10.Ada 3 cara kitab akan diterima oleh insan. Pertama golongan yang menerima kitabnya dengan tangan kanan. Golongan kedua pula menerima kitabnya dengan tangan kiri. Golongan ketiga menerima kitab dari belakang punggungnya.

11.Golongan yang berjaya menerima kitab dari tangan kanan. Lihat surah Al-Insyiqaq (Surah ke-84) ayat 7-9.

Firman Allah SWT:

فَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَـبَهُ بِيَمِينِهِ

فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَاباً يَسِيراً

يَنقَلِبُ إِلَى أَهْلِهِ مَسْرُوراً

Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya,

Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah,

dan dia akan kembali kepada kaumnya(yang sama-sama beriman) dengan gembira.

12.GOlongan yang celaka menerima kitab dari tangan kiri. Lihat surah Al-Haqqah (Surah ke- 69) ayat 25-32.

﴿وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَـبَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُولُ يلَيْتَنِى لَمْ أُوتَ كِتَـبِيَهْ وَلَمْ أَدْرِ مَا حِسَابِيَهْ يلَيْتَهَا كَانَتِ الْقَاضِيَةَ مَآ أَغْنَى عَنِّى مَالِيَهْ هَلَكَ عَنِّى سُلْطَـنِيَهْ خُذُوهُ فَغُلُّوهُ ثُمَّ الْجَحِيمَ صَلُّوهُ ثُمَّ فِى سِلْسِلَةٍ ذَرْعُهَا سَبْعُونَ ذِرَاعاً فَاْسْلُكُوهُ﴾

Maksudnya:

Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: “Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).

Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.

Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan sesuatu,

Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku.

Telah hilang kekuasaanku dariku.

(Allah SWT Berfirman) “Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya.”

Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta.

13.Golongan yang paling celaka menerima kitabnya dari belakang punggungnya. Lihat surah al-Insyiqaq (Surah ke-84) ayat 10-15.

﴿وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتَـبَهُ وَرَآء ظَهْرِهِفَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُوراًوَيَصْلَى سَعِيراًإِنَّهُ كَانَ فِى أَهْلِهِ مَسْرُوراًإِنَّهُ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ

Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang.

Maka dia akan berteriak: “Celakalah aku”.

Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).

Sesungguhnya dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan kaumnya (yang sama-sama kafir).

Sesungguhnya dia yakin dia yakin bahawa sekali-kali tidak akan kembali (kepada Tuhannya).

(Bukan sedemikian), yang benar sesungguhnya Tuhannya selalu melihatnya.

14.Hayati juga surah az-zumar (surah ke-29) ayat 69.

وَأَشْرَقَتِ الاٌّرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا وَوُضِعَ الْكِتَـبُ وَجِـىءَ بِالنَّبِيِّيْنَ وَالشُّهَدَآءِ وَقُضِىَ بَيْنَهُم بِالْحَقِّ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ

Maksudnya : Dan terang benderanglah bumi (padang Mahsyar) dengan cahaya (keadilan) Tuhannya ; dan diberikanlah buku (perhitungan perbuatan masing-masing) dan didatangkanlah para Nabi dan saksi-saksi dan diberi keputusan di antara mereka dengan adil sedang mereka tidak dirugikan”

15.Akhiran, saya ingin memperingatkan diri saya sendiri bagaimakah kiranya kita akan menerima kitab ini. Bagaimanakah perasaan kita di kala itu. Apakah nasib kita di saat yang tidak boleh pulang semula kedunia. Mudah-mudahan dengan peringatan ini memberi hidayah dan taufik untuk kita bertaubat dan menyiapkan bekalan secukupnya untuk bekal di akhirat kelak.

Hamba Yang Fakir

Amin Al-Kalantani

https://amin1982.wordpress.com

Rujukan:

1.Mahkamah di Padang Mahsyar, penyusun M.Ali Chasan Umar 1979.

2.Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: Persiapan Menghadapi Maut Siri 4 , Melihat Qiamat dari Jendela Al-Quran.

3.Terjemahan Al-Quran

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s