Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1440H

kadramadan

Salam Perjuangan,

Sedar tak sedar Ramadhan 1440H bakal kita temui lagi tahun ini. InsyaAllah.

Suatu nikmat yang dianugerahkan Allah SWT sebagai peluang kepada kita semua untuk bertaubat dan memperbaiki mutu iman & takwa.

Sudah banyak peluang yang Allah SWT berikan kepada kita, sebanyak itu juga kita terleka.

Peluang ini juga saya memohon kemaafan daripada anda semua yang mengenali dan juga penjenguk blog amin1982.wordpress.com.

Semoga blog ini terus bernafas untuk memberi kebaikan kepada semua.

Akhirnya, saya hadiahkan anda satu puisi yang saya karang tahun lepas sebagai buah tangan untuk Ramadhan yang bakal akan tiba.

RAMADHAN & LAILATUL QADR
MATAHARI 30 SYABAN 1429

RAMADHAN
KAU HADIR LAGI TAHUN INI
HADIRMU PENUH PENGHARAPAN
SEGUNUNG HARAPAN BUAT PECINTA TUHAN
HADIRMU MEMBERI NAFAS BARU BUAT PEJUANGRAMADHAN
SILIH BERGANTIN SETIAP TAHUN
HADIRMU SEPI BUAT YANG BERJIWA MATERIALISMA
HADIRMU TIADA MAKNA BUAT YANG ALPA
HADIRMU TIADA ERTI PADA YANG LEKA
HADIRMU TIDAK TERASA OLEH MEREKA

RAMADHAN
AKU TERUS MEMASANG HARAPAN
AGAR RAMADHAN TAHUN INI
TERCATAT SATU PERUBAHAN
DALAM HIDUPKU YANG PENUH NODA DAN TITIK HITAM
KEMBALI KEPADA FITRAH
ITULAH YANG AKU HARAPKAN

RAMADHAN
TAWARANmu SUNGGUH BESAR
LAILATUL QADR MENJADI HARAPAN
SEMUA INSAN YANG BERIMAN
SEPANJANG RAMADHAN
HADAPILAH UJIAN DAN CABARAN
SEMOGA LAILATUL QADR MENJADI GANJARAN

RAMADHAN
MOGA RAMADHAN TAHUN INI CUKUP BEERTI
MENJADI TITIK MULA PERUBAHAN
PERUBAHAN KEPADA MUKMIN SEJATI
YANG MAMPU BERJIHAD MENEGAKKAN KEBENARAN
DI DALAM DIRIKU SENDIRI
KELUARGA, MASYARAKAT, NEGARA INI
YA ALLAH JADIKANLAH RAMADHAN
KALI INI RAMADHAN BEERTI BUATKU

MUHAMMAD AMIN BIN HJ CHE HASSAN AL-KALANTANI

8 RAMADHAN 1429
5.02 PM DI TRISYSTEM

Amin Al-Kalantani
https://amin1982.wordpress.com

Shah Alam

Advertisements

Selamat Datang Ramadhan 1440H

Ramadhan akan datang lagi untuk ke sekelian kalinya.

Ramadhan datang membawa harapan untuk kembali menguatkan ruh dan jiwa orang-orang yang beriman.

Ramadhan datang sebagai hadiah dan anugerah daripada Yang Maha Penyanyang dan Yang Maha Pemurah.

Ramadhan datang menyediakan ruang untuk membersihkan hati dan jiwa.

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan 1440H.