Salam perjuangan buat sahabat/sahabiah,
Hujung minggu kali ini sedikit sebanyak telah menduga dan menguji kami sekeluarga.
Selepas program Seminar Pendakwah Muda pada 25 April (Ahad), Fatih anak sulung saya demam.
Akhirnya hari khamis lepas Fatih kena tahan wad di DEMC kerana demam yang agak panjang.
Hampir semua kami sekeluarga saya, zaujah, fatih dan ziyad demam.
Alhamdulillah hari ini Fatih dibenarkan keluar wad oleh Dr.Roliza. Alhamdulillah.
Badan fatih masih panas-panas sekitar 37-38 darjah celcius. Namun, petang tadi dah boleh main kereta kesayangannya.
“Gambar fatih dengan kereta kesayangannya”