Apabila kita boleh berjalan, kita lupa kita pernah mengensot, merangkak

Itulah yang saya dapat apabila memerhatikan anak saya Fatih 1 tahun 2 bulan cukup gembira apabila dapat berjalan.

Petang-petang saya membawanya berjalan di hadapan rumah kami.

Saya termenung berfikir apakah yang boleh saya ambil pengajaran daripada situasi ini.

Ya, saya terjumpa petang ini.

Hakikat memang kita lupa kita pernah mengensot, merangkak waktu usia kecil dulu apabila kita ‘mendapat kaki’ untuk berjalan.

Apabila saya memerhatikan anak saya, saya tersenyum.

Memang apabila kita sudah pandai berjalan, kita sudah lupa bahawa suatu ketika dulu kita pernah mengensot dan merangkak.

Maksudnya, kita lupa untuk bersyukur di atas anugerah ALLAH SWT yang memberi kedua belah kaki kita yang boleh kita gunakan untuk berjalan.

Sedangkan betapa ramai lagi manusia sekeliling yang ada kaki, tapi tak boleh guna kaki untuk berjalan.

Betapa ramai lagi manusia yang tidak memliki kaki sejak mereka mengenali dunia ini?

Semua yang kita miliki sewajibnya dihalakan kepada ketaatan dan UBUDIYYAH kepada ALlah SWT yang telah menciptakan KITA termasuk komponen KAKI & TANGAN kita.

KAKI & TANGAN merupakan salah satu kompenen penting untuk menjalankan segala dasar yang berpusat di OTAK.

KAKI & TANGAN jugalah cerminan kepada setakat mana kita TAAT & PATUH kepada ALLAH SWT.

Apabila kita boleh berjalan, jangan kita lupa kepada ALlah SWT Yang Memperjalankan Kita.

Amin AL-Kalantani