Blog Nik Nur Madihah

Salam Perjuangan,

Salah satu minat saya ialah kajian ilmu terhadap al-Quran dan sains.

Manusia melalui eksperimen demi eksperimen untuk membuktikan sesuatu kejadian dan teori.

Sedangkan Allah SWT telah meletakkan satu panduan teori yang lengkap di dalam al-Quran.

Teruja terhadap Nik Nur Madihah dan keluarganya, saya cuba untuk mengikuti perkembangan pemikiran Nik Nur Madihah.

Idola ini seolah-olah telah dipadamkan dari ingatan kita berbanding Idola idola yang lain.

Saya terjumpa blog beliau iaitu http://kembaramencaridiri.blogspot.com/.

Saya juga telah berusaha untuk mendapatkan buku beliau bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah terbitan Hijjaz.

Pada pandangan saya, beliau tetap sentiasa relevan dan sepatutnya sentiasa ditonjolkan sebagai Ikon ataupun Duta Remaja khususnya di bumi Malaysia.

Perlu ada inisiatif untuk mendapatkan buah fikirannya walaupun kini di Jordan.

Saya amat berkeyakinan bahawa Islam dapat menakluk semula melalui Ilmu Pengetahuan.

Itulah yang saya dapat baca daripada pemikiran Nik Nur Madihah.

Dia berjiwa besar, untuk menjadi ahli Fizik Islam terkemuka.

Kita perlu mencetak seramai mungkin sebagaimana Nik Nur Madihah!!

Saya teruja dengan nasihat ayahnya :

” Yang pertama, jangan bercita-cita nak jadi doktor, peguam , jurutera dan sebagainya. Ini adalah cita-cita nak makan gaji. Tapi tanamlah azam untuk jadi orang cerdik. Kalau kita cerdik, insyaAllah kerja akan datang sendiri pada kita”

Teruskan membaca

Advertisement

Dapat Ilmu Apabila Orang Bertanya Kita

Pagi ini saya disapa oleh seorang sahabat dari Kedah.

Sahabat bertanya kepada ana atas tujuan untuk menambahkan koleksi kefahamannya kerana ada juga orang bertanya kepadanya.

Soalannya berbunyi:

Apakah hukumnya orang yang membaca Tahiyyat Awal pada Tahiyyat AKhir?

Saya hanya memberi jawapan permulaan ringkas dengan menjawab :

TAHIYAT AKHIR TERMASUK DALAM RUKUN IKRAR (BACAAN)

IKUT FAHAMAN ANA, TIDAK SAH SOLATNYA JIKA DIA SEDAR

Saya cuba menjawab mengikut kefahaman ilmu yang cetek ini, dengan memesan akan merujuk kembali kepada ustaz yang lebih tinggi ilmunya iaitu Ustaz Adam Al-Besuti.

Hasilnya selepas sms kepada ust, ustaz telefon saya kembali. Katanya nak sms macam panjang pula.

Segan juga saya kerana kredit tak berapa banyak nak call ustaz, sebaliknya guru pula yang menelefon anak muridnya (kiasan).

Ustaz memberi penjelasan yang jelas kepada saya.

Ustaz : Kita kena faham apakah itu tahiyyat awal dan tahiyyat akhir. Apa yang nta faham pasal tahiyyat awal dan tahiyyat akhir?

Saya : Tahiyyat awal ialah bacaan sama dengan tahiyyat akhir, cuma hanya dibaca selawat nabi tanpa kepada selawat kepada keluarga baginda.

Ustaz : Sebenarnya selawat kepada Nabi SAW (tanpa selawat kepada keluarga baginda) dalam tahiyyat awal adalah sunat ab’ad (sunat besar/sunat amat digalakkan). Sementara dalam tahiyyat akhir, selawat kepada Nabi SAW (tanpa selawat kepada keluarga baginda) adalah rukun (wajib).

Saya : Ooo macam tu ya ustaz. Terima kasih ustaz.

*** Perbualan ini telah ditokok tambah untuk memudahkan kefahaman kita bersama****

Ini YM saya dengan sahabat:

Teruskan membaca

KAEDAH MEMAGAR KENDERAAN

MAKLUMAT INI SAYA PEROLEHI DARIPADA RAKAN SEKERJA. JIKA TIDAK BERSALAHAN DENGAN SYARAK BOLEH DIAMALKAN.

———————————————
Assalammualaikum WMT,

Salam hormat saya pada para pembaca. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk mengemaskini penulisan blog saya. Disebabkan kesibukan yang tidak dapat dielakkan maka blog ini agak terabai.

Namun kali ini tergerak saya untuk berkongsi akan kaedah untuk memagar atau kaedah menjauhkan kenderaan dari berlakunya kemalangan atau kecurian, BiiznILLAH. Sama-sama kita berikhtiar & Tawakkal.

Terlebih dahulu, izinkan saya terangkan serba sedikit tentang kaedah ini. Kaedah ini saya perolehi dari salah seorang guru saya yang amat saya segani.

Apa-apapun kaedah tetap kaedah, yang pasti pergantungan sepenuhnya hanya kepada ALLAH setelah segala ikhtiar dijalankan. Jadikan urusan kita sebagai urusan ALLAH, jangan jadikan urusan ALLAH sebagai urusan kita.


Teruskan membaca

Ramalan mengenai Kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w.) Menerusi Kitab-kitab Lain

ramalan-kelahiran-nabi

Alhamdulillah saya telah ketemui semula satu terjemahan yang dibuat oleh rakan saya daripada sebuah buku kecil yang berbahasa English.

Saya amat tertarik dengan isi kandungan buku tersebut. Saya telah mengambil inisiatif meminta seorang rakan menterjemah ke dalam bahasa Melayu yang bertajuk ”

Ramalan mengenai Kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w.) Menerusi Kitab-kitab Lain

Antara Sinopsis tajuk penulisan ini ialah :

1)Kitab-kitab agama Hindu, yang lebih dikenali sebagai Veda, Shastra, Purana dan lain-lain kesemuanya ditulis dalam bahasa Sanskrit. Bahasa ini telah diterima serata dunia sebagai bahasa perantaraan utama. Dalam bahasa Sanskrit, terdapat satu kitab yang dikenali sebagai “Bhavishva Purana.” Kitab ini dikatakan telah ditulis oleh seorang pendeta, Maha Rishi Visayar.
Di dalam tulisan asalnya: (Parvam: 3, Bahagian 3, Bab 3; Rangkap 5-8)
Dalam rangkap tersebut, nama “Muhammad” telah disebut dengan jelas sebagai “Mahaamat” di permulaan ayat yang kedua.

2)Agama Farsi (agama yang telah diamalkan penduduk Iran sebelum kedatangan Islam) adalah salah satu agama yang tertua di dunia. Kitab-kitabnya dikenali sebagai “Dasatir” dan “Jant Avasthe.”
Dalam kitab ‘Dasatir’, di dalam rangkapnya yang ke-14, telah dinyatakan undang-undang pentadbiran yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam.
Dalam rangkap-rangkap tersebut, ramalan mengenai Nabi Muhammad s.a.w.

3)Buddha sememangnya MENEKANKAN kepercayaan terhadap Tuhan yang Satu, dan dia telah meramalkan kedatangan Nabi Muhammad (s.a.w.)

Teruskan membaca

METHOD PENGAJARAN AQIDAH TAUHID

KEMBALILAH KEPADA METHOD PARA NABI DAN RASULULLAH SAW

 

Alhamdulillah, malam 14/8 saya telah dijemput untuk memberi kuliah berkaitan Aqidah Tauhid kepada pelajar CIAST di Seksyen 9.

 

Sebenarnya minat saya mendalami ilmu aqidah@ilmu kalam@ usuludin@ilmu tauhid sejak di bangku sekolah menengah. Melalui kuliah, tazkirah dan usrah saya memahami betapa pentingnya mendalami ilmu ini.

 

Sejak daripada itu, saya telah menanam azam untuk mendalami ilmu aqidah daripada para ustaz-ustaz. Sehingga kini, saya mengikuti Diploma ILHAM yang mengandungi subjek aqidah.

 

METHOD PARA NABI DAN RASUL

Saya sendiri sebenarnya bukanlah yang paling arif dalam disiplin ilmu aqidah tauhid. Saya menganggap diri sendiri berterusan sebagai seorang pelajar, walaupun sudah memulakan kuliah dalam bentuk perkongsian ilmu.

Hari pelbagai method digunakan untuk menyampaikan ilmu aqidah ini sehingga mewujudkan perselisihan. Masing-masing mempertahankan cara pemahaman mereka yang paling benar dan tepat mengikut salafussoleh.

 

Teruskan membaca

Muhasabah Siri-2

Sambungan daripada Muhasabah Siri-1.

Di dalam siri-1yang lepas saya telah menulis berkaitan dengan muhasabah fardi@individu. Muhasabah berbentuk fardi ini amat penting dalam semua peringkat usia, jawatan dan sesiapa sekalipun termasuk suami, isteri, pemimpin masyarakat, guru dan sebagainya.

Antara muhasabah fardi yang perlu kita laksanakan:

1.Setiap individu kembali sedar apakah tujuan utama manusia diciptakan oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman :

“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”.

2.Setiap individu mesti sedar apakah kehidupan dunia ini. Allah SWT berfirman:

وَمَا هَـذِهِ الْحَيَوةُ الدُّنْيَآ إِلاَّ لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الاٌّخِرَةَ لَهِىَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (Surah Al-Ankabut : 64)

3.Apakah erti di sebalik keindahan dunia. Allah SWT berfirman:

زُيّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوتِ مِنَ النّسَآء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَـطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالانْعَـمِ وَالْحَرْثِ ذلِكَ مَتَـعُ الْحَيَوةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَأَبِ

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Surah Ali-Imran :14)

Muhasabah seorang hamba ialah dengan memahami kembali apakah tujuan kehidupan di atas bumi ini. Seringkali kita mendengar persoalan : Dari mana asal kamu? Kenapa kamu di sini (dunia)? Selepas ini ke mana?

Seringkali di atas muka bumi ini, ramai mereka yang telah menyimpang dari jalan yang lurus. Bagi orang mu’min yang bersolat, wajib membaca doa:

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Solat juga merupakan salah satu muhasabah yang khususi antara hamba yang mu’min kepada al-Khalik. Apabila solat, seorang hamba itu patut muhasabah akan segala perlakuannya setiap hari. Adakah mereka berada dalam jalan yang lurus ataupun jalan yang bengkok.

Bersambung muhasabah siri-3

Muhasabah Siri-1

Muhasabah merupakan elemen penting dalam memastikan setiap individu ataupun organisasi sentiasa kuat dan cekal dalam menghadapi ujian-ujian dalam kehidupan.

Seringkali elemen muhasabah diabaikan dalam diri setiap individu dan juga organisasi. Muhasabah berasal daripada perkataan arab ‘hisab’ iaitu bermaksud kira ataupun hitung.

Muhasabah memberi pengertian hitung/mengira/menilai tahap kekuatan dan kelemahan. Bagi individu muslim, muhasabah sepatutnya ditekankan dalam beberapa aspek termasuk tahap iman, dosa dan pahala, amal harian dan beberapa aspek lain yang penting.

Perlunya muhasabah iman

Teruskan membaca

Kuliah Habib Zeid bin Yahya daripada Yaman

 

Tarikh  : 22/4/2008 Tempat : Surau al-Ikhlas Bukit Jelutong

 

Isi-isi kuliah :

1.       Habib membawa satu hadith Rasulullah SAW berkaitan dengan   manhajatul baida’.

2.       Rasulullah SAW telah meninggalkan jalan yang selamat (manhajatul baida’) kepada ummatnya.

3.       Ciri-ciri orang yang berada pada jalan manhajatul baida’

3.1   Orang yang menjadikan akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

3.2   Orang tidak menghadapi sebarang kesulitan kerana Allah SWT akan sentiasa memudahkan urusan mereka.

3.3   Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan Allah SWT.

3.4   Orang yang dapat mengawal dirinya daripada sifat marah.

3.5   Orang yang zuhud dengan keduniaan.

3.6   Orang yang sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT.

 

KISAH ANTARA IMAM AHMAD DAN IMAM SYAFEI

Habib juga menceritakan kisah antara Imam Ahmad dan Imam Syafei. Imam Ahmad merupakan murid kepada Imam Syafei. Suatu hari Imam Ahmad menjemput Imam Syafei bertamu di rumahnya.

Sebelum Imam Syafei tiba, Imam Ahmad telah memberitahu kepada anaknya, bahawa ada seorang yang mulia akan bertamu di rumah mereka.

Apabila Imam Syafei tiba, anak Imam Ahmad telah memerhatikan gerak geri Imam Syafei. Ada beberapa persoalan yang bermain-main dalam fikirannya. Lantas beliau berjumpa dengan ayahnya Imam Ahmad.

“Wahai ayahku engkau mengatakan bahawa Imam Syafei begitu hebat. Tetapi aku tidak melihat kehebatnya” adu anak Imam Ahmad.

“Kenapa engkau berkata demikian wahai anakku?” Tanya Imam Ahmad

“Saya lihat Imam Syafei setibanya waktu makan, beliau makan begitu banyak. Kemudian saya melihat beliau solat subuh tanpa wudhu’. Saya juga tidak melihat dia bangun tahajjud di tengah malam. Mana mungkin wudhu’nya kekal?” jawab anak Imam Ahmad.

Setelah itu Imam Ahmad lantas berjumpa dengan Imam Syafei. Beliau menyatakan apa yang disuarakan oleh anaknya kepada Imam Syafei.

Imam Syafei menjawab “Saya makan banyak di rumah saudara ada beberapa sebab. Pertama saya tidak makan seharian sebelum tiba di rumah kalian. Kedua, saya tidak berapa sihat. Saya pernah mendengar hadith Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa makanan yang disediakan oleh orang yang mulia adalah ubat. Maka aku makan dengan mengharapkan tubuhku kembali cergas.

Kemudian aku sebenarnya tidak tidur semalaman. Fikiranku sedang memahami hadis Rasulullah SAW sehinggakan wudhu’ku masih ada. Lantas aku solat subuh dengan wudhu’ waktu Isya’.