Bahagian ini saya akan catatkan segala buku-buku yang pernah saya baca dan yang berada dalam simpanan saya. Alhamdulillah Maktabahtul Amin dalam proses penambahan buku-buku. InsyaALlah saya akan cuba menambah dengan Tafsir. Mungkin Tafsir Al-Azhar, Ibnu Kathir atau Fi Zilali Quran.
BUKU 1
Tajuk Buku : Falsafah Hidup
Karangan : Prof Dr Hamka
Kategori : Aqidah
Ulasan : Buku yang diulas cukup baik oleh Dr Hamka menggunakan bahasa yang tersusun dan mudah difahami.
BUKU 2
Tajuk : Kiamat Hampir Tiba
Karangan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)-
Tarikh dibeli: pada 13 Mei 2003 di Puduraya.
Ulasan:
Buku ini banyak menyingkap rahsia-rahsia sepanjang sebelum berlakunya kiamat dan semasa kiamat. Huraiannya pun bagus kerana disusun dengan cermat. Penyampainya baik kerana hadir dari ketulusan penulisnya. Dapatkan segera.
BUKU 3
Tajuk Buku:
Terjemahan Hadis-hadis mengenai Sifat-sifat Peribadi dan Budi Pekerti Rasulullah SAW.
Tarikh dibeli:
18 Ramadhan 1428 (30 November 2007)
Karangan :
Imam Al-Muhaddis Imam Al-Tirmizi
Penterjemah :
Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman
Ulasan :
Hadith berkaitan dengan peribadi Rasulullah SAW. Buku ini amat baik untuk mengenali Rasullah SAW dengan lebih dekat
BUKU 4
Tajuk : Membongkar Rahsia Alam Kubur
Karangan : Puan Amina Hj Noor
BUKU 5 (Sedang Dibaca)
Tajuk : Mengenal Tuhan
Karangan : Bey Ariffin
Kategori : Aqidah
Ulasan : Mengenal Tuhan adalah asas bagi akidah setiap muslim yang tidak boleh tidak kita kaum Muslimin mesti mempelajarinya. Dalam approach ke arad mengenalkan ilmu ini ada berbagai-bagai cara yang dicuba oleh penulis-penulis; tetapi approach yang dipilih oleh Bey Ariffin ini adalah sangat ringan dan sesuai sekali untuk dibaca oleh semua peringkat pembaca.
BUKU 6 (Sedang Dibaca)
Tajuk : Persiapan Menghadapi Maut (Hari Penyesalan)
Karangan : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kategori : Aqidah
Ulasan: ‘Yaumun Nadamah’ adalah satu daripada nama-nama qiamat, ia membawa erti “Hari Penyesalan”. Tiada yang terkecuali melainkan kesemuanya akan ditimpa sesal di hari tersebut. Tidak kira sama ada mereka dulunya seorang yang berkedudukan tinggi atau sebaliknya, raja atau rakyat marhain.
BUKU 7 (Sedang Dibaca)
Tajuk : Kerapuhan Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah
Karangan : Ulama Besar al Azhar al Syarif al Muhaddith Syeikh Yusof al Dijwi
Diadaptasi : Muhammad Fuad Kamaludin
Ulasan: Meninjau kebenaran tauhid uluhiyyah dan rububiyyah. Sesungguhnya tidak ada perbezaan di antara Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah. Kedua-duanya adalah perkara yang sama. Tidak boleh dipisahkan dan tidak menerima sebarang pembahagian- Alamah Dr. Abdullaj Mani’ al Himyari
BUKU 8 (sedang dibaca)
Tajuk : Wahai Anakku Yang Tercinta
Karangan : Imam Ibnul Wardi
Terjemahan & Huraian : Ahmad Fahmi Zamzam
Ulasan : Buku ini menghimpunkan nasihat-nasihat Imam Ibnul Wardi Al Kindi rahimahuahu taala (691-749H) yang dimuatkan dalam qasidah beliau yang mahsyur dengan sebutan “Lamiyah Ibnil Wardi”
BUKU 9 (sedang diulangkaji)
Tajuk : Pendekatan Islam Terhadap Pendidikan Anak-Anak
Penterjemah : Aishah Hassan
Ulasan : Buku ini disusun bertujuan bagi memenuhi hasrat ibubapa untuk melihat perkembangan anak-anak mereka menurut lunas-lunas Islam. Ia menggariskan satu panduan untuk ibubapa membentuk kefahaman dan sikap terhadap pendidikan anak-anak secara umum.
BUKU 10 (sedang dibaca)
Tajuk : Khusyuk Dalam Solat
Penulis : Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Ulasan : Sesungguhnya ibadah solat itu adalah suatu urusan yang besar di sisi Allah SWT, terlalu banyak halangan untuk mencapai maksud solat yang sebenar seperti yang dikehendaki syariat. Memenuhi segala tuntutan syarat-syaratnya dan menepati segala perbualan dan pengucapan sebagai suatu ibadah khusus yang menggambarkan percakapan atau dialog antara hamba dan Khaliq.
BUKU 11 (sedang baca)
Tajuk : Manhaj Islam Dalam Berinteraksi Dengan Harta Benda
Penterjemah : H.M Yusuf Sinaga LC
Harga : RM 5.00
Ulasan : Islam adalah agama menyeluruh, memiliki manhaj kehidupan dan syariat-syariat yang sempurna. Ianya juga merupakan agama dan negara mengandungi aturan-aturan hukum-hakam. Syariat-syariatnya, aturan-aturannya dan hukum-hukumnya mengandungi unsur ibadah dan muamalh di pelbagai sektor kehidupan.
BUKU 12 (Sedang Dibaca)
Tajuk : Manusia dan Islam (Jilid Tiga)
Penulis : Dr. Haron Din
Ulasan : Salah faham terhadap Islam berpunca daripada kedangkalan ilmu teras tentang Islam dan penafsiran Islam yang tidak mengikut paradigma, dasar, falsafah, ilmu dan nilai Islam secara menyeluruh dan sistematik. Akibatnya, masing-masing membuat kesimpulan yang saling bertentangan yang membawa kepada perpecahan antara umat Islam itu sendiri. Maka, cita-cita untuk mewujudkan suatu ummat yang saksama, unggul dan menjadi ikutan hanya tinggal cita-cita dan nostalgia.
BUKU 13 (Sedang Dibaca)
Tajuk : Bisikan SIRR
Penulis : Hj Ibrahim Mohamad
Ulasan : Buku ini diterbitkan oleh penulis sempena pemergian bondanya, Habsah bt Muda yang telah pulang ke rahmatullah pada hari jumaat 10 Muharram 1429 bersamaan 19 Januari 2008. Mengandungi 28 nasihat dan 7 sajak peringatan.