Sayu Hati

Al-akh,

Sedih ana membaca tulisan Pengarah HPA di bawah. Tulisan ini bertajuk “Ujian” yang telah diposkan di blognya.

http://jawiherbshop.blogspot.com

Ikutilah & hayati tulisan beliau di bawah ini:

1. Benar-benarlah kehidupan itu merupakan ujian pada setiap insan walau dalam bentuk apa jua yang mendatang. Bagi penduduk pulau Langkawi mereka terpaksa berhempas pulas bagi mempertahankan ugama dari terhakis sama seperti terhakisnya Pantai Pasir Hitam dan Tanjung Rhu.

2. Generasi muda pula berhadapan dengan keruntuhan akhlaq yang sangat dahsyat apabila mereka sanggup menjadi pelayan untuk menghidangkan botol-botol arak kepada para pelancong. Surat khabar tabloid turut menyiarkan akhlaq pelajar-pelajar sekolah yang minum arak tanpa segan silu sebagai menyapa arus pembangunan yang sedang melanda.

3. Pulau Langkawi yang terkenal dengan air gamatnya menjadi ubat bagi luka-luka dalam tubuh tidak boleh menyembuhkan luka dihati orang-orang yang beriman. Sudah tentu penilaian mereka sangat berbeza dengan pandangan ahli ekonomi yang mahukan pulau ini menjadi maju dan tempat tumpuan. Perbezaan pandangan ini kerana bezanya neraca nilai yang dijadikan ukuran. Nilai kemanusian yang berteraskan iman atau nilaian kebendaan tanpa sempadan?

4. Laungan azan di Masjid Hana Kuah tiba-tiba kedengaran memecahkan lamunan tapi hati tetap bersedih kerana lampu neon dari pub dan pusat hiburan juga satu persatu dinyalakan.

Pada perenggan yang ke-4, ana sendiri terasa sayu hati. Tulisan Tn Hj Ismail ini saya rasakan lahir dari hati yang tulus.

Situasi di atas bukan berlaku di sana sahaja, bahkan di banyak tempat di tanah air kita.

Amin Al-Kalantani

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s