Makrifat Cinta

Makrifat Cinta

Dia memandang jauh ke arah matahari yang hampir terbenam di ufuk barak. Aroma dan suasana petang itu cukup menggamit perasaannya. Perlahan-lahan dia menyedut udara petang itu yang sungguh bersih dirasakan hidungnya. Dia menyedut dalam-dalam agar udara bersih isu memberi seribu kebaikan untuk jasadnya. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menerobos mukanya itu dirasakan seperti alam bersalaman dengan jiwanya yang dalam keresahan. Alam ciptaan Tuhan adalah untuk manusia belaka.

“Allahuakbar….Allahuakbar!”

Astaghfirullahalazim. Sudah masuk solat Maghrib rupanya!

Dia beristighfar panjang. Terlalai sekejap dengan keindahan dunia yang fana. Dia terus berkejar pulang ke hotel untuk mandi. Boleh saja terus ke masjid, tapi badannya yang melekit-lekit pasti menggangu dirinya. Sudah siap, dia bergegas-gegas memandu keretanya menuju ke masjid berdekatan dengan hotel tumpangannya.

“Waduh! Jemaah sudah selesai solat m aghrib!”

Dia cuba mencari-cari kalau-kalau ada jamaah yang lain yang masbuk menyambung solatnya. Nampak di kejauhan seorang berjubah putih bersih dan berserban sedang menambah solatnya. Dia bersegera menghampirinya dan mengangkat takbir berdekatannya. Allahuakbar!

Tak perlu cuit lagi kerana cukup dengan takbir yang sudah memberi signal kepada orang itu menjadi imam. Syukur! Sempat berjemaah malam ini. Sunguh enak solat maghrib dalam keadaan yang tenang dan damai. Selesai salam, dia terus menyambung solat sunat selepas maghrib.

Terdengar di telinganya ada kuliah selepas maghrib ini oleh Ustaz Mustafa Al-Makki. Alhamdulillah ada santapan malam buat jiwaku yang resah ini. Dia sememangnya rindu pada kuliah dan tazkirah yang manis dan penuh mengarah kepada kejernihan jiwa. Walaupun dia merupakan lulusan kejuruteraan, namun minat mendalamnya terhadap ilmu agama sentiasa bermain-main dalam benak fikirannya.

“Assalamualikum semua hadirin sekelian………………”lamunannya terhenti dengan sapaan salam oleh ustaz yang telah bersedia didepan para jemaah.

“Waalaikumussalam….”serentak jemaah menjawab salam. Oh sungguh indahnya Islam. Masing-masing berdoa keselamatan satu sama lain.

“Tuan-tuan hadirin jamaah semua. Alahmdulillah marilah sama-sama kita mengucap syukur tahmid memuji Allah SWT Rabbul Jalil yang terus menerus memberi rezeki kepada kita. Allah SWT sentiasa mengingati kita walaupun kita banyak melupaiNya.

Cuba saya dan tuan-tuan muhasabah diri kita hari ini. Berapa banyak kita ingat akan Allah SWT? Berapa banyak ucapan tahmid dengan ikhlas hati kita lafazkan?”

Persoalan ustaz itu seolah-olah begitu mendalam dan terus menusuk jiwa para jemaah. Lembut dan cantik susun katanya ditambah dengan panahan yang mendalam. Dia terus tertunduk dan cuba mengingati apakah ada dia bersyukur hari ini atas segala nikmat kurniaan Tuhan? Ah…kalau adapun sedikit….

“Saya dan tuan-tuan pastinya kita  mengira segala rezeki, isteri dan anak-anak yang berada disekeliling kitalah yang membuat kita bahagia. Kemewahan, kesenangan memiliki kerja yang bagus. Kereta yang mewah. Pejabat yang gah. Maka kita rasa bahagia sekali berbanding orang lain. Namun, pernah tak kita perhatikan itu semua anugerah Allah SWT kepada kita?”

Ah…ustaz ini ingin mengajar ataupun menyoal. Dia terasa kelainan dari kuliah-kuliah yang dia ikuti sebelum ini di universiti dan surau-surau dikampungnya. Kenapa persoalan-persoalan itu timbul dikala ini? Namun, jauh disudut hatinya ingin terus mendengar titipan bicara yang telah masuk ke jantungnya.

“Bahkan itu semua boleh dicabut bila-bila masa sahaja daripada kita! Pernah tak hadirin semua mendengar pesan Junjungan Nabi Kita Muhammad SAW?

Suatu masa nanti ada satu penyakit yang menimpa umatku di akhir zaman. Apakah penyakit itu ya RAsulullah? Rasulullah menjawab “Al-Wahan!”

Al-Wahan ialah cinta dunia dan takut akan kematian!”

Berapa ramai antara kita hari ini yang sibuk dengam mengumpul harta dunia, tetapi lalai dalam menyiapkan bekalan kematian yang pasti tiba!

Lihatlah betapa setiap hari kita mendengar di sana sini berita kematian. Setiap hari kita mendengar, namun kita tiada terasa apa-apa. Adakah itu merupakan petanda buat kita? Tanda amaran buat kita bahawa usia penamatmu juga sudah hampir tiba?”

Ah persoalan ini sekali lagi menusuk tajam dalam lubuk hatinya. Dilihatnya sekeliling masjid orang-orang yang sebaya ayahnya mulai menangis dan berkaca-kaca mata mereka. Dia meninjau-ninjau kalau-kalau ada sebaya dengannya. Ah…hanya boleh dikira dengan jari. Dalam lima orang sahaja termasuk dirinya. Lainnya semua jemaah yang usianya sudah layak pencen.

“Anak muda, aku lihat kamu baru di sini. Siapa nama mu dan dari mana?”

Alamak. Adakah ustaz menyoalku? Ustaz mengangguk!

“Saya Ahmad Amir Syah dari negeri serambi Mekah. Saya sedang bercuti setelah selesai pengajian saya di UTM” terlebih-lebih pulak dia menjawab. Begitu dihargai kerana ustaz seolah-olah begitu perihatin kepadanya.

“Alhamdulillah. Lihatlah pemuda ini, bagaimana dia mampu untuk mencintai masjid ini daripada mencintai pusat hiburan. Sedangkan, betapa ramai yang seusia dengannya melekat di pusat-pusat hiburan di ibu-ibu kota.

Cuba kita perhatikan, di mana anak-anak kita berada sekarang? Di rumah? Di pusat membeli belah ataupun di mana?

Mungkin kita mampu memperbaiki diri kita, namun adakah kita mampu memimpin keluarga kita, isteri dan anak-anak kita ke jalan lurus?”

Ustaz terhenti lama di situ. Suara tiba-tiba bertukar sedih. Teresak-esak menahan kesedihan yang mungkin begitu membebankan dirinya. Ustaz walaupun gelaran itu besar, namun pastinya dia juga adalah manusia yang lemah yang pasti tidak terlepas dari masalah dan kepedihan.

Setelah sekian waktu berhenti, ustaz menyambung lagi dengan ucapan yang sungguh mengusik jiwa.

“Apabila kita mencintai Allah, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta dan kematian!.

Sahl bin Abdullah berkata , “Tanda cintakan Allah adalah cintakan al-Quran. Tanda cintakan al-Quran adalah cintakan Nabi SAW. Tanda cintakan Nabi SAW adalah cintakan sunnah Baginda.

Tanda cintakan sunnah Rasul adalah cintakan Akhirat. Tanda cintakan akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri.Tanda tidak mencitai diri sendiri ialah membenci dunia. Dan tanda benci dunia ialah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup!”

Mengalir laju seolah-olah air yang jernih yang membersih dan menyental jiwa yang kotor. Begitulah kesan kata-kata yang baik kepada hati yang gelap dan kotor. Ucapan yang begitu menyentuh jiwa dan hati. Kata-kata yang penuh hikmah dan disusun dengan indah maka kesannya panjang pada jiwa pendengar.

“ Hadirin jemaah sekalian. Cinta Allah yang begitu agung dan suci, pasti ada tagihannya. Jalan mencintai Allah tidak semudah yang disangka. Sudah adat, setiap yang mahal sukar untuk mendapatkannya. Bandingannya seperti pasir dengan permata. Pasir murah harganya kerana ia boleh dicari di mana-mana. Sebaliknya mutiara begitu tinggi nilainya, maka perlu kepada usaha menyelam ke dasar untuk mendapatkannya!”

Metafora (perumpamaan) yang cukup indah!  Setitis air mata tanpa sedar telah menerjah keluar dari kelopak matanya tanpa disedari.

“Oh Ya Allah…begitu jauh aku dariMu Ya Allah. Aku mencintai manusia lebih dari mencintaiMu Ya Allah” rintih hatinya jauh di lubuk jiwa yang penuh kekotoran maksiat dan kecintaan terhadap dunia.

“Tuan-tuan sekalian. Tidak mudah untuk kita beroleh cinta hakiki kepada Rabbul Jalil melainkan dengan mujahadah dan muraqabah yang berpanjangan.

Mujahadah itu beerti memaksa diri melaksanakan ketaatan walaupun pahit dan meninggalkan segala kejahatan, kekejian walaupun hati merasa manis.

Muraqabah pula beerti kita sentiasa merasakan diri diawasi oleh Allah SWT walaupun di mana kita berada.”

Dia terus memusatkan perhatian kepada setiap patah ucapan ustaz sambil jari jemarinya pantas menyalin setiap butir kata yang keluar dari mulut ustaz itu. Dirasakan setiap apa yang keluar dari mulut ustaz merupakan penawar yang selama ini dia cari.

“Pengabdian kita kepada Allah SWT yang bersungguh-sungguh tanpa jemu adalah bukti dan tanda cinta kita kepadNya.

Pepatah Arab menyebut “Setiap orang menjadi hamba kepada apa yang dicintainya!”

Jika kita cinta dunia, kita adalah hamba dunia.

Jika kita cinta wanita, kita adalah hamba wanita.

Jika kita cinta harta, kita adalah hamba kepada harta.

Jika kita cinta Allah dan Rasul, kita adalah hamba kepadaNya!”

Noktah!

Tamat kuliah ustaz Mustafa malam itu dengan penuh keindahan. Selepas solat isyak berjemaah dan solat sunnat ba’diah, dia terus meluru bersalaman dengan ustaz. Sewaktu jamuan, dia terus mendekati ustaz dan bertanya khabar. Alhamdulillah, pertemuan yang sekejap membina ukhuwwah yang mendalam. Selepas bertukar-tukar nombor telefon, dia mohon berundur diri kerana esok dia terpaksa pulang ke Kelantan .

 

 

15-Oktober-2010

(Jumaat)

Resak Platform

Amin  Al-Kalantani 2010

https://amin1982.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s