Cahaya Ramadhan-Aduhai Rejab

Salam perjuangan buat sahabat seperjuangan.

Perjuangan yang kita sedang harungi tidak mudah seperti yang kita sangkakan.

Perjuangan yang kita lalui ini menuntut pengorbanan.

Korban diri, nyawa, harta, keluarga, dan segenal aqal fikiran.

Puisi pendek tanda ingatan buat diri yang sering lalai dan alpa.

———————————————————————

Dalam keriuhan bulan-bulan yang telah lalu

Dalam noda dan maksiat yang kita telah laksanakan

Dalam kelalaian itu hadir sinar, cahaya dan haruman indah

Nun, di sana kulihat satu cahaya terang berderang

Ya, Rejab sudah pun tiba

Syaban menunggu di sana

Sinar cahaya ramadhan bergelipan buat yang menunggu sentiasa

Ingin sekali bersimpuh di depan Rabb meratapi lalainya diri ini

Rukuk dan sujud memohon ampun dan maaf

Beratnya noda dan dosa menghalang ibadah dan makrifah

Ramadhan

Walaupun engkau masih nun di sana

Namun, cahaya, baumu yang harum sudah terpancar kepada hamba yang fana

Fana terhadap dunia dan tipuannya

Sudah berbekalan di bulan Rejab

Buat persiapan, bekal dan amal

Ya Allah

Aku ini hambaMu yang alpa

Lalai sungguh dari mengingati dan melaksanakan ketaatan kepadamu

Adakah masih ada ampun dan maaf dariMu ya Allah?!

Semoga cahaya Ramadhan yang bersinar

Membawa harapan buatku

Insan yang alpa

Suara Rasa

Amin Al-Kalantani

Advertisement

Mudah-mudahan Allah SWT Tunjukkan Jalan

ألسلأم عليكم ورحمة الله وبركاتة

Tahniah kepada seluruh perwakilan PAS yang telah menjalankan amanah memilih kepimpinan dalam siri muktamar kali ke 55.

Walaupun saya tidak dapat mengikuti sepenuhnya perjalanan muktamar kali ini, hangat dan panas muktamar terasa juga di sini.

PAS yang kini telah berusia lebih 50an nampaknya telah melangkah gagah ke hadapan.

Mengapa saya berkata begitu?

Kita lihat jika sebelum ini muktamar PAS tidaklah mendapat liputan yang meluas.

Namun muktamar kali ini, media-media UMNO/BN pun campurtangan seolah-olah menyokong Kepimpinan Ulama.

Musuh-musuh yang dengki dengan kemaraan Parti Islam pastinya tidak akan duduk diam.

Apabila musuh bertungkus-lumus untuk melemahkan Parti Islam, itu tandanya Islam sedang mara kehadapan.

Apabila musuh tidak mengapa-apakan kita, itu tandanya Parti Islam tidak mara kehadapan.

Saya tidaklah layak untuk membuat apa-apa kenyataan untuk muktamar PAS kali 55 ini kerana diri sendiri begitu dhaif sekali.

Saya melihat semua ahli PAS begitu sayang kepada PAS.

Semuanya takut kalau PAS menjadi alat kepada UMNO.

Termasuk saya juga sebagai ahli yang biasa.

Selepas muktamar saya menerewang ke beberapa laman web yang mengulas berkenaan keputusan pemilihan.

Kekadang terasa lemas juga dengan pelbagai komentar termasuk media musuh Parti Islam dan juga beberapa orang yang ‘sayang’ kepada PAS.

Yang mengulas jika anda tahu semua rahsia setiap pimpinan PAS, yakinilah bahawa ada yang lebih Maha Tahu tentang semua makhluk.

Jangan mendahului Yang Maha Tahu dengan ‘tahu’ anda yang cetek dengan memberi kenyataan dan analisis yang membuat semua orang seolah-olah begitu yakin dengan analisis anda.

Kepada anggota gerakan Islam pula, doakanlah mudah-mudahan Allah SWT tunjukkan jalan.

Berserah kepada Yang Maha Tahu & Yang Maha Kuasa.

Hamba Yang Fakir

Amin Al-Kalantani

8 June 2009.

30 ISTILAH FIQH

TUGASAN : HURAIKAN 30 ISTILAH FIQH

Nasakh

    Huraian : hukum sebelum ini diangkat dan digantikan dengan yang baru. (Nota Ilham m/s 50)

    Sunnah Qawliyyah

      Huraian  : Kata-kata dan pengucapan Rasulullah SAW dalam berbagai-bagai persoalan. Sunnah dalam bentuk ini yang terbanyak . (Nota ilham m/s 97)

      Sunnah Fi’liyyah

        Huraian :  Perbuatan-perbuatan Rasulullah SAW seperti amalan solat lima waktu dengan sempurna segala kaifiatnya dan perlaksanaan ibadat haji. (Nota ilham m/s 97)

        Sunnah Taqriyyah

          Huraian : Sesuatu yang diperakui oleh Rasulullah SAW dengan mendiamkan diri tanpa membantah atau bersetuju dan melahirkan rasa senang baginda terhadap sebahagian perbuatan dan perkataan para sahabat. Maka, dengan perakuan dan persetujuan itu dianggap sebagai lahir daripada baginda sendiri dan diamnya menandakan perbuatan itu harus dilakukan. Ini kerana Rasulullah SAW tidak boleh mendiamkan diri sama sekali terhadap perkara yang batil atau haram. (Nota ilham m/s 98)

          Sanad

            Huraian:  silsilah atau rantaian para perawi hadith yang mereka nukilkannya daripada Rasulullah SAW kepada kita. (Nota ilham m/s 98)

            Matan Hadith/Matan Sunnah

              Huraian : Catatan hadith yang diriwayatkan. (Nota ilham m/s 98)

              Sunnah Mutawatirah

                Huraian : Hadith yang diriwayatkan dari Nabi SAW oleh sejumlah atau sekelompok perawi yang tidak mungkin mereka bersepakat melakukan pendustaan. Kemudian diriwayatkan pula oleh sejumlah perawi dengan sifat tersebut dari satu masa ke satu masa hingga kepada kita, dengan syarat tidak berlaku sebarang kecatatan pada mana-mana peringkat perawi. Hadith yang sabit dengan sanad ini memberikan kita maklumat yang meyakinkan dari segi sanad, wajib beramal dengannya dan kafirlah mereka yang menolaknya kerana mutawatir itu martabat nukilan yang paling tinggi. (Nota ilham m/s 98)

                Teruskan membaca

                Tamat Diploma ILHAM Sem 2

                Maaf sudah lama saya tidak dapat posting di ruang maya ini.

                Hari ini saya cuba juga meluangkan masa untuk posting sebaris dua baris.

                Sabtu dan Ahad lepas saya telah berjaya menduduki Exam Diploma Ilham Sem 2 di Pejabat Agung PAS.

                Soalan-soalan agak mencabar khususnya Fiqh Islami & Pengajian Hadith.

                Untuk semester 2 saya tidak sempat berkongsi banyak dengan pembaca semua akibat kekangan masa yang ada.

                Harapannya agar semua yang menduduki exam ini lulus untuk meneruskan sem 3.

                Jika berkesempatan saya akan berkongsi juga nanti.

                Amin Al-Kalantani