Mengurus Kerjaya, Keluarga dan Dakwah

Salam Perjuangan,

Alhamdulillah hujung minggu lepas saya dan seorang sahabat ke Johor. Saya diminta untuk menyampaikan satu perbentangan bertajuk Pengurusan Kerjaya & Keluarga.

Objektif utama tajuk ini ialah bagi memastikan ahli gerakan Islam sentiasa istiqomah dalam perjuangan Islam walaupun telah berada di medan kerjaya dan keluarga.

Tajuk ini amat berat bagi saya yang baru berkerjaya hampir 4 tahun dan berkeluarga hampir 3 tahun. Pengalaman dan panduan yang hendak dikongsi amat cetek sekali, namun saya gagahi juga kerana harapan jawatankuasa.

Saya sebetulnya amat berminat dalam bidang Training & Consultancy dan akan cuba memperkembangkannya. Jadi peluang sebegini amat baik untuk melatih skill persembahan dan interaktif dua hala antara penyampai dan peserta.

Kunci kepada pengurusan kerjaya, keluarga dan dakwah terdapat dalam surah al-taubah ayat 24.

Al-Taubah,24

Maksudnya :

Katakanlah : “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kamu keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiaanya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq”.

Apabila kita mentadabbur ayat ini, maka jelaslah bahawa jihad di jalan Allah SWT (dalam bentuk menyampaikan Islam, memperjuangkan, mempertahankannya) adalah lebih utama berbanding ahli keluarga dan pekerjaan kita sendiri.

Tuntutan kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulnya berada pada tingkat yang utama berbanding yang lain. Ini merupakan kunci pengurusan yang jelas kepada anggota gerakan Islam.

Tawazun dalam rumahtangga, kerjaya & dakwah

Ada tiga elemen yang perlu diseimbangkan :

Q. Di antara kecintaan kepada isteri dan anak-anak dengan kecintaan kepada Allah dakwah dan jihad.

R. Di antara kecintaan kepada keselesaan hidup bersama keluarga dengan kesungguhan berdakwah di tengah tengah masyarakat yang sangat mencabar.

S. Di antara kecenderungan untuk memberikan kesenangan hidup keluarga dengan harta benda dengan tuntutan berbelanja ke jalan Allah SWT.

Kesimpulan

Dalam memastikan kita sentiasa istiqomah di dalam perjuangan Islam, maka kita perlu mengimbangkan antara kerjaya, keluarga & dakwah. Faktor utama di sini ialah tugas dan tanggungjawab kepada Allah SWT lebih utama berbanding yang lain.

Pada waktu yang sama, ia tidak bermakna kita menidakkan hak kepada ibubapa, isteri, anak-anak dan saudara mara. Kepada ibubapa, isteri, anak-anak dan saudara mara ada tuntuntan sendiri yang perlu dilaksanakan oleh orang-orang yang beriman mengikut panduan Allah SWT dan RasulNya.

Apabila bertembung kepentingan jihad dengan peribadi dan keluarga, maka mestilah diutamakan kepentingan jihad. Secara realitinya, jika pertembungan ini benar-benar berlaku maka mestilah mendapat nasihat kepimpinan & jamaah bagaimana kita ingin memutuskannya.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Amin al-Kalantani

Advertisement

Pertentangan Sengit Di Manek Urai

manek urai: pertentangan pas – umno sentiasa sengit

Sumber : Ustaz Nik Abduh

Salam Kamunting,

Walau apa pun isu mengenai perpaduan Melayu Islam di Malaysia galak ditimbulkan akhir – akhir ini, PAS dan UMNO tetap sebagai kawan dan lawan. Kedua – duanya adalah manifestasi kepada jalin hubung umat Melayu dengan agama mereka sendiri, Islam, sejak negara mencapai kemerdekaan daridapa penjajahan barat yang telah berjaya memporak – perandakan kekuatan dan kejernihan akidah mereka.

Pertentangan ini hanya akan berakhir apabila kedua – duanya bersatu di dalam Islam atau keluar daripadanya. Jika mereka bersatu dalam Islam, Allah akan suakan mereka dengan musuh baru yang menentang Islam. Jika mereka keluar daripada Islam, Allah akan suakan mereka dengan musuh baru yang membawa obor Islam. Itu sunnah Allah agar ujianNya ke atas manusia kekal berlaku dan pengasingan golongan baik daripada golongan jahat terus – menerus berjalan.

Janganlah anda melihat PAS – UMNO sebagai pertembungan nafsu politik dan duniawi semata – mata. Ia pasti meletakkan anda di satu sudut yang menyukarkan dan memeningkan anda sendiri untuk memahami bagaimana ulama – ulama besar tanah air berjuang dan beristiqamah mempertahankan perjuangan PAS di masa susah atau senang.

PAS dan UMNO boleh bersatu, tetapi kesukarannya tidak mungkin semudah ajakan oleh Tan Sri Harussani. Kita perlu mendasari punca pertentangan dan mengubatinya, bukan sekadar atas desakan untuk menyelamatkan status quo politik umat Melayu tertentu.

Dalam amalan demokrasi negara, pilihan raya adalah kemuncak perang ideologi semua parti politik yang terlibat. Itulah saat emas untuk setiap parti turun serapat dan sedekatnya kepada rakyat, menerang dasar dan menjawab setiap isu yang berbangkit. Justeru pilihan raya adalah panas di mana – mana.

Teruskan membaca

PRK Manek Urai: Membangun Bersama Islam lawan 1Malaysia

Haji Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif

Pengenalan

Penganalisis politik khususnya dari luar Malaysia senantiasa merujuk bahawa hubungan antara PAS dan Umno adalah merupakan satu hubungan yang bersifat permusuhan.

Maka lahirlah istilah seperti ‘musuh tradisi’ (traditional enemies) apabila merujuk kepada hubungan politik antara PAS dan Umno.

Dari sudut pilihan raya ia amat difahami kenapa hubungan tersebut terbina. Ini adalah disebabkan kedua-dua parti milik orang Melayu ini bertarung untuk mendapatkan undi dari kelompok etnik yang sama iaitu etnik Melayu.

Menguasai pengundi Melayu juga bermakna menguasai pentas utama politik Malaysia berdasarkan taburan kerusi pilihan raya (khususnya Parlimen) di mana pengundi Melayu merupakan pengundi majoriti.

Ketidaksediaan Umno untuk tidak bertanding di pilihan raya kecil Manek Urai dalam kehangatan perbincangan mengenai ‘kerajaan perpaduan’ memperlihatkan betapa Umno bersedia untuk memain peranan aktif bagi menjayakan istilah �musuh tradisi� sebagaimana yang dirujuk di atas.

Tiap-tiap kali diadakan pilihan raya (sama ada umum atau kecil), Umno/BN bukan sahaja menggunakan sumber parti malah turut menggunakan sumber kerajaan. Sumber kerajaan yang digunakan ialah sumber-sumber yang ada kaitan langsung dengan kehidupan pengundi.

Misalnya, dalam kes Manek Urai yang merupakan satu kawasan pilihan raya DUN yang boleh diklasifikasikan sebagai luar bandar dalam sektor Pertanian sekaligus dilihat sebagai kurang membangun, maka Kementerian yang digunakan ialah seperti Pelajaran, Luar Bandar dan Pertanian.

Agensi-agensi berkaitan pembangunan tanah seperti RISDA dan KESEDAR turut digunakan bagi meraih sokongan. Di samping penggunaan kementerian dan agensi yang berkaitan, Umno/BN turut mengguna instrumen koersif (menekan) yang sah milik kerajaan Pusat (a legitimate coercive instrument of the state) seperti polis.

Apa yang menarik dalam kes Manek Urai yang berbeza dengan pilihan raya-pilihan raya kecil sebelum ini ialah hakikat bahawa Umno/BN turut menggunakan tentera khususnya dari Bahagian Risikan Keselamatan.

Dikatakan bahawa pihak tentera yang berpakaian biasa (dikenali sebagai Military Intelligent Officers atau MIO�s) adalah sama ramai dengan pihak risikan polis yang berpakaian biasa (yang dikenali sebagai Special Branch atau SB) sedang merayap ke seluruh pelusuk DUN Manek Urai bagi mempasti kemenangan berpihak kepada Umno/BN.

Ini tidak termasuk kehadiran 3,000 polis yang berpakaian seragam yang ditempatkan di tiga markas besar polis iaitu di Laloh, Chuchuh Puteri dan Manek Urai Baru. Kehadiran fenomena ini nampaknya semacam menyanggah prinsip 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kerana apa yang diutamakan bukan rakyat tetapi pihak keselamatan!! Lebih memalukan ia memberi imej bahawa Malaysia adalah sebuah �negara polis�(a police state).

Mempertaruh gagasan besar seperti 1Malaysia di sebuah pilihan raya kecil seperti Manek Urai mempunyai risiko yang tinggi. Papan-papan tanda gergasi dengan penuh gah mempamerkan pengaplikasian konsep 1Malaysia di sepanjang jalan raya di Manek Urai.

Papan-papan tanda tersebut memuat perkataan ‘Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan’ sertakan dilengkapkan dengan gambar-gambar Najib, Muhyiddin dan Mustapha. Sekiranya ‘pembangunan’ adalah modal terpenting Umno/BN dalam pilihan raya kecil ini, ia bukanlah merupakan strategi yang terbaik.

Walauapa pun, bagi Umno/BN inilah satu-satunya modal untuk pilihan raya kecil ini. Sekiranya Islam Hadhari tumpas di tangan Membangun Bersama Islam, lagi mudahlah 1Malaysia tersungkur di pilihan raya kecil Manek Urai.

Ini adalah disebabkan Kelantan secara umum dan Manek Urai secara khususnya menjadikan nilai-nilai Islam sebagai sesuatu yang sentral dalam kehidupan mereka. Di lihat dari perspektif Islam, 1Malaysia adalah lebih sekular berbanding Islam Hadhari tajaan Pak Lah yang telah pun terkubur tanpa batu nesan.

Di antara tujuh prinsip penting 1Malaysia tajaan Najib, tidak terdapat satu prinsip pun yang merujuk kepada nilai-nilai Islam. Masyarakat Manek Urai adalah masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam. Ini dapat dilihat dari hakikat bahawa 90% lebih mesjid di sekitar Manek Urai adalah dibawah pengaruh PAS. Ini tidak termasuk surau atau balaisah yang lebih kecil dan lebih banyak.

Antara Nafsu dan Akal


Professor Kessler, seorang ahli sosiologi politik yang terkenal dari Australia telah mengkaji secara mendalam politik Kelantan dengan menggunakan kaedah sejarah dan antropologi sosial. Kajian beliau dibuat dalam tahun 1960an dengan menjadikan Jelawat, Bachok sebagai fokus kajian beliau.

Hasil kajian ini telah dikemukakan sebagai tesis PhD beliau. Akhirnya tesis ini diterbitkan sebagai buku pada tahun 1978 dengan judul Islam in a Malay State: Kelantan, 1838-1969. Dalam menilai hubungan PAS dan Umno di Kelantan, salah satu hujah penting yang dikemukakan oleh Kessler ialah secara intisarinya boleh dilihat sebagai satu pertembungan antara ‘nafsu’ dan ‘akal’.

Umno dilihat sebagai mewakili dimensi �nafsu� dengan menggunakan kuasa dan kebendaan secara yang berleluasa sebagai pendekatan bagi meraih sokongan politik. Sebaliknya PAS menggunakan ‘akal’ yang lebih rasional dengan menjadikan Islam sebagai teras budaya dan pendekatan politiknya.

Pada tahun 1978, dengan menggunakan pendekatan kuasa darurat yang tidak demokratik, Umno telah merampas kuasa dari PAS. Bermula 1990, PAS bangkit semula dengan membawa obor ‘kepimpinan ulama’ dan pendekatan ini bertahan sehinggalah ke hari ini.

Betapa berkesan dan mendalamnya pendekatan kepimpinan ulama, terutamanya melalui proses tarbiyah, sehingga masyarakat Kelantan (termasuk masyarakat Manek Urai) telah menerima Islam sebagai sesuatu yang sebati dengan pelbagai dimensi kehidupan mereka.

Hakikat ini dihurai secara baik oleh penulis seperti Farish Noor dalam buku beliau ‘Islam Embedded’.

Teruskan membaca

Freemason & Iluminity

Salam Perjuangan,

Mereka merancang dan Allah merancang, dan sesungguhnya perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik.

Di hujung minggu lepas saya cuba melihat dokumentari The Arrival yang mempunyai 50 siri. Anda boleh download vedio di www.wakeupproject.com.

The Arrival merupakan siri penerangan dan pembongkaran mengenai teori kewujudan Dajjal yang telah dikhabarkan oleh Baginda SAW.

Setelah meneliti beberapa siri, kali ini saya cuba mengulas perihal agenda Freemason.

Freemason merupakan organisasi rahsia yang mencetuskan New Wordly Order.

Antara objektif mereka ialah mengawal pemikiran manusia seawal usia mereka.

Antara media untuk mendekati kanak-kanak ialah melalui animasi kartun, filem dan majalah-majalah.

Semua jenis ‘racun pemikiran’ digunakan agar jiwa dan raga kanak-kanak terfokus kepada hiburan, muzik, sex dan materialism.

Apa yang mengejutkan saya ialah, remaja seusia awal 7 tahun sudah mulai memahami apa itu seks.

Bahkan mungkin ada yang mungkin lebih awal.

Ini merupakan kisah benar yang diceritakan kepada saya.

Bagaimana organisasi ini melemahkan pemikiran anak-anak kita agar agenda mereka untuk menguasai dunia berjaya tanpa ada tentangan.

Semua ini berlaku dalam keadaan kita tidak sedar.

Awas! Filem terkini misalnya Transformer mempunyai racun pemikirannya tersendiri.

Awas! Filem-filem daripada Barat kebanyakkanya meracuni pemikiran anak-anak kita dan diri kita sendiri!!

Awas! Mungkin anda dan keluarga anda telah dikawal oleh Dajjal!

Dalam siri yang berikutnya saya akan cuba mengulas beberapa teori konspirasi yang dilakukan oleh Barat ke atas dunia umat Islam.

Semua agenda ini menunjukkan bahawa Dajjal sudah wujud.

Kita sebagai umat Islam perlu berpegang teguh dengan al-Quran & Sunnah agar tidak terpesong dengan rancangan dajjal ini.

Agenda mereka telah menjalar masuk ke dalam seluruh struktur sistem social, ekonomi, politik, sukan, pentadbiran dan sistem pendidikan.

Awas!!!!

Beberapa kajian lanjut boleh anda baca di blog berikut :

http://pewarismalaysia.blogspot.com

Amin Al-Kalantani

Diploma Kepimpinan Islam ILHAM Sem 1

Salam buat sahabat semua,

Panggilan terakhir buat semua anggota gerakan Islam yang berminat untuk mengikuti pengajian Diploma Kepimpinan Islam di ILHAM, PAS Pusat bagi sessi 2009/2010 yang akan bermula pada 25/7/09, sila hantar sms kepada Ustaz Wan di talian 019-3152767 kerana masih ada beberapa tempat kosong lagi yang boleh duduki.

Sila sertakan nama penuh, no kp, email dan jawatan di dalam parti di dalam sms tersebut. Al-Fadhil Ustaz akan menghubungi semula anda bagi urusan lanjut.

Sedikit maklumat tentang Diploma Kepimpinan Islam di ILHAM:

– buat masa ini, keutamaan diberikan kepada ahli yang memegang jawatan di peringkat kawasan @ cawangan

– terbuka kepada yang belum pernah mengikuti pengajian Islam secara formal

– tempoh pengajian –> 3 semester ( 1 semester 4 bulan= 4 kelas)

– Yuran: RM 150 setiap semester (boleh bayar secara ansuran)

– kelas hanya sekali sebulan, pada hari Sabtu, dari jam 9.00 pg – 5.00 ptg

– kelas akan berlangsung di Markaz Tarbiyah Taman Melewar, Gombak (kebiasaan & maklumat sehingga ke saat ini)

– silibus dihasilkan oleh Lajnah Tarbiyah PAS Pusat dan ILHAM

Majlis taklimat tentang kursus akan diadakan di Pejabat Agong PAS Pusat pada 18/7/09 ini, maklumat lanjut akan dihantar kepada yang mendaftar.

Salam buat sahabat semua,

Panggilan terakhir buat semua anggota gerakan Islam yang berminat untuk mengikuti pengajian Diploma Kepimpinan Islam di ILHAM, PAS Pusat bagi sessi 2009/2010 yang akan bermula pada 25/7/09, sila hantar sms kepada Ustaz Wan di talian 019-3152767 kerana masih ada beberapa tempat kosong lagi yang boleh duduki.

Sila sertakan nama penuh, no kp, email dan jawatan di dalam parti di dalam sms tersebut. Al-Fadhil Ustaz akan menghubungi semula anda bagi urusan lanjut.

Sedikit maklumat tentang Diploma Kepimpinan Islam di ILHAM:

– buat masa ini, keutamaan diberikan kepada ahli yang memegang jawatan di peringkat kawasan @ cawangan

  • terbuka kepada yang belum pernah mengikuti pengajian Islam secara formal

– tempoh pengajian –> 3 semester ( 1 semester 4 bulan= 4 kelas)

– Yuran: RM 150 setiap semester (boleh bayar secara ansuran)

– kelas hanya sekali sebulan, pada hari Sabtu, dari jam 9.00 pg – 5.00 ptg

– kelas akan berlangsung di Markaz Tarbiyah Taman Melewar, Gombak (kebiasaan & maklumat sehingga ke saat ini)

– silibus dihasilkan oleh Lajnah Tarbiyah PAS Pusat dan ILHAM

Majlis taklimat tentang kursus akan diadakan di Pejabat Agong PAS Pusat pada 18/7/09 ini, maklumat lanjut akan dihantar kepada yang mendaftar.

Tazkirah Pagi Jumaat.

Saya mendapat satu tazkirah melalui email rakan.

Hayatilah dan praktis……

Assalamu’alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta Baginda SAW memberi ucapan khusus
untuk kaum wanita
. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di
Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil
Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah
seperti berikut:

“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab,
“Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di
bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,
akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus
agaknya.”
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas
rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis.. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas.
Masa ni jugak nak habis.”
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti
tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Teruskan membaca

5 Asas kaedah Fiqhiyyah

Slide1

Posting kali ini saya bawakan untuk saya berkongsi tentang pembelajaran Fiqh Islami dalam pengajian ILHAM semester 2.

Saya akan ambil secara ringkas berdasarkan rujukan nota kuliah Ilham dan merujuk kepada buah buku yang lain.

Pengertian Qawaid Fiqhiyyah

Qawaid – merupakan bahasa Arab kata jama’ (banyak) dari Qaidah.

Qaidah – memberi erti asas rumah dan sebagainya.

Cuba lihat Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 127.

Dari sudut istilah para fuqaha – Hukum Kulliy yang dipraktik ke atas keseluruhan masalah juziyyah (detail).

Asas kaedah Fiqhiyyah

Pertama : Segala perkara itu bergantung kepada tujuannya

Maksudnya – amalan & tindakan seseorang sama ada perbuatan/perkataan maka natijah hukum Syara’nya berbeza dengan sebab berbeza tujuan amalan seseorang dan tindakkannya.

5 kaedah pula tercetus dalam kaedah ini iaitu :

1.Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat yang ia bukan jenis adat, atau ia tidak ada kesamaran dengan yang lain.

2.Disyaratkan ta’yin (menentu) dalam mana-mana amalan yang mempunyai persamaan, tetapi tidak disyaratkan ta’yin pada amalan yang tidak kesamaran dengan yang lain.

3.Sesuatu amalan yang tidak diisyaratkan ta’arud baginya sama ada secara ringkas mahupun terperinci , apabila dita’yinkan dan tersalah ta’yin itu maka ia tidak memudharatkan (tidak batal).

4.Amalan-amalan yang diisyaratkan ta’yin, (jika) tersalah ta’yin maka ia membatalkan amalan itu.

Teruskan membaca

Sayu Hati

Al-akh,

Sedih ana membaca tulisan Pengarah HPA di bawah. Tulisan ini bertajuk “Ujian” yang telah diposkan di blognya.

http://jawiherbshop.blogspot.com

Ikutilah & hayati tulisan beliau di bawah ini:

1. Benar-benarlah kehidupan itu merupakan ujian pada setiap insan walau dalam bentuk apa jua yang mendatang. Bagi penduduk pulau Langkawi mereka terpaksa berhempas pulas bagi mempertahankan ugama dari terhakis sama seperti terhakisnya Pantai Pasir Hitam dan Tanjung Rhu.

2. Generasi muda pula berhadapan dengan keruntuhan akhlaq yang sangat dahsyat apabila mereka sanggup menjadi pelayan untuk menghidangkan botol-botol arak kepada para pelancong. Surat khabar tabloid turut menyiarkan akhlaq pelajar-pelajar sekolah yang minum arak tanpa segan silu sebagai menyapa arus pembangunan yang sedang melanda.

3. Pulau Langkawi yang terkenal dengan air gamatnya menjadi ubat bagi luka-luka dalam tubuh tidak boleh menyembuhkan luka dihati orang-orang yang beriman. Sudah tentu penilaian mereka sangat berbeza dengan pandangan ahli ekonomi yang mahukan pulau ini menjadi maju dan tempat tumpuan. Perbezaan pandangan ini kerana bezanya neraca nilai yang dijadikan ukuran. Nilai kemanusian yang berteraskan iman atau nilaian kebendaan tanpa sempadan?

4. Laungan azan di Masjid Hana Kuah tiba-tiba kedengaran memecahkan lamunan tapi hati tetap bersedih kerana lampu neon dari pub dan pusat hiburan juga satu persatu dinyalakan.

Pada perenggan yang ke-4, ana sendiri terasa sayu hati. Tulisan Tn Hj Ismail ini saya rasakan lahir dari hati yang tulus.

Situasi di atas bukan berlaku di sana sahaja, bahkan di banyak tempat di tanah air kita.

Amin Al-Kalantani

Pertemuan Dua Pasukan Yang Berperang

Tajuk di atas saya petik dari buku Penyakit Rohani & Penyembuhannya karangan Ibnu Taimiyyah Al-Jauziyah yang diulas oleh Dr. Muhammad Jamil Ghazi.

Saya cuba membawa tajuk ini dengan ulasan yang tersendiri mengharapkan pemahaman yang mendalam dan jitu.

Penulis telah membayangkan betapa pasukan yang digempur  semestinya mempunyai benteng pertahanan yang kuat.

Pasukan itu diketuai oleh seorang raja yang bernama HATI.

Musuh yang ingin mengempurnya ialah SYAITAN serta kakitangannya.

Sukar sebenarnya SYAITAN untuk menawan HATI, namun mereka mempunyai 1001 cara yang paling licik untuk menawannya.

Namun ada satu perantara yang digunakan oleh SYAITAN iaitu NAFSU.

Jika NAFSU berjaya dikuda oleh SYAITAN, maka tentera musuh begitu ampuh untuk menyerang HATI.

Jika HATI tiada benteng pertahanan yang mantap dan jitu oleh tentera IMAN, maka lumpuhlah HATI.

HATI akan mengikut semua arahan NAFSU yang dinasihati oleh SYAITAN dan kuncu-kuncunya.

Terbahagilah NAFSU kepada tiga jenis :

a)Nafsu Ammarah – nafsu telah ditawan oleh musuh

b)Nassu Lawwamah – nafsu yang kadangkala ditawan, kadangkala berjaya keluar dari tawanan

c)Nafsu Mutmainnah – nafsu yang berjaya mengikut arahan IMAN. Nafsu yang tidak berjaya dikenderai oleh syaitan.

Hakikatnya, jika diri kita telah ditawan oleh SYAITAN, maka HATI akan membuat segala perintah dan arahannya. Segala gerak-geri hati, lisan dan amalan mencerminkan HATI yang ditawan.

Tidak mampu beribadah, lemah terhadap maksiat dan tidak berjaya berjalan di atas jalan Allah SWT.

MAka hendaklah kita sentiasa mengorbarkan api peperangan ini dengan SYAITAN.

Hendaklah sentiasa waspada dengan perangkap licik yang dipasang oleh mereka dan kuncu-kuncunya.

Ya Allah selamatkan aku ya AllAh!

Amin Al-Kalantani