Pilihlah Jalan Yang Lurus

Salam. Tercetus untuk mencetuskan sesuatu cetusan.

Rakan-rakan FB sekelian. Adakah kita benar2 memahami doa yang diwajibkan kita berdoa sebanyak 17 kali dalam sehari yang terkandung dalam surah al-Fatihah?

Ya Allah Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan-jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka,
bukan jalan-jalan orang yang engkau murkai dan golongan yang sesat. Ameen

Fikirkah kita siapakah jalan yang telah Allah berikah nikmat kepada mereka? Mereka ialah jalan-jalan para nabi, orang-orang yang benar, syuhada dan orang-orang yang sholeh.

Apakah ciri-ciri jalan nabi dan ciri jalan orang-orang yang benar , syuhada dan orang-orang sholeh?

Antara ciri-cirinya :
1. Menyeru manusia kepada Tauhid dan ketaatan hanya kepada Allah SWT.
2. Menyeru manusia mentaati seluruh perintah Allah SWT, bukan sebahagian sahaja.
3. Dakwah dan seruan para Nabi meliputi orang awam, golongan pertengahan sehingga kepada pemimpin di zaman mereka.
4. Penentangan yang berterusan kepada para Nabi datang daripada pemerintah di zaman mereka.
5. Penentangan kepada dakwah Nabi sehingga tahap paling tinggi dengan cara dibunuh.

Apakah pula ciri-ciri yang dimurkai Allah SWT?
1. Mereka yang mengikuti sifat Yahudi.
2. Menerima perintah Allah SWT yang mereka suka, dan menolak perintah Allah SWT yang mereka tidak suka.
3. Melanggar perintah para Rasul.

Apakah pula ciri-ciri sesat?
1. Mereka yang mengikuti perangai Nasrani.
2. Mengatakan Tuhan mempunyai Tuhan anak.
3. Menokok tambah dan menukar ajaran Injil.

Cuba kita fahami daripada doa yang kita hari-hari duk baca ini? Mana jalan yang Allah SWT telah iktiraf jalan yang lurus? Mana dia jalan yang lurus jika tidak jalan yang telah ditunjuk oleh Nabi MUhammad SAW yang berpesan agar kita berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Saya pernah mendengar kuliah daripada Ustaz menyebut, apabila kita membaca al-Quran, rasailah seolah-olah baru sebentar tadi diturunkan kepada Rasulullah SAW. Al-Quran adalah satu-satunya mukjizat Nabi Muhammad SAW masih kekal hingga kini yang memisahkan golongan yang benar dan golongan yang salah.

Adakah kita sudah berbangga apabila beragama Islam? Adakah kita yakin kita benar-benar yakin dengan kewujudan Allah SWT? Yakin yang bagaimana? Ilmu Yakin? Haqqul Yakin? Ainul Yakin? Ataupun kita sekadar mewarisi Islam daripada kedua ibubapa kita?

Pilihlah Jalan Yang Lurus.

Amin Al-Kalantani
Marang 2013

Advertisement