30 ISTILAH FIQH

TUGASAN : HURAIKAN 30 ISTILAH FIQH

Nasakh

    Huraian : hukum sebelum ini diangkat dan digantikan dengan yang baru. (Nota Ilham m/s 50)

    Sunnah Qawliyyah

      Huraian  : Kata-kata dan pengucapan Rasulullah SAW dalam berbagai-bagai persoalan. Sunnah dalam bentuk ini yang terbanyak . (Nota ilham m/s 97)

      Sunnah Fi’liyyah

        Huraian :  Perbuatan-perbuatan Rasulullah SAW seperti amalan solat lima waktu dengan sempurna segala kaifiatnya dan perlaksanaan ibadat haji. (Nota ilham m/s 97)

        Sunnah Taqriyyah

          Huraian : Sesuatu yang diperakui oleh Rasulullah SAW dengan mendiamkan diri tanpa membantah atau bersetuju dan melahirkan rasa senang baginda terhadap sebahagian perbuatan dan perkataan para sahabat. Maka, dengan perakuan dan persetujuan itu dianggap sebagai lahir daripada baginda sendiri dan diamnya menandakan perbuatan itu harus dilakukan. Ini kerana Rasulullah SAW tidak boleh mendiamkan diri sama sekali terhadap perkara yang batil atau haram. (Nota ilham m/s 98)

          Sanad

            Huraian:  silsilah atau rantaian para perawi hadith yang mereka nukilkannya daripada Rasulullah SAW kepada kita. (Nota ilham m/s 98)

            Matan Hadith/Matan Sunnah

              Huraian : Catatan hadith yang diriwayatkan. (Nota ilham m/s 98)

              Sunnah Mutawatirah

                Huraian : Hadith yang diriwayatkan dari Nabi SAW oleh sejumlah atau sekelompok perawi yang tidak mungkin mereka bersepakat melakukan pendustaan. Kemudian diriwayatkan pula oleh sejumlah perawi dengan sifat tersebut dari satu masa ke satu masa hingga kepada kita, dengan syarat tidak berlaku sebarang kecatatan pada mana-mana peringkat perawi. Hadith yang sabit dengan sanad ini memberikan kita maklumat yang meyakinkan dari segi sanad, wajib beramal dengannya dan kafirlah mereka yang menolaknya kerana mutawatir itu martabat nukilan yang paling tinggi. (Nota ilham m/s 98)

                Sunnah Masyurah

                  Huraian : Hadith yang diriwayatkan dari Nabi SAW oleh satu atau dua perawi (bilangan yang tidak sampai kadar jumlah perawi mutawatir) kemudian diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai sampai kepada had mutawatir pada zaman tabiin dan tabi’I al-tabi’in. Hadith ini juga memberikan pengetahuan yang meyakinkan menurut mazhab Hanafi, tetapi di bawah sedikit dari sunnah mutawatirah. (Nota ilham m/s 98)

                  Sunnah Ahad

                    Huraian : Hadith yang diriwayatkan dari Nabi oleh sebilangan perawi yang tidak sampai kepada had mutawatir dan tidak jadi masyhur. Hadith ini memberikan pengetahuan zanni yang rajah dengan sandarannya yang sah kepada Nabi SAW dan wajib beramal dengannya. (Nota ilham m/s 99)

                    Sunnah Tasyri’

                      Huraian : Iaitu apa yang terbit dari Nabi SAW atas sifatnya sebagai Rasul yang menyampaikan risalah dari Allah SWT yang dijadikan sumber perundangan. (Nota ilham m/s 99)

                      Sunnah Bukan Tasyri’

                        Huraian : Iaitu sesuatu yang terbit dari Nabi SAW bukan atas sifatnya sebagai Rasulullah SAW yang menyampaikan risalah Allah, tetapi atas asas sifat baginda sebagai insane atau pengalaman baginda dalam urusan keduniaan. (Nota ilham m/s 99)

                        Ijma’

                          Huraian : Dri segi bahasa memberi erti berazam dan bertekad melakukan sesuatu. Dari segi istilah fuqaha dan ulama usul, Ijma’ bermaksud ittifaq (sependapat atau sebulat suara) para ulama mujtahidin dari kalangan umat Islam pada bila-bila masa selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW di atas satu-satu hukum Syara’. (Nota ilham m/s 102)

                          Ijma’ Sorih

                            Huraian : Iaitu seluruh para ulama’ mujtahidin bersependapat ke atas suatu hukum bagi satu-satu masalah dengan cara berterus-terang di mana setiap orang mujtahid mengeluarkan pendapatnya dan semua pendapat itu bersatu di atas hukum sahaja. Ijma’ seperti ini tetap menjadi hujjah tanpa khilaf. (Nota ilham m/s 104)

                            Ijma’ Sukuti

                              Huraian : Sebahagian ulama’ mujtahidin sahaja yang mengeluarkan pendapatnya sedangkan sebahagian yang lain mengetahui pendapat-pendapat itu tetapi mereka mendiamkan diri tanpa sebarang perakuan dan bantahan. Ijma’ ini tidak menjadi hujjah menurut pandangan Imam Syafi’I dan beberapa tokoh ulama’ yang lain. Sementara sebahagian lain pula berpendapat Ijma’ ini menjadi hujjah juga, Cuma kedudukannya rendah dari Ijma’ Sorih. (Nota ilham m/s 104)

                              Qiyas

                                Huraian : Dari segi bahasa memberi erti Taqdir dan Musawah (mengukur dan persamaan). Sementara dari pengertian ulama’ usul ialah “Menyamakan sesuatu masalah yang tidak terdapat nas di atas hukumnya dengan masalah yang terdapat nas hukumnya. Persamaan itu ialah dari segi hukum yang telah dinaskan kerana wujud persamaan kedua-dua masalah itu pada ‘illah hukum’”. (Nota ilham m/s 105)

                                Al-Istihsan

                                  Huraian : Dalam bahasa Arab memberi erti “membilang atau menganggap sesuatu itu baik” . Menurut istilah ulama ialah “ berpaling seorang mujtahid dari mengamalkan kehendak qiyas jaliy (yang nyata) kepada mengamalkan qiyas khafiy (yang tersembunyi)”, atau “berpaling dari mengamalkan hukum kulliy kepada hukum istithnaiy daripada asal kulliy atau prinsip umum kerana terdapat dalil yang menuntut supaya dipalingkan”. (Nota ilham m/s 108)

                                  Al-Masalih

                                    Huraian : Dari segi bahasa ialah Jama’ dari Maslahah, sama seperti manfa’ah pada wazan dan makna. Sementara dari segi istilah ialah menarik manfaat dan menolak kemudaratan, ertinya memelihara objektif syara’ menciptakan hukum dengan memlihara al-Daruriyyah al-Khams iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. (Nota ilham m/s 111)

                                    Maslahah Mu’tabarah

                                      Huraian : Maslahah yang diambil kira oleh syara’ dan dibinakan hukum-hakam bagi mendapatkan maslahah itu kebaikan kepada manusia. Di antara lain contohnya maslahah memelihara jiwa maka disyara’kan hukum qisas dan haram mencerobohinya. Bagi maslahah memelihara harta maka diperundangkan hukum potong tangan pencuri, dan bagi kepentingan memelihara akal diperundangkan hukuman minum arak. (Nota ilham m/s 111)

                                      Maslahan Mulghah

                                        Huraian : Iaitu apa yang dibatalkan oleh Syara’ dan tidak diberi perhitungan kerana ia menghilangkan maslahah yang lebih besar seperti menyerah kalah kepada musuh, maka ia tidak diperhitungkan oleh Syara’ walaupun ada maslahah memelihara jiwa mereka yang berperang, kerana kalau maslahah ini hendak dijaga sudah tentu ia merugikan maslahah yang lebih besar iaitu memelihara Negara dari dijajah musuh dan mensia-siakan kehormatan dan maruah anak watanya, justeru inilah maka Islam mewajibkan berperang dan menentang musuh. (Nota ilham m/s 111).

                                        Maslahah Mursalah

                                          Huraian : Maslahah yang tidak ada dalil syara yang mengambilkiranya atau membatalkannya. (Nota ilham m/s 111)

                                          Al-masalih al Mursalah

                                            Huraian : Maslahah-maslahah yang mana syara’ tidak membina hukum-hakam bagi memperolehinya dan tidak ada dalil tertentu yang menunjukkan ia diambilkira atau dibatalkan. Terdapat sebahagian ulama menamakan dalil ini al-Istislah yang bermaksud beramal dengan maslahah.  (Nota ilham m/s 112)

                                            Qot’ie Thubut

                                              Huraian : Bermakna sumber sesebuah nas itu ialah qot’ie (pasti). Iaitu nas tersebut diriwayatkan oleh golongan sahabat daripada Rasulullah secara mutawatir, lalu golongan tabiin meriwayatkan nas tersebut daripada golongan sahabat secara mutawatir. Dan golongan Tabi’ Tabiin meriwayatkan nas tersebut daripada golongan Tabiin secara mutawatir … sehinggalah sampai kepada kita. Mutawatir ialah ‘Periwayatan yg berlaku pada setiap peringkat oleh sejumlah manusia yg mustahil berlakunya persepakatan mereka untuk berdusta.’ Nas yg bersifat Qot’ie Thubut  ialah Al-Quran dan Hadith Mutawatir. (http://al-aman.blogspot.com)

                                              Dzonni Thubut

                                                Huraian : Bermakna sumber sesebuah nas itu dzonni (tidak qot’ie). Iaitu nas tersebut diriwayatkan daripada Rasulullah tidak secara mutawatir. Nas yg bersifat (Dzonni Thubut) ialah Hadith-hadith selain Hadith Mutawatir. Al-Quran secara keseluruhannya tidak bersifat (Dzonni Thubut) kerana seluruh Al-Quran diriwayatkan secara mutawatir. (http://al-aman.blogspot.com)

                                                Ikhtilaf

                                                  Huraian : Dalam bahasa Arab membawa maksud tidak sependapat atas sesuatu perkara dalam ertikata setiap orang mengambil jalan yang berbeza sama ada dalam perkataan mahu pun pendapat. Ikhtilaf juga memberi erti tidak sama, oleh itu setiap yang tidak sama dikatakan ikhtilaf. Sementara khilaf ialah pertentangan atau berlawanan “ ”مضادة (mudadah), jadi ia membawa erti yang sama dengan ikhtilaf, walaupun maknanya lebih umum.7 Ikhtilaf menurut istilah fuqaha’ bererti berbeza tentang pendapat, agama, jalan-jalan dalam agama dan kepercayaan terhadap sesuatu yang boleh membawa kebahagiaan atau kecelakaan kepada manusia di dunia dan akhirat. (http://al-aman.blogspot.com)

                                                  ‘Urf

                                                    Huraian : Dalam bahasa Arab beerti  ma’rifah (mengetahui atau pengetahuan) kemudian digunakan dengan pengertian sesuatu yang ma’ruf dan kebiasaan yang dianggap baik serta dapat diterima oleh akal fikiran yang sejahtera. Sementara menurut istilah ialah adat majority sesuatu kaum dari segi perkataan, pengucapan atau amalan. Dan ditakrifkan juga sebagai amalan yang biasa dilakukan oleh manusia dan dihayati dalam urusan kehidupan dan muamalat mereka, samada perkataan atau perbuatan atau meninggalkannya. (Nota ilham m/s 112)

                                                    Sahabi

                                                      Huraian : Sahabi atau sahabat mengikut pengertian ulama usul al-Fiqh ialah mereka yang bertemu dengan Nabi SAW dan beriman dengannnya, bersahabat dengannya dalam tempoh masa yang agak panjang dan mengambil ilmu daripadanya sehingga wajar dikatakan dia sahabat atau teman rapat dari segi ‘ufrnya. (Nota ilham m/s 116).

                                                      Al-Istishab

                                                        Huraian : Dari segi bahasa beerti saling bersahabat atau mengekalkan persahabatan. Adapun dari segi istilah ulam usul memberi erti “menghukum dengan kekalnya sesuatu di atas keadaannya yang dahulu sehingga tertegak dalil yang menunjukkan di atas perubahannya” atau “dikekalkan hukum yang telah sabit pada masa yang lalu sehinggalah didapati dalil yang menunjukkan berubahnya hukum itu. (Nota ilham m/s 118)

                                                        Syar’u man Qablana

                                                          Huraian : Hukum-hukum yang disyara’kan Allah kepada umat sebelum kita dan diturunkan kepada Nabi-nabi dan Rasul-Rasul yang terdahulu bagi disampaikan kepada umat-umat tersebut. (Nota ilham m/s 20)

                                                          Qawa’id Usul al-Fiqh

                                                            Huraian : Qaidah-qaidah yang menerangkan manhaj atau metodologi atau cara-cara yang semestinya diikuti (iltizam) oleh setiap orang faqih dalam mengistibatkan hukum-hukum syara’ dari dalil-dalilnya yang tafsili dan terperinci. (Nota ilham m/s 151)

                                                            Qawa’id Fiqhiyyah

                                                              Huraian : Merupakan prinsip-prinsip umum dalam fiqh Islami yang merangkumi hukum-hukum syara’ yang umum, selaras dengan masalah-masalah yang telah berlaku dan baru muncul yang termasuk di bawah tajuk prinsip-prinsip berkenaan. (Nota ilham m/s 151)

                                                              Tinggalkan Jawapan

                                                              Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

                                                              WordPress.com Logo

                                                              Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

                                                              Twitter picture

                                                              Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

                                                              Facebook photo

                                                              Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

                                                              Google+ photo

                                                              Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

                                                              Connecting to %s