Muhasabah Iman & Solat

Salam Perjuangan

Sedikit catatan untuk diri yang alpa.

Dalam banyak-banyak muhasabah, marilah kita muhasabah iman dan keyakinan kita terhadap Allah SWT.

Di mana tahap keyakinan kita kepada Allah SWT?

Haqqul Yaqin
Ainul Yaqin
Ilmul Yaqin

Rasulullah SAW telah diangkat mengadap Rabbul Jalil semasa peristiwa isra’ mikraj dan dianugerahkan dengan ibadah khususi yang tidak diperolehi oleh ummat yang lain iaitu solat lima waktu.

Di dalam solat kita bercakap-cakap dengan Allah SWT dan pelbagai doa yang kita lafazkan.

Latihan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT amat sesuai dilaksanakan ketika menunaikan solat.

Solat sunat juga perlu untuk menambahkan lagi ikatan dan hubungan kita dengan Allah SWT.

Jika zaman canggih dan teknologi sekarang kita berhubung dengan pelbagai cara.

Berhubung dengan Allah SWT melalui solat dan doa.

Mereka yang rindukan Allah SWT akan merasakan manisnya solat dan pasti akan sentiasa rindu.

Lihatlah solat kita sekarang.

Adakah manis ataupun hampas?

Muhasabah diri kita masing-masing.

Amin Al-Kalantani
3 Disember 2017M / 14 Rabi’ulawwal 1439H

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s