Posting kali ini saya bawakan untuk saya berkongsi tentang pembelajaran Fiqh Islami dalam pengajian ILHAM semester 2.
Saya akan ambil secara ringkas berdasarkan rujukan nota kuliah Ilham dan merujuk kepada buah buku yang lain.
Pengertian Qawaid Fiqhiyyah
Qawaid – merupakan bahasa Arab kata jama’ (banyak) dari Qaidah.
Qaidah – memberi erti asas rumah dan sebagainya.
Cuba lihat Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 127.
Dari sudut istilah para fuqaha – Hukum Kulliy yang dipraktik ke atas keseluruhan masalah juziyyah (detail).
Asas kaedah Fiqhiyyah
Pertama : Segala perkara itu bergantung kepada tujuannya
Maksudnya – amalan & tindakan seseorang sama ada perbuatan/perkataan maka natijah hukum Syara’nya berbeza dengan sebab berbeza tujuan amalan seseorang dan tindakkannya.
5 kaedah pula tercetus dalam kaedah ini iaitu :
1.Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat yang ia bukan jenis adat, atau ia tidak ada kesamaran dengan yang lain.
2.Disyaratkan ta’yin (menentu) dalam mana-mana amalan yang mempunyai persamaan, tetapi tidak disyaratkan ta’yin pada amalan yang tidak kesamaran dengan yang lain.
3.Sesuatu amalan yang tidak diisyaratkan ta’arud baginya sama ada secara ringkas mahupun terperinci , apabila dita’yinkan dan tersalah ta’yin itu maka ia tidak memudharatkan (tidak batal).
4.Amalan-amalan yang diisyaratkan ta’yin, (jika) tersalah ta’yin maka ia membatalkan amalan itu.
5.Amalan-amalan yang wajib dita’arud baginya secara ringkas dan tidak diisyaratkan ta’yinnya secara terperinci apabila dita’yinkan dan tersalah maka ia jadi mudharat (batal).
6.Niat dalam bersumpah boleh mengkhususkan lafaz yang umum, tetapi ia tidak boleh mengumumkan lafaz yang yang khas.
7.Tujuan dan matlamat lafaz adalah dirujuk kepada niat orang berlafaz kecuali atau masalah sahaja iaitu sumpah dihadapkan hakim.
8.Yang diambil kira dalam masalah akad atau kontrak ialah tujuan dan matlamatnya, bukan berdasarkan kepada lafaz dan kalimat-kalimat sahaja.
Bersambung….
salam. seronok dapat belajar di kelas ilham ni. namun pensyarah yang mengajar ana nyatakan, tajuk subjek lebih sesuai dikategorikan sebagai usul fiqh atau qawaid fiqhiyyah, bukan fiqh islami, sbb silibusnya lebih fokus kepada usul fiqh. xpe, tajuk x penting, yang penting isinya. amat penting memahami bagaimana suatu hukum di istinbatkan daripada suatu syariat. bagus nta dapat berkongsi di sini.
Trimas atas komentar nta che wan.
Moga kita dapat sharing sedikit ilmu ini dengan yang lain.
Yang lain bila lagi nak ikuti kelas ILHAM?
salam sdra…sy masih student…blh x terangkan dengan lebih jelas lg tntg kaedah fiqh y 5 ni y berkaitan dgn sistem perbankan islam..syukran..
Nak tanya apakah Beza Usul Fiqh & Qawaid Fiqhiyyah??
sepenuh masa ke?
sepenuh masa ke
To Rizal,
Kelas ILHAM tu part time aje. Hujung minggu.
syukran ya akhi….
semoga Allah memberkati ilmu2 nta…
terima kasih di atas ilmu yang di kongsiokan
Saya pelajar PJJ OUM..sem ni akan ambil subjek qawaid al-fighiyyah..semoga penerangan ini dapat membantu saya dalam memahami maksud sebenarnya..Syukran jazilan