Khusyu’ Dalam Perjuangan

Salam Perjuangan,

Pada pagi ini saya ingin melontarkan satu tazkirah buat diri saya sendiri dan rakan seperjuangan.

Berjuang dalam jamaah adalah seperti sedang solat berjemaah.

Di dalam menentukan imam untuk solat berjemaah ada ciri-ciri kreteria yang mesti dipatuhi yang telah digariskan oleh syara’.

Pemilihan imam sehingga sampai tahap perlu dibuat undian.

Bila memulakan solat, imam yang telah dipilih boleh ditegur jika alpa dalam perkara dasar yang boleh membatalkan solat.

Makmun boleh menegur dengan kaedah yang ditentukan oleh syarak.

Jika imam tidak memahami ataupun tetap juga dalam perkara yang boleh membatalkan solat, maka makmun boleh mufaraqah dari solat berjemaah.

Sebelum solat, imam disunatkan memesan kepada makmun supaya BETULKAN SHAFF, RAPATKAN SHAFF dan LURUSKAN SHAFF.

Besar hikmah disebalik ingatan tersebut.

Jika ada ruang yang tidak diisi dalam jemaah, maka syaitan boleh mencelah dicelah-celah ruang kosong tersebut.

Inilah antara punca kita tidak khusyu’ dalam solat.

Dalam perjuangan kita juga perlu khusyu’.

Jika kita tidak khusyu’ maknanya kita telah lalai dan tersasar daripada niat asal perjuangan.

Niat kita untuk menegakkan hujjah diri sendiri lebih besar daripada menegakkan hujjah ISLAM itu sendiri.

Akhirnya sebagaimana dalam solat, jika kita tidak khusyu’ maka terlupa rukun & sebagainya.

Tetapi alhmadulillah, kalau dalam solat berjemaah kita diingatkan dengan memerhatikan IMAM.

Itulah pentingnya IMAM yang khusyu’ dalam konteks solat berjemaah.

Jika IMAM sendiri yang tidak khusyu’ maka bercelarulah makmun-makmun.

Amin Al-Kalantani

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s