KELAS KE-2 ILHAM SEMESTER-3 24/10/09 (Sabtu)

Slide1

KELAS KE-2 ILHAM  SEMESTER-3 24/10/09 (Sabtu)

Saya cuba menulis untuk berkongsi apa yang saya perolehi sewaktu pengajian ILHAM siri kedua semester 3. Apa yang saya tulis hanya point-point penting sahaja. Untuk kajian lanjut anda boleh mendapatkannya melalui kelas-kelas ataupun merujuk kepada ustaz. Saya juga memohon maaf kerana tidak dapat mendatangkan ayat-ayat al-Quran sekadar menyatakan surah dan ayat mana untuk kajian lanjut pembaca. Penulisan ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian mengikut modul pengajaran ILHAM iaitu :

Fiqhu Dakwah

Fiqhu Jihad

Pengurusan Islam

Fiqhu Sirah

FIQHUD DAKWAH (UST MD NOOR HUSSIN)

Untuk sesi kedua ust mengulangkaji berkaitan kelas yang pertama. Ustaz menggunakan buku Fiqhu Dakwah karangan Pak Natsir (1908-1993) sebagai rujukan untuk kelas ini. Dalam kelas pertama telah disentuh Islam sebagai agama Risalah & Dakwah.

Risalah untuk manusia yang disampaikan melalui wahi (wahyu). Risalah yang disampaikan melalui para Rasul ialah untuk menyatakan kepada manusia perihal kehidupan duniawi dan ukhrawi.

Risalah Islam telah membina peribadi manusia. Peribadi-peribadi yang dibentuk seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan ummat Islam yang kuat. Paksi risalah Islam ialah tauhid kepada Allah SWT dan ibadah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Islam menekankan aspek perhubungan manusia dengan Allah SWT sebagai seorang  hamb  dan hubungan dengan dunia sebagai khalifahtullah. Mesti ada keseimbangan antara dua bentuk perhubungan ini, tetapi terasnya ialah hubungan dengan al-Khalik Allah AzzaWajla.

Seterusnya kuliah diteruskan dengan bentuk perbincangan dan perbentangan. Kelas dibahagikan kepada 6 kumpulan. Ustaz memberikan tajuk untuk diperbahaskan merangkumi aspek kehormatan bangsa, dorongan kehidupan, ukuran keadilan, kemerdekaan agama dan tugas-tugas penguasa.

Tugasan 2 : Huraikan risalah Islam dalam Pembinaan peribadi/keluarga/masyarakat/ummat. (Pilih salah satu sahaja)


FIQHU JIHAD

Kelas ditunda.

PENGANTAR PENGURUSAN ISLAM (USTAZ  FADLI GHANI)

Pentadbiran atau pengurusan Islam – proses penglibatan & pengalokasian pelbagai sumber (manusia, benda atau perkara) supaya saling berkerjasama dan berfungsi dlm sebuah organisasi kearah pencapaiaan objektif.

Teruskan membaca

Advertisements

Cerpen : Keinsafan Seorang Anak

Cerpen : Keinsafan Seorang Anak

Mintak komen anda semua.

Penulis : Amin Al-Kalantani

Pada suatu pagi yang bening ketika insan bangkit daripada tidur untuk menunaikan solah subuh, terdapat sekeluarga yang masih dalam kecelaruan dan penuh dengan misteri. Keluarga tersebut ialah kepunyaan Encik Hasyim dan Puan Hasmah bersama dengan anak tunggalnya yang dikasihi, Amir Syah.

“Bang tengoklah anak awak ni!” jerit Pn Hasmah pada suaminya yang sedang berada di ruang tamu. En Hasyim yang sedang membelek buku-buku pejabatnya bergegas ke bilik anaknya.

“Apahal pulak dengan anak kita ? Awak  ni betul-betul mengejutkan saya!” dia cuba mendapatkan kepastian daripada Pn. Hasmah.

“Hah tengoklah anak awak ni. Malas benar dia nak pergi sekolah! Dah pukul 7.30 pagi masih dalam kain selimut” Puan Hasmah kelihatan kesal dan kecewa di atas perlakuan anak tunggalnya, Amir Syah. Sikap Amir semasa sekolah rendah masih terbawa-bawa hinggalah dia sudah berada di tingkatan 5. Muka Encik Hasyim mula berubah. Merah padam! Langkah garang diatur segera ke katil anaknya yang sedang asyik melayan tidur.

“Amir, bangun! Kau tak tahu ke tahun ni kau nak ambik SPM? Nak jadi apa engkau ni?” tengking Encik Hasyim dengan bengis sambil menarik kuat selimut anaknya. Dia kelihatan kurang senang dengan perangai anaknya yang masih belum berubah-ubah. Amir selalu sahaja ponteng dan malas ke sekolah.Entahlah, mungkin perangainya ini dan sebati dalam diri anak tunggalnya ini.

“Alah ayah nie……Tak sportinglah! Tak pergi ke sekolah jarang-jarang tu biasalah!” Amir menarik kembali selimutnya dan tidur membelakangi ayahnya tanpa memberi respond yang diharapkan. Encik Hasyim mengeleng-ngeleng kepala dan melangkah ke arah Puan Hasmah dengan perasaan berserabut. Dia seperti hilang punca. Kalau nak diikutkan hati maunya menempeleng Amir tapi…….tak sampai hati pula. Dia cuba mengcongak hari-hari yang anak tunggalnya tidak pergi ke sekolah. Sudah banyak!…..Entah seminggu atau sebulan….

“Macamana nak buat ni bang? Takkan nak biarkan begini sahaja! Fikirkanlah cara nak buat..”soal Puan Hasmah kepada suaminya mengharap agar ada satu tindakan drastik terhadap anak tunggal mereka. Kerut-kerut kekesalan jelas terpapar pada wajahnya. Sebelum ini dia yang terkenal sebagai Setiausaha Persatuan Wanita sibuk ke sana kemari dengan mesyuarat. Duduk di rumah pun kadang-kadang sahaja. Masa tak menentu. Anaknya tidak diurus langsung hanya diberikan wang sebagai bekalan. Lebih parah lagi Encik hasyim yang juga selaku ketua keluarga sibuk dengan syarikatnya. Tiada masa baginya untuk bersama dengan anak dan isterinya di rumah.

Duka mula bercambah


“Ini semua salah awak. Asyik sangat dengan mesyuarat! Anak kita terbiar tanpa pengawasan. Awak tak ambil peduli langsung dengan anak kita!” bentak En. Hashim cuba menunding kesalahan kepada isterinya.

“Ewah, ewah…pandai awak menunding jari kepada saya seorang. Awak cuba tilik diri awak. Banyak mana yang awak ada kat rumah?!” Pn. Hasmah tidak mahu beralah. Baginya sikap anaknya Amir, tidak boleh di salah seratus peratus kepadanya. Suaminya juga sepatutnya juga dipersalahkan.

“Ah…bisinglah rumah ni!” bentak Amir bingkas bangun dari tidur. Dia lantas mencapai baju dan seluar jeansnya. Melilau mencari kunci motorsikalnya.

“Amir! Kau nak kemana tu?..ayah tak habis cakap lagi..kau dah lari. Apa nak jadi engkau ni Amir!” En.Hashim mengeleng-ngeleng kepala kekesalan. Salah dia juga tak ambil perhatian langsung dengan anak tunggalnya. Bagi dirinya, apa yang penting dapat bagi duit dan kemewahan kepada anak kesayangannya sudah mencukupi. Yang lain serah kepada dirinya sendiri nak menentukan jalan kehidupannya.

Ajal Maut di Tangan Tuhan

“Amir….ayah dan ibu terpaksa menghadiri satu lawatan ke luar negara. Amir jaga diri baik-baik tau. Dengar cakap nenek. SPM sudah dekat.  Jangan main-main.” Pesan Pn. Hasmah kepada anaknya Amir.

“Mak…mak tolong nasihat-nasihatkan lah Amir tu…kami dah tak tahu macamana cara nak ubah sikap dia…”Rayu Pn.Hasmah kepada ibunya, Mak Kiah.

“Mah…melentur buluh biar dari rebungnya lagi..Kalau dah besar panjang susah kita nak melenturnya…Kau dan Hasyim kena banyak berdoa lepas solat. Ni, aku lihat kau berdua culas benar nak solat. Kadang-kadang buat, kadang-kadang terlepas! Dah tu pula nak pergi bersiar-siar ke luar negara. Anak dibiarkan!”..Mak Kiah berleter kepada anaknya. Terasa juga kekesalan dalam dirinya. Anaknya Hasmah juga tidak berjaya dididik dengan baik.

Teruskan membaca

Satu Muhasabah….

Saya paparkan coretan ustaz mohd nor,

Sumber :

http://takwinfardilmuslim.blogspot.com/2009/08/satu-muhasabah.html
Ada di kalangan abnaul jamaah..mengadu keresahan jiwanya..kekacauan hidupnya..masalah sering menekannya. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..akademik menjadi bebanan..jawatan menghantuinya.

Abi hanya menjawab..bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta’ala di waktu qiyamnya setiap malam..apakah seorang da’ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai’ merintih..merayu..mengadu padaNya..?

Bagaimana aurad qurannya..Al Waqi’ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai’e ila Rabbil Jalil…

Bagaimana solatnya..yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ….unsur-unsur ta’abudan
( pengabdian ), tasliman ( penyerahan ), takhasyua’an ( khusyu’), tabazzulan ( kehinaan diri ), takhaddu’an ( kerendahan hati), tamalluqan(kerinduan)…yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da’ie mujahid….Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya..

Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil…membuahkan kemulian..menumbuhkan sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa..

ABi sukar mempercayai ..seorang da’ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum mu dimuhasabah di hadapan Tuhanmu..

ABi
http://takwinfardilmuslim.blogspot.com/2009/08/satu-muhasabah.html