Muhasabah : Duhai Mataku

Duhai Mataku

Duhai Mata

Engkau Anugerah yang tak terkira

Dari Tuhan Yang Maha Esa

Denganmu aku dapat melihat dunia

Kecantikan dan keindahanya yang fana

Aku lupa engkau adalah senjata

Menundukkanmu mengamankan jiwa

Menjagamu mampu menyekat gelora

Khusyu’ adalah tanda engkau dijaga

Duhai Mata

Sepanjang hidupku aku telah alpa

Engkau aku gunakan entah ke mana

Melihat segala mungkar dan nista

Gunamu untuk nafsu belaka

Denganmu aku puaskan jiwa gelora

Tidak peduli larangan Yang Maha Esa

Duhai Mata

Mengapa begitu susahku pelihara

Dari memandang segenap benda

Yang jelas hukum haramnya

Duhai Mata

Ingatlah kamu akan dihisab jua

Atas segala pandangan di atas dunia

Pandangan baik membawa ke syurga

Pandangan jelek membawa ke neraka

Duhai Mata

Ayuhlah tangisi atas segala dosa

Dosa yang bertimbun tidak terkira

Ayuhlah kita bertaubat nasuha

Alirkan air matamu segera

Cucilah mata dengan air taqwa

Pagarlah mata dengan taqwa

Muliakan mata dengan pandangan taqwa

Zuhudkan mata dengan taqwa

Moga mataku adalah mata syurga

Hindarilah mataku dari mata neraka

Ya Allah muliakanlahku dengan mata yang terjaga

Nukilan

Muhammad Amin bin Hj Che Hassan al-Kalantani

9-03-2010 (Selasa)

3.00am

Shah Alam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s