Pertentangan Sengit Di Manek Urai

manek urai: pertentangan pas – umno sentiasa sengit

Sumber : Ustaz Nik Abduh

Salam Kamunting,

Walau apa pun isu mengenai perpaduan Melayu Islam di Malaysia galak ditimbulkan akhir – akhir ini, PAS dan UMNO tetap sebagai kawan dan lawan. Kedua – duanya adalah manifestasi kepada jalin hubung umat Melayu dengan agama mereka sendiri, Islam, sejak negara mencapai kemerdekaan daridapa penjajahan barat yang telah berjaya memporak – perandakan kekuatan dan kejernihan akidah mereka.

Pertentangan ini hanya akan berakhir apabila kedua – duanya bersatu di dalam Islam atau keluar daripadanya. Jika mereka bersatu dalam Islam, Allah akan suakan mereka dengan musuh baru yang menentang Islam. Jika mereka keluar daripada Islam, Allah akan suakan mereka dengan musuh baru yang membawa obor Islam. Itu sunnah Allah agar ujianNya ke atas manusia kekal berlaku dan pengasingan golongan baik daripada golongan jahat terus – menerus berjalan.

Janganlah anda melihat PAS – UMNO sebagai pertembungan nafsu politik dan duniawi semata – mata. Ia pasti meletakkan anda di satu sudut yang menyukarkan dan memeningkan anda sendiri untuk memahami bagaimana ulama – ulama besar tanah air berjuang dan beristiqamah mempertahankan perjuangan PAS di masa susah atau senang.

PAS dan UMNO boleh bersatu, tetapi kesukarannya tidak mungkin semudah ajakan oleh Tan Sri Harussani. Kita perlu mendasari punca pertentangan dan mengubatinya, bukan sekadar atas desakan untuk menyelamatkan status quo politik umat Melayu tertentu.

Dalam amalan demokrasi negara, pilihan raya adalah kemuncak perang ideologi semua parti politik yang terlibat. Itulah saat emas untuk setiap parti turun serapat dan sedekatnya kepada rakyat, menerang dasar dan menjawab setiap isu yang berbangkit. Justeru pilihan raya adalah panas di mana – mana.

PRK N41 Manek Urai sedang berlangsung di Kelantan, negeri Universiti Politik Terbuka Malaysia. Kita terpaksa menuruti takdir dan ketentuanNya bahawa penggal ini adalah penggal pilihan raya kecil yang paling acap dan berentetan berlaku dari satu negeri ke satu negeri. BN gagal menurutinya apabila enggan bertarung di Penanti dengan alasan paling rapuh pernah dikemukakan oleh mana – mana parti politik tanah air.

Biarlah politik terus berkocak. Ia mengocak kepala rakyat untuk berfikir lebih ligat dan cerdik. Politik mematangkan kehidupan manusia untuk menambah ilmu dan bertanggung jawab atas diri dan sekeliling. Tiada rugi UMNO dan PAS terus bertarung. Rugi adalah apabila PAS dan UMNO saling bersatu di atas kesamaran dan kepalsuan.

Politik zalim walaupun tampak gagah tetap gagal kemudiannya. Politik bersih walaupun sukar tetap dikasihi dan disayangi kemudiannya.

Di sisi PAS, setiap langkah dan jejak di Manek Urai adalah jihad dan dakwah yang diberkati. Senang dan sakit di Manek Urai adalah amal soleh yang diharap timbangannya di neraca Allah. Satu undi yang kekal adalah istiqamah dalam perjuangan rakyat Manek Urai. Satu undi yang baru adalah langkah kanan ke jalan yang lurus. Satu undi yang berpaling tadah adalah jenayah terhadap agama yang ditakuti kemurkaanNya.

Justeru tiada yang lebih baik selain berkampung di PRK N41 Manek Urai. Semoga Allah memberkati perjuangan pendukung PAS. Ayuh sahabat pejuang, kita lawan UMNO sehabis – habisnya!

3 thoughts on “Pertentangan Sengit Di Manek Urai

  1. PAS dan UMNO adalah sesuatu entiti yang berbeza. Berbeza dari segi fahaman politik, berbeza dari segi falsafah perjuangan parti masing-masing dan mereka juga berbeza dari segi ideologi pemimpin masing-masing. Tetapi seperkara yang kita tidak boleh bezakan ialah kiblat kita adalah satu, niat solat kita adalah sama, Islam kita adalah sama.

    Tak kira kita melayu, cina atau india asalkan kita anuti agama yang sama maka kita wajib mencari titik persamaan itu dengan segera agar Islam itu tidak hancur.

    Saya lahir dari keluarga yang unik. Arwah bapa seorang yang menyokong kuat PAS manakala Ibu saya seorang yang fanatik kepada UMNO. Tapi anak-anak di corak dengan satu titik persamaan.

  2. Al-Akh Mohamad Al-SUlaiman,

    Pertama terima kasih banyak-banyak kerana sudi bertandang di blog saya yang dhaif ini.

    Kedua, terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman hidup anda dan keluarga.

    Ketiga, tahniah saya ucapkan kepada ayah dan ibu anda.

    Kelima, saya setuju antara PAS dan UMNO terdapat perbezaan yang besar dari segi dasar perjuangannya. Kita mesti dapat membezakan antara Parti/organisasi dan anggota dalam organisasi.

    Parti yang mengikut acuan al-Quran dan as-sunnah walauapapun nama parti itu maka ia ialah Parti ISLAM.

    Parti yang tidak mengikut acuan al-Quran dan as-sunnah walauapapun nama parti utu maka ia ialah Parti KUFUR. (KUFUR=INGKAR).

    Sesiapa yang menggangotai Parti ISLAM, jelas dia telah meletakkan dirinya dalam acuan al-Quran dan As-sunnah.

    Sementara sesiapa yang mengganggotai Parti KUFUR, dia telah meletakkan dirinya dalam kemurkaan Allah SWT. Keanggotaannya mungkin kerana salah faham, tidak memahami dasar ISLAM yang sebenarnya dan keliru.

    Maka, wajiblah sesiapa yang memahami konsep ini, maka hendaklah melaksanakan DAKWAH SYAMIL bukan hanya dalam aspek POLITIK tetapi dalam semua aspek kehidupan mesti tunduk dan patuh kepada Perintah ALLAH SWT.

    AMin Al-Kalantani

  3. MAJLIS ILMU HUJUNG MINGGU INI :
    SAMBUTAN ISRAK WAL MIKRAJ NABI S.A.W

    Tetamu Undangan Khas YSNS, Tuan Habib Umar Bin Abdul Rahman Al Jiffri dari Jeddah & Madinah al Munawwarah.

    Tarikh : 17 Julai 2009 ( Jumaat )

    Masa : 07.00 malam

    Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan, 71350 Kota, N. Sembilan.

    Muslimin/Muslimat dijemput dan dipersilakan hadir beramai-ramai bagi menyambut dan memperingati majlis Israk wal Mikraj Nabi Muhammad s.a.w ini.

    AHAD di masjid TAMAN TAR Ampang penceramah yang sama serta mulai jam 6.00 petang

    http://pondokhabib.wordpress. com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s