KELAS KE-2 ILHAM SEMESTER-3 24/10/09 (Sabtu)

Slide1

KELAS KE-2 ILHAM  SEMESTER-3 24/10/09 (Sabtu)

Saya cuba menulis untuk berkongsi apa yang saya perolehi sewaktu pengajian ILHAM siri kedua semester 3. Apa yang saya tulis hanya point-point penting sahaja. Untuk kajian lanjut anda boleh mendapatkannya melalui kelas-kelas ataupun merujuk kepada ustaz. Saya juga memohon maaf kerana tidak dapat mendatangkan ayat-ayat al-Quran sekadar menyatakan surah dan ayat mana untuk kajian lanjut pembaca. Penulisan ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian mengikut modul pengajaran ILHAM iaitu :

Fiqhu Dakwah

Fiqhu Jihad

Pengurusan Islam

Fiqhu Sirah

FIQHUD DAKWAH (UST MD NOOR HUSSIN)

Untuk sesi kedua ust mengulangkaji berkaitan kelas yang pertama. Ustaz menggunakan buku Fiqhu Dakwah karangan Pak Natsir (1908-1993) sebagai rujukan untuk kelas ini. Dalam kelas pertama telah disentuh Islam sebagai agama Risalah & Dakwah.

Risalah untuk manusia yang disampaikan melalui wahi (wahyu). Risalah yang disampaikan melalui para Rasul ialah untuk menyatakan kepada manusia perihal kehidupan duniawi dan ukhrawi.

Risalah Islam telah membina peribadi manusia. Peribadi-peribadi yang dibentuk seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan ummat Islam yang kuat. Paksi risalah Islam ialah tauhid kepada Allah SWT dan ibadah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Islam menekankan aspek perhubungan manusia dengan Allah SWT sebagai seorang  hamb  dan hubungan dengan dunia sebagai khalifahtullah. Mesti ada keseimbangan antara dua bentuk perhubungan ini, tetapi terasnya ialah hubungan dengan al-Khalik Allah AzzaWajla.

Seterusnya kuliah diteruskan dengan bentuk perbincangan dan perbentangan. Kelas dibahagikan kepada 6 kumpulan. Ustaz memberikan tajuk untuk diperbahaskan merangkumi aspek kehormatan bangsa, dorongan kehidupan, ukuran keadilan, kemerdekaan agama dan tugas-tugas penguasa.

Tugasan 2 : Huraikan risalah Islam dalam Pembinaan peribadi/keluarga/masyarakat/ummat. (Pilih salah satu sahaja)


FIQHU JIHAD

Kelas ditunda.

PENGANTAR PENGURUSAN ISLAM (USTAZ  FADLI GHANI)

Pentadbiran atau pengurusan Islam – proses penglibatan & pengalokasian pelbagai sumber (manusia, benda atau perkara) supaya saling berkerjasama dan berfungsi dlm sebuah organisasi kearah pencapaiaan objektif.

Proses penglibatan. Pentadbiran Islam melibatkan fungsi-fungsi :

1.Perancangan (Khittah)

2.Penyusunan (Tanzim)

3.Kepimpinan (Qiyadah)

4.Pengawalan/pengawasan (dhabt)

Objektif pengurusan Islam

1.Keredhaan Allah SWT

2.Berjaya di dunia & di akhirat

3.Memenuhi keperluan manusia

3.1Keagamaan

3.2Keselamatan nyawa/ diri

3.3Keintelektualan

3.4Kehormatan diri/keturunan

3.5Kehartaan

4.Kehidupan dicapai dengan keutamaan berikut :

4.1Dharuriyyah (kepentingan asasi)

4.2Hajiyyah (kepentingan kemudahan)

4.3Tahsiniyyat (kepentingan kemewahan)

FIQHU SIRAH (USTAZ  FADLI GHANI)

Ustaz menjadikan buku karangan Dr. Mustafa Al-Siba’ei iaitu Perjalanan Hidup Nabi Muhammad SAW (Kajian dan Pengajaran) yang dialih bahasa oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Haji Ahmad.

Untuk kuliah kali ini ustaz merujuk kepada bab yang pertama iaitu riwayat hidup rasulullah SAW sebelum dilantik menjadi nabi. Di dalam bab ini disentuh beberapa peristiwa yang membuktikan Rasulullah SAW bakal menjadi nabi.

Buku ini amat bagus dimiliki kerana ia membawa fakta dan pengajaran.

KESIMPULAN SAYA UNTUK KULIAH Ke-2 SEMESTER 3

Kelas berjalan dengan baik. Cuma sesi soal jawab saya teragak-agak untuk contribute. Cuba mencari soalan-soalan yang KILLER untuk ditanyakan, namun tiada masa dan ruang. Namun apapun kelas kedua semester ini begitu mengujakan. Amat rugi kerana tidak dapat hadir untuk kuliah pertama semester tiga. InsyaAllah kelas ketiga pada 21 November 2009. Wallahua’alam

Advertisements

One thought on “KELAS KE-2 ILHAM SEMESTER-3 24/10/09 (Sabtu)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s