Makrifat Cinta

Makrifat Cinta

Dia memandang jauh ke arah matahari yang hampir terbenam di ufuk barak. Aroma dan suasana petang itu cukup menggamit perasaannya. Perlahan-lahan dia menyedut udara petang itu yang sungguh bersih dirasakan hidungnya. Dia menyedut dalam-dalam agar udara bersih isu memberi seribu kebaikan untuk jasadnya. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menerobos mukanya itu dirasakan seperti alam bersalaman dengan jiwanya yang dalam keresahan. Alam ciptaan Tuhan adalah untuk manusia belaka.

“Allahuakbar….Allahuakbar!”

Astaghfirullahalazim. Sudah masuk solat Maghrib rupanya!

Dia beristighfar panjang. Terlalai sekejap dengan keindahan dunia yang fana. Dia terus berkejar pulang ke hotel untuk mandi. Boleh saja terus ke masjid, tapi badannya yang melekit-lekit pasti menggangu dirinya. Sudah siap, dia bergegas-gegas memandu keretanya menuju ke masjid berdekatan dengan hotel tumpangannya.

“Waduh! Jemaah sudah selesai solat m aghrib!”

Dia cuba mencari-cari kalau-kalau ada jamaah yang lain yang masbuk menyambung solatnya. Nampak di kejauhan seorang berjubah putih bersih dan berserban sedang menambah solatnya. Dia bersegera menghampirinya dan mengangkat takbir berdekatannya. Allahuakbar!

Tak perlu cuit lagi kerana cukup dengan takbir yang sudah memberi signal kepada orang itu menjadi imam. Syukur! Sempat berjemaah malam ini. Sunguh enak solat maghrib dalam keadaan yang tenang dan damai. Selesai salam, dia terus menyambung solat sunat selepas maghrib.

Terdengar di telinganya ada kuliah selepas maghrib ini oleh Ustaz Mustafa Al-Makki. Alhamdulillah ada santapan malam buat jiwaku yang resah ini. Dia sememangnya rindu pada kuliah dan tazkirah yang manis dan penuh mengarah kepada kejernihan jiwa. Walaupun dia merupakan lulusan kejuruteraan, namun minat mendalamnya terhadap ilmu agama sentiasa bermain-main dalam benak fikirannya.

“Assalamualikum semua hadirin sekelian………………”lamunannya terhenti dengan sapaan salam oleh ustaz yang telah bersedia didepan para jemaah.

“Waalaikumussalam….”serentak jemaah menjawab salam. Oh sungguh indahnya Islam. Masing-masing berdoa keselamatan satu sama lain.

“Tuan-tuan hadirin jamaah semua. Alahmdulillah marilah sama-sama kita mengucap syukur tahmid memuji Allah SWT Rabbul Jalil yang terus menerus memberi rezeki kepada kita. Allah SWT sentiasa mengingati kita walaupun kita banyak melupaiNya.

Cuba saya dan tuan-tuan muhasabah diri kita hari ini. Berapa banyak kita ingat akan Allah SWT? Berapa banyak ucapan tahmid dengan ikhlas hati kita lafazkan?”

Persoalan ustaz itu seolah-olah begitu mendalam dan terus menusuk jiwa para jemaah. Lembut dan cantik susun katanya ditambah dengan panahan yang mendalam. Dia terus tertunduk dan cuba mengingati apakah ada dia bersyukur hari ini atas segala nikmat kurniaan Tuhan? Ah…kalau adapun sedikit….

“Saya dan tuan-tuan pastinya kita  mengira segala rezeki, isteri dan anak-anak yang berada disekeliling kitalah yang membuat kita bahagia. Kemewahan, kesenangan memiliki kerja yang bagus. Kereta yang mewah. Pejabat yang gah. Maka kita rasa bahagia sekali berbanding orang lain. Namun, pernah tak kita perhatikan itu semua anugerah Allah SWT kepada kita?”

Teruskan membaca