Rumah Tangga Impian Yang Tidak Dimasuki Syaitan

Salam Perjuangan,

Coretan saya kali ini berkisar tentang rumahtangga yang diidamkan oleh semua anggota gerakan Islam. Rumahtangga yang dibina atas dasar aqidah Islamiyyah.

Saya merujuk kepada buku karangan Drs Kasmuri Selamat yang bertajuk Panduan Perkahwinan, Kunci Syurga yang terbuang.

Ada 4 ciri yang dinyatakan oleh beliau dalam buku tersebut iaitu :

1-Rumah isteri yang sholehah

2-Rumah orang yang mensucikan diri dan sentiasa ingat kepada Allah SWT

3-Rumah orang yang sujud dan rukuk kepada Allah SWT

4-Rumah orang yang menunaikan hak dan kewajipan

Isteri solehah merupakan pendamping dan sahabat yang paling baik bagi si suami. Dialah penenang, pendamai, penyejuk, penolong, pengkobar semangat buat si suami yang berada di medan jihad.

Jika ada kebahagiaan dalam rumah tangga, maka syaitan dapat dicegah untuk masuk ke dalamnya. Sebab ianya merupakan rumah yang didirikan dengan berasaskan iman dan Islam.

Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :

“Empat hal yang termasuk kebahagiaan : Isteri yang sholehah, tempat tinggal yang lapang, tetangga yang baik, kenderaan yang nyaman. Empat hal yang termasuk kesengsaraan: Isteri yang buruk perangainya, tetangga yang buruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk”.

(HR Ibnu Hibban)

Sebaik-baik rumah adalah yang ada di didalamnya isteri yang sholehah. Ia mampu membangun keluarga muslim dan mendirikan peradaban umat, serta sebagai ibu yang siap mendidik, membimbing, membiasakan kebaikan, membangunkan anak-anaknya untuk mengerjakan sholat dan membantu suami untuk taat kepada TuhanNYa.

Rumah yang didalamnya berterusan didirikan solat fardhu dan sunat adalah rumah yang bercahaya yang dimasuki oleh malaikat. Sementara syaitan akan bertempiaran melarikan diri daripada rumah-rumah yang sentiasa disebut nama Tuhan.

Penghuninya sentiasa bertaubat, membersihkan diri daripada maksiat dan sentiasa berhubung rapat dengan Allah SWT. Inilah rumah yang sentiasa bercahaya dengan cahaya iman dan taqwa.

Seluruh unit ahli dalam rumahtangga khususnya suami & isteri masing-masing memainkan peranan dalam memastikan semua ahli menunaikan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka sewajibnya ingat mengingati antara satu sama lain agar tidak melanggar larangan Allah dan meninggalkan segala perintah Allah SWT.

Alangkah indahnya rumah yang sentiasa bercahaya. Syaitan tidak mampu memporak-perandakan seisi rumah tersebut. Hanyalah Allah tempat mereka memohon pertolongan.

Islam Memimpin Perubahan

Bangunlah dan Berikanlah Peringatan

Amin Al-Kalantani

Shah Alam

One thought on “Rumah Tangga Impian Yang Tidak Dimasuki Syaitan

  1. Assalamu’alaikum..
    Topik yang menarik buat semua insan yang berkeluarga mahupun yang akan berumah tangga.. Pada pandangan ana.. masing-masing perlu memainkan peranan dah amanah yang di pertanggungjawabkan.. suami mahupun isteri.. insyaALLAH rumahtangga DAKWAH akan terdii sendiri selagi mana perintah ALLAH & Rasul dituruti serta meninggalkan laranganNYA. Walaupun mehnah tribulasi dalam menempuhi kehidupan sebagai da’ie sememangnya ada.. ujian perlu kita hadapi dalam mengejar keredhaan ALLAH SWT..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s