Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi

Terkejut manusia saya apabila membaca satu tajuk berita di kosmo online.

Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi itulah tajuknya.

Kenapa sampai hatinya seorang ibu ataupun insan itu membuang bayi tersebut.

Apakah ini tandanya manusia sudah hilang pertimbangan?

Berita lanjut :

Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi


VERAPPA melihat mayat bayi yang dijumpainya di dalam longkang di Batu Feringghi, Pulau Pinang semalam.


TELUK BAHANG – Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36.

Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.

Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ.

“Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak.

“Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya ketika di temui semalam.

Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran.

Teruskan membaca

Advertisement

Ya Allah Selamatkan Masjidil Aqsa!

Written by admin from on February 16th, 2009 | 0 Comments

Terkini : Ra’id Solah seru kawalan secara harian di Masjid

al-Aqsa elak pencerobohan Zionis.

Isnin , 16/02/2009 –Syeikh Ra’id Solah, ketua al-Harakah al-Islamiyyah di negara Palestin yang dijajah pada tahun 1948, menyeru para aktivis gerakan tersebut dan pelbagai institusinya agar melipatgandakan usaha dengan berkubu dan melakukan kawalan sepanjang masa di masjid al-Aqsa.

Beliau juga turut menyeru seluruh masyarakat Palestin yang berada di kawasan tersebut untuk menyertai secara aktif segala program yang diadakan bagi membela masjid al-Aqsa, terutamanya perarakan bendera dan pengajian-pengajian ilmu di masjid al-Aqsa.

Beliau menegaskan dalam satu kenyataan yang dibuat pada hari Ahad (15/2) bahawa masjid al-Aqsa sedang melalui fasa paling genting pada ketika ini, bahkan ia adalah fasa penentuan yang menuntut kita memberikan pembelaan kepada masjid al-Aqsa dan bandar al-Quds, serta bersedia untuk melakukan pengorbanan demi membela isu masjid al-Aqsa yang diberkati itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Tubuh Ariel Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup

Lawatan saya ke blog MSOMelayu dikejutkan dengan keadaan terkini Ariel Sharon.

Saya rasa ia mesti dikongsi bersama sebagai peringatan buat kita semua.

berita terkini…Na’ udzubillah – Tubuh Ariel Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup

Subhanallah…. Pembalasan dari Allah SWT atas segala kekejaman nya, maka beringat2 kita sebagai hambaNya, jangan sekali2 melakukan kezaliman terhadap insan lain….!!!! Pesanan buat para pemimpin Malaysia kita khususnya. Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup. Semoga Allah SWT menimpakan Azab-Nya kepada seluruh Zionist Yahudi yang setuju terhadap pembantaian Umat Islam Palestin & Lebanon.

Teruskan membaca

MBSA Larang Jualan Arak

Saya telah terima satu sms pada 31-october lepas. Sms berbunyi :

Alhamdulillah. Mesy Majlis MBSA baru sebentar td luluskan larangan penjualan arak d Kedai, Restoran dan 7-11 d kaw majoriti Islam setelah 2 bln keputusan ini tertangguh n dibahaskan. “Bg kedai serbaneka, mini market n restoran, lesen  yg dikeluarkan tidak termasuk kebenaran menjual minumna keras termasuk yg alkohol d bwh 5%. “Pemohonana baru n paharuan lesen jual minuman keras tidak dibenar  di sek 1-24 dan majoriti pduduk  berugama Islam kecuali Hotel, Rmh Kelab n Hypermarket”.

Teruskan membaca

Bowling Terbuka Shah Alam

15/6/2008, Bukit Jelutong- Seramai 5 orang pemuda pas bukit jelutong telah mewakili Pemuda Pas Bukit Jelutong ke pertandingan Bowling Terbuka Shah Alam yang berlangsung di Ole-Ole Sekyen 20. Program telah dihadiri oleh YB IR Khalid Abdul Samad dan YB Rodziah merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor. Walaupun tidak berjaya mendapat apa-apa hadiah, 5 orang pemuda tetap membawa balik semangat berpasukan.

Muktamar DPPNS

14/6/2008, Bukit Jelutong-Muktamar DPPNS telah berlangsung di Dewan Guthrie Bukit Jelutong dengan jayanya. Muktamar telah dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh pemenang Akademi Al-Quran. Muktamar telah dirasmikan oleh KP DPPP, YB Salehudin Ayyub.

Salehudin Ayyub sewaktu merasmikan majlis ini telah menyentuh faktor-faktor peralihan kuasa daripada BN kepada PR yang dikatakan akan berlaku pada September 2008. Antara faktor-faktor itu ialah kekuatan Pakatan Rakyat dan juga kelemahan dan kekuatan UMNO yang menjadi teras kepada BN.

Salehudin Ayub juga menyentuh tentang pendekatan yang harus di buat oleh PAS. Pertama ialah pimpinan mesti jelas dengan fikrah jemaah. Kedua, pemuda mesti menegaskan kepada pimpinan perkara-perkara yang dilihat longgar. Ketiga, mesti kemaskan perkara yang tersasar. Keempat, pemuda mesti berani melontarkan pandangan dan teguran kepada pimpinan pusat.

Beliau juga mengimbas kembali sejarah PAS dalam membina muafakat dalam arena politik tanah air. PAS pernah bergabung dengan BN, bergabung dengan S46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU), bergabung dengan PKR, DAP membentuk Barisan Alternatif (BA) dan kini bergabung dengan PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat (PR).

Beliau juga mengulas berkaitan satu tulisan ahli politik MCA yang membuat analisis siapakah ‘king maker’ dalam politik Malaysia. Ahli politik itu mengatakan PAS paling berpengaruh. PAS mampu mewarnai suasana politik tanahair.

Di akhir ucapan, beliau telah memberi 3 saranan kepada DPPNS supaya dibahaskan. Pertama, DPPNS hendaklah membuat suatu analisis/kajian sejauh mana PAS diberikan perana penting dan dapat memainkan peranannya dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Kedua, pemuda mesti berani memberi teguran kepada pimpinan menggunakan setiap peluang untuk menguatkan jemaah. Ketiga, supaya DPPNS mengusulkan dalam muktamar supaya apa-apa program Pakatan Rakyat diputuskan secara konsesus (saling muafakat)-AL-Kalantani melaporkan untuk BeritaBukitJelutong.

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

Artikel Oleh husamjr

 Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

  1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
  2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
  3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
  4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
  5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah  mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

Sumber : http://www.tranungkite.net

BISNES JUAL BAYI

SAYA CUBA MEMFOKUSKAN ISU SENDIKET JUAL BAYI. LEPAS ISU CULIK DAN BUNUH KANAK-KANAK, BAYI YANG TIDAK MENGERTI APA-APAPUN KINI MENJADI MANGSA.

TAK SELESAI KES BUANG BAYI, KINI BAYI DIJADIKAN BISNES PULA. MANUSIA JENIS MANA INI? NAMPAKNYA SEMUA NAK DIJADIKAN BISNES DEMI MENDAPATKAN KEUNTUNGAN DUNIA.

HARI INI SEORANG LAGI BAYI PEREMPUAN BERUSIA 10 TAHUN DAPAT DITEMUI DI JB. BERITA LANJUT DI UTUSAN BERTAJUK Seorang lagi bayi perempuan mangsa sindiket ditemui.

SEJAUH MANA Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) dan Seksyen 48(1) Akta Kanak-kanak 2001 DAPAT MENJAMIN KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK.

SAYA YANG PRIHATIN.

21 GEMPA DI BUKIT TINGGI

SEPERTI BIASA HARI INI SAYA MEMBACA UTUSAN MALAYSIA. DI HADAPAN TERTERA TAJUK BERITA “21 GEGARAN DI BUKIT TINGGI MENJADI TANDA TANYA”. RUPA-RUPANYA SEMENJAK NOVEMBER 2007 TELAH BERLAKU GEGARAN KECIL DI BUKIT TINGGI.

TERBARU KAWASAN ITU DIGEGARKAN DENGAN SATU GEGARAN BERUKURAN 3.1 PADA SKALA RICHTER PADA PUKUL 9.36 PAGI INI. SEBELUM INI PADA 15 MAC LALU, TIGA GEMPA BUMI KECIL DENGAN UKURAN ANTARA DUA DAN 3.2 PADA SKALA RICHTER TELAH DIKESAN DI SEKITAR BUKIT TINGGI DAN JANDA BAIK.

SETERUSNYA MEMETIK KATA-KATA JABATAN METROLOGI MALAYSIA :

 

 

BAGAIMANAPUN JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA DALAM KENYATAAN AKHBARNYA DI SINI MEMBERITAHU, GEMPA BUMI ITU HANYA BERMAGNITUD KECIL. OLEH ITU, IA TIDAK MEMBAHAYAKAN PENDUDUK DI KAWASAN BERKENAAN DAN ORANG RAMAI TIDAK PERLU BIMBANG.PADA SAYA, SEPATUTNYA ORANG KAWASAN DI SITU BIMBANG. MEREKA MESTI MENDAPATKAN MAKLUMAT TEPAT AGAR BOLEH SENTIASA BERWASPADA DARI SEGI MENTAL DAN ROHANI. JIKA TIDAK, JIKA GEMPA LEBIH BESAR BERLAKU MEREKA TIDAK SEMPAT BERBUAT APA-APA.

BAGI ORANG ISLAM KHUSUSNYA DI KAWASAN ITU, BANYAKKAN TAUBAT DAN KEAMPUNAN DARI ALLAH SWT. KITA TIDAK TAHU GEMPA BUMI YANG SEBENAR BILA BERLAKU DI MALAYSIA.

LIHAT BERITA LANJUT DI UTUSAN :

 

 

21 gegaran di Bukit Tinggi cetus tanda tanya

 

 

KUALA LUMPUR 25 Mei – Kejadian gempa bumi kecil yang telah menggegarkan kawasan Bukit Tinggi, Pahang sebanyak 21 kali sejak November tahun lalu menimbulkan tanda tanya terutama di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya.

Walaupun Jabatan Meteorologi memberi jaminan ia hanya bermagmitud kecil dan tidak membahayakan namun kekerapan kejadian itu mencetuskan kebimbangan.

Terbaru kawasan itu digegarkan dengan satu gegaran berukuran 3.1 pada skala Richter pada pukul 9.36 pagi ini.

Sebelum ini pada 15 Mac lalu, tiga gempa bumi kecil dengan ukuran antara dua dan 3.2 pada skala Richter telah dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik.

Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan akhbarnya di sini memberitahu, gempa bumi itu hanya bermagnitud kecil.

Oleh itu, ia tidak membahayakan penduduk di kawasan berkenaan dan orang ramai tidak perlu bimbang.

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, gegaran itu dipercayai ancaman berterusan ekoran gempa bumi tidak menentu yang melanda negara jiran dan kesannya turut diterima Malaysia.

“Namun, dalam kesemua kejadian itu, tiada sebarang kerosakan harta benda dilaporkan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang awam supaya tidak bimbang akan kejadian gempa bumi kecil itu.

242 BUDAK HILANG

ENTRY SAYA KALI INI MENYENTUH PERIHAL BUDAK HILANG. SEMENJAK DUA MENJAK NI ISU BUDAK HILANG KERAP KEDENGARAN. KALI TERAKHIR BUDAK HILANG YANG MENJADI KONTREVASI IALAH ADIK SHARLINIE. SEHINGGA HARI INI MASIH BELUM TAHU NASIB ADIK SHARLINIE. SEDIH!

242 BUDAK HILANG. ANTARA YANG PATUT DIFIKIRKAN SEMUA ISU INI IALAH :
1) SIAPAKAH YANG MENGHILANGKAN BUDAK-BUDAK INI SEMUA?
2) SIAPAKAH YANG PATUT DIPERSALAHKAN? IBUBAPA? POLIS? KERAJAAN? MASYARAKAT? PENJENAYAH DAN PENCULIK?SIAPA?
3) SEJAUH MANA MASALAH INI DIPANDANG SERIUS OLEH PIHAK BERWAJIB?
4) APAKAH MEKANISMA ATAU PERANCANGAN KITA UNTUK MEMPERTINGKATKAN LAGI TAHAP KESELAMATAN KANAK?

SEMUA INI SEPATUTNYA DIHADAM OLEH SETIAP AHLI MASYARAKAT. HARI INI ANAK SIPOLAN YANG HILANG. NTAH ESOK LUSA ANAK KITA PULA YANG HILANG.

LIHAT BERITA PENUH DI UTUSAN BERTAJUK 242 kanak-kanak hilang hingga Mac

242 kanak-kanak hilang hingga Mac

——————————————————————————–

KUALA LUMPUR 21 Mei – Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen (gambar).

Sambil melahirkan kebimbangan dengan jumlah tersebut, beliau berkata, fenomena itu menunjukkan kes kanak-kanak hilang tetap serius dan berterusan pada setiap tahun.

Jelasnya, ini dibuktikan, apabila sepanjang tahun lalu, sebanyak 1,168 kes dilaporkan manakala pada 2006 pula, sebanyak 1,478 kes kanak-kanak hilang.

”Secara purata, sebanyak 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan. Angka ini amat membimbangkan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Dasar Perlindungan Kanak-Kanak dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak, di sini hari ini.

Selain kes kanak-kanak hilang, menurutnya, perangkaan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga meningkat saban tahun.

Jelasnya, pada 2002, sebanyak 1,242 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan dan jumlah tersebut semakin meningkat kepada 2,279 kes pada tahun lalu.

”Peningkatan ini melibatkan hampir sekali ganda dalam tempoh lima tahun dan saya juga dimaklumkan lebih 60 peratus mangsa penderaan ialah kanak-kanak perempuan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, lebih 2,000 kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun di negara ini berada dalam penjara kerana terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah.

Katanya, 400 daripada mereka masih ditahan reman bagi menanti kes dibawa ke mahkamah.

Menurutnya, antara kesalahan jenayah yang dilakukan ialah samun, bunuh, jual cakera padat haram dan sebagainya.

”Saya dimaklumkan ada kalangan remaja ini yang terpaksa menunggu sehingga tiga tahun untuk kes mereka dibawa ke mahkamah.

”Sehubungan itu, kami akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membantu agar kes mereka dapat dipercepatkan,” katanya.